Tentera Laut China telah mentauliahkan kapal serangan amfibia Type 075 LHD, Hainan 31, pada 23 April 2021 yang dijangka akan dikerahkan untuk beroperasi di Laut Malaya, (Laut China Selatan).
Kapal seberat 40,000 tan ini mampu membawa 30 buah helikopter pelbagai fungsi, seperti helikopter penyerang, pengangkut & penumpang.
Kapal ini dijangka dapat membawa ratusan,mungkin juga beberapa ribu tentera beserta kelengkapan perang dalam misi serangan pendaratan di pantai.
Kapal ini akan diletakkan dalam situasi sentiasa bersedia untuk bertempur pada setiap masa jika operasi serangan amfibia perlu dilakukan sama ada di Laut Malaya atau Taiwan sementara menunggu beberapa buah lagi Type 075 LHD yang bakal ditauliahkan pada masa hadapan.
Tentera Laut China juga mentauliahkan sebuah Kapal Selam Berkuasa Nuklear Type 09IV dan Kapal Pembinasa Type 055 seberat 13,000 tan.
Projek Azorian adalah projek yang dioperasikan oleh Agensi Perisikan Pusat AS (CIA), untuk mendapatkan kapal selam peluru berpandu balistik Soviet yang tenggelam, K-129, 722 (2,700 tan) dari dasar Laut Pasifik pada tahun 1974.
K-129 karam bersama 98 kru pada tahun 1968, kira-kira 2,600 km di barat laut Hawaii pada kedalaman 4,900 meter.
Project Azorian adalah salah satu operasi perisikan yang paling rahsia, kompleks & mahal ketika Perang Dingin dengan kos sekitar $800juta (anggaran $4 billion kini) .
K-129 karam pada 8 Mac 1968, puncanya masih rahsia sehingga kini kerana US dan Soviet telah bersetuju untuk tidak mendedahkan puncanya.
Tentera Laut Soviet memulakan operasi pencarian besar-besaran selama hampir 2 bulan tetapi gagal dan mereka menghentikan operasi pencarian.
Rakaman dashcam insiden kemalangan motosikal yang menyalahkan anggota PDRM.
Boleh lihat punca sebenar kemalangan tersebut.
Kepada sesiapa yg mengecam/menuduh PDRM dalam insiden ini, sila tarik balik kata2 anda.
Siapa yang bersalah sebenarnya?
Saya nasihatkan supaya kita bersabar dan tenang sebelum mengecam/menuduh.
Antara hak yang selalu kita abaikan ialah, hak berfikir secara matang sebelum bertindak.
Sedap noh hangpa maki polis tanpa usul periksa, dia tak langgar/sepak pun moto tu, siap nk tolong lagi.. Hangpa kemain noh, maki2 termasuk la warganet, bila kebenaran dh terbukti, semua senyap, kalau gentle mai pakat mintak maaf, tu pn kalau hangpa benghani, ada teloq..
Pada 18 Januari 1956, satu persidangan yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah diadakan di Lancaster House, London.
Persidangan Meja Bulat ini di hadiri oleh wakil Raja-raja Melayu dan Kerajaan Perikatan.
Persidangan yang berlangsung pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang mengambil masa selama 3 minggu membincangkan masalah-masalah seperti:-
1.Malaya akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’.
2.Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Satu-satunya peristiwa dalam sejarah peperangan laut.
Kapal perang berjaya menyerang dan menenggelamkan sebuah kapal induk.
Operasi Juno
Nazi Jerman melancarkan Operasi Juno untuk memburu kapal-kapal Tentera Bersekutu.
Kapal induk yang mula beraksi ketika perang dunia ke-2 telah mengubah lanskap peperangan hingga kini.
Mustahil bagi kapal perang untuk mencapai sasaran tembakan meriam kerana kapal induk akan meluncurkan dahulu pesawat tempurnya beratus kilometer jauh untuk menembak kapal musuh.
Hanya pesawat tempur/pengebom dan kapal selam mampu menenggelamkan kapal induk.
Kapal selam mampu menembak torpedo dan menenggelamkan kapal induk tetapi akan menanggung risiko posisinya yang terdedah setelah meluncurkan torpedo.
Ini adalah pengalaman saya sendiri yang membesar dalam keluarga yang menjadikan hidangan daging lembu bahagian ini sebagai menu istimewa pada Hari Raya Aidilfitri/Adha..
Lauk berbuka puasa pada bulan Ramadan pada hari yang ada menu daging dan pada hari-hari istimewa lain.
Sejak saya kecil, ayah akan beli daging harimau menangis pada setiap kali beliau ke pasar/tempat sembelihan jika berasa nak makan daging,pada Hari Raya atau hari istimewa lain.
Datuk ajar ayah, dan ayah ajar saya.
Daging ini hanya sedap jika lembu itu muda, tempatan & makan rumput sahaja.
Daging harimau menangis dari lembu fidlot/dedak/kacuk/import mempunyai rasa yang sama macam bahagian yang lain saja.