Kita nak kilang-kilang tutup, kita nak pejabat tutup, kita nak sekatan jalan raya menyeluruh, kita nak hanya seorang sahaja dibenarkan keluar.
Tapi....
1/
Adakah kita bersedia dengan beban ekonomi yang akan tiba hasil lockdown. Macam mana dengan hasil pendapatan orang yang meniaga harian.
Apa nasib peniaga jalanan? Makcik Kiah jual goreng pisang, Pak Samad jual air tebu, Ah Chong jual Soya?
Macam mana?
2/
Kalau kita gaji bulanan, kita boleh tarik nafas lega sikit. Tapi yang gaji daily ni? yang kalau ada kerja ada duit, tak ada kerja tak ada duit.
Kalau duit tak ada macam mana nak bayar komitmen bulanan?
3/
Kita boleh buat Full Lockdown, dengan syarat berikan moratorium serta merta kepada penduduk kawasan Lockdown.
Kalau Lockdown Selangor sebulan, seluruh rakyat Selangor tak perlu bayar rumah, kereta, pinjaman peribadi tiga ke empat bulan
Sebab apa 3-4 bulan?
4/
Sebab untuk recover dari Lockdown makan masa yang lama. nak start meniaga balik, untuk orang yakin keluar balik dan berbelanja, ini semua makan masa.
5/
Selain itu, kena ada bantuan kewangan. Pinjaman Mikro untuk penduduk yang terjejas lockdown contohnya.
Ah benda macam ni ramai pegawai kat Putrajaya boleh fikir dan datang dengan solusi mantap
Nak taknak je
Nak seribu daya, taknak seribu dalih!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Adinda, Kanda sungguh gusar dengan apa yang berlaku di negeri kekanda. Kanda berpendapat hari ini kanda ingin menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negara
Baik kanda, benarkan adinda habiskan mengacau daging salai ini. Selepas itu kita bersiap menaiki burung besi pulang ke Ibu Kota untuk kanda menyampaikan khutbah.
Masjid Negara, 8 Jan 21
Jumaat, 1.35 Petang
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Beta sendiri telah turun ke mencemar duli melihat dengan mata kepala Beta sendiri akan keadaan yang berlaku di Pahang. Sungguh kemusnahan yang tiada tara