Keputusan diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi perlu dilihat sebagai langkah untuk pulihkan keadaan #COVID19 yang semakin memburuk di seluruh negara termasuk Melaka. - Ketua Menteri #PKP3#PKPPenuh bit.ly/3fqTosy
"Sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang dibenarkan akan diumum dalam SOP yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat." - Ketua Menteri #sinarharian#TotalLockdown#PKP3
Lee Lam Thye berkata, hukuman denda seharusnya menjadi jalan terakhir kerana majoriti rakyat ketika ini sudah pun tertekan dengan keadaan semasa penularan #COVID19. #sinarharian
Hari ini bermulanya sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Foto Bernama #sesipersekolahan2021
Turut memulakan sesi persekolahan secara bersemuka calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara. - Foto Bernama #sesipersekolahan2021
Pelajar SMK Seksyen 18, Shah Alam memakai pelindung muka hasil sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu.
Seramai 230 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah itu dibahagikan kepada sembilan kelas. - foto pembaca Sinar Harian