Kapal induk atau kapal pengangkut pesawat adalah kapal perang yang berfungsi sebagai pengkalan udara di laut, dilengkapi dengan dek penerbangan seperti di landasan lapangan terbang beserta kemudahan untuk membawa, mempersenjatai, mengoperasi, dan selenggara pesawat.
Kapal induk adalah punca kuasa dalam kekuatan diplomatik, taktikal, mobiliti, ekonomi dan autonomi bagi armada tempur moden tentera laut dan negara-negara yang memilikinya.
Kapal induk umpama satu ketumbukan tentera yang hebat dan digeruni yang sentiasa bergerak.
Salah satu kelebihannya ialah, belayar di perairan antarabangsa setiap masa, dapat diaturgerak dalam tempoh notis yang singkat ke mana sahaja kawasan laut.
Ia tidak mengganggu kedaulatan wilayah serta menghapuskan keperluan untuk kebenaran penerbangan dari negara pihak ketiga.
Kapal induk dapat mengurangkan masa dan jarak transit pesawat seperti isian semula bahan api.
Dapat menjimatkan masa dan kos logistik dengan kemampuan siap siaga di zon pertempuran atau krisis yang berlaku di mana-mana sahaja di dunia.
Tiada definisi tunggal mengenai kapal induk. Kini tentera laut moden menggunakan beberapa varian kapal induk.
Varian-varian ini kadang kala dikategorikan sebagai sub-jenis kapal induk dan kadang-kadang sebagai kapal yang mampu untuk mengoperasikan penerbangan di laut.
Kapal induk diklasifikasikan mengikut jenis pesawat seperti jet atau helikopter yang mereka bawa, bergantung kepada tugas dan keperluan operasi.
Kapal induk adalah satu kuasa tempur yang menggerunkan.
1 kapal induk = kekuatan seluruh tentera laut & udara negara membangun/ke-3.
Berikutan isu pertempuran di Palestin, ramai pemerhati terutamanya dari bidang ketenteraan mula sedar dengan penggunaan roket untuk serangan dan sistem pertahanan udara.
Tidak dinafikan, kedua-dua sistem ini sangat penting dalam situasi era peperangan moden.
Bagi negara maritim seperti Malaysia dan Indonesia, kapal induk adalah aset paling penting yang patut dimiliki oleh tentera laut bagi menjaga kedaulatan perairan.
Kapal induk bagai suis automatik yang akan memperkasakan kuasa laut dan udara, pertahanan laut dan udara sekaligus.
Jet, pesawat atau helikopter lebih mudah melakukan rondaan maritim di samping negara tak perlu bina banyak pengkalan udara.
Kapal induk juga boleh tiba ke kawasan konflik dengan cepat dan mudah bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Kenapa kapal induk penting untuk negara maritim?
Kerana kapal induk adalah punca kuasa kepada kehebatan angkatan laut yang seterusnya akan mengembangkan lagi kekuatan armada dengan perolehan kapal pemusnah, frigat berat dan kapal selam.
Daripada perolehan kapal pemusnah dan kapal frigat berat, ruang udara, permukaan dan dasar laut negara sudah pasti dapat dijaga.
Kelebihan aset-aset ini ialah mobiliti, ia sentiasa bergerak, sukar dimusnahkan musuh dan mampu sampai ke mana-mana sahaja kawasan konflik.
Saya faham, ramai pakar yang akan persoalkan harga kapal induk, pemusnah, frigat berat, jet, pesawat, helikopter, kos operasi, kos selenggara atau servis kapal dan pesawat.
Keamanan negara dan kesejahteraan rakyat sendiri dan negara sahabat lebih mahal daripada itu semua.
Jangan gopoh, boleh mula dengan perolehan kapal induk bersaiz kecil dahulu untuk dapatkan pengalaman, strategi, protokol, dan prosedur-prossedur penting.
Anda boleh tanya dengan pegawai atasan sehingga anggota bawahan tentera laut, " Nak kapal induk tak?".
Dengar jawapannya.
Jika berlaku konflik di negara-negara sahabat seperti Palestin atau lain-lain, kehadiran pasukan kapal induk dapat memberi tekanan kepada musuh, walaupun hanya sebagai pemerhati.
Tekanan sebegitu dapat menghentikan sebarang konflik daripada terus berpanjangan.
Dah la tak ada kuasa nuklear, kapal induk pun tak ada. Selagi tiada kekuatan utama di laut iaitu kapal induk, jangan mimpi negara-negara lain akan mendengar suara kita di PBB.
Mengaum sekuat mana pun, mereka hanya senyum sinis sahaja.
Mengaum je kuat tapi taringnya plastik.
Tahukah anda, dalam banyak Negara Islam, hanya Turki sahaja yang memiliki kapal induk?
Bagaimana nak sembang tentang kebangkitan dan kehebatan Islam kalau tak kuat di laut?
Sembang parpu boleh la.
Malaysia dan Indonesia mampu memiliki sekurang-kurangnya 1 kapal induk dan 1 pasukan serangan kapal induk yang lengkap, tetapi ia sengaja disekat,dikaburi dengan pelbagai helah oleh pihak berkepentingan.
Kuasa dan poket mereka yang penuh lebih penting daripada kedaulatan negara.
Setiap askar zionis yang penakut disarankan untuk memakai lampin, kerana mereka sering terkucil ketika operasi walaupun ketika berdepan dengan orang awam yang tidak bersenjata.
Pada 15 Mei 1948, serangan bermula setelah berakhirnya Mandat British untuk Palestin pada tengah malam 14 Mei 1948.
Pengisytiharan Kemerdekaan Israel yang tidak diiktiraf oleh Liga Arab telah dikeluarkan pada awal hari itu.
Pasukan 50,000-60,000 tentera dari negara Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Syria, Lubnan, Yaman, Pejuang Palestin dan Pejuang-Pejuang dari Tanah Arab dan Asia menyerang dan menguasai kawasan Arab.
Seterusnya segera menyerang tentera Zionis dan beberapa penempatan Zionis.
Pertempuran selama 10 bulan berlaku, kebanyakannya di wilayah Mandat British, di Semenanjung Sinai dan selatan Lebanon.
Pertempuran terganggu oleh beberapa tempoh gencatan senjata.
Projek Azorian adalah projek yang dioperasikan oleh Agensi Perisikan Pusat AS (CIA), untuk mendapatkan kapal selam peluru berpandu balistik Soviet yang tenggelam, K-129, 722 (2,700 tan) dari dasar Laut Pasifik pada tahun 1974.
K-129 karam bersama 98 kru pada tahun 1968, kira-kira 2,600 km di barat laut Hawaii pada kedalaman 4,900 meter.
Project Azorian adalah salah satu operasi perisikan yang paling rahsia, kompleks & mahal ketika Perang Dingin dengan kos sekitar $800juta (anggaran $4 billion kini) .
K-129 karam pada 8 Mac 1968, puncanya masih rahsia sehingga kini kerana US dan Soviet telah bersetuju untuk tidak mendedahkan puncanya.
Tentera Laut Soviet memulakan operasi pencarian besar-besaran selama hampir 2 bulan tetapi gagal dan mereka menghentikan operasi pencarian.
Tentera Laut China telah mentauliahkan kapal serangan amfibia Type 075 LHD, Hainan 31, pada 23 April 2021 yang dijangka akan dikerahkan untuk beroperasi di Laut Malaya, (Laut China Selatan).
Kapal seberat 40,000 tan ini mampu membawa 30 buah helikopter pelbagai fungsi, seperti helikopter penyerang, pengangkut & penumpang.
Kapal ini dijangka dapat membawa ratusan,mungkin juga beberapa ribu tentera beserta kelengkapan perang dalam misi serangan pendaratan di pantai.
Kapal ini akan diletakkan dalam situasi sentiasa bersedia untuk bertempur pada setiap masa jika operasi serangan amfibia perlu dilakukan sama ada di Laut Malaya atau Taiwan sementara menunggu beberapa buah lagi Type 075 LHD yang bakal ditauliahkan pada masa hadapan.
Rakaman dashcam insiden kemalangan motosikal yang menyalahkan anggota PDRM.
Boleh lihat punca sebenar kemalangan tersebut.
Kepada sesiapa yg mengecam/menuduh PDRM dalam insiden ini, sila tarik balik kata2 anda.
Siapa yang bersalah sebenarnya?
Saya nasihatkan supaya kita bersabar dan tenang sebelum mengecam/menuduh.
Antara hak yang selalu kita abaikan ialah, hak berfikir secara matang sebelum bertindak.
Sedap noh hangpa maki polis tanpa usul periksa, dia tak langgar/sepak pun moto tu, siap nk tolong lagi.. Hangpa kemain noh, maki2 termasuk la warganet, bila kebenaran dh terbukti, semua senyap, kalau gentle mai pakat mintak maaf, tu pn kalau hangpa benghani, ada teloq..