CARA PAKSA ORANG HEBAT JADI ‘MENTOR’ KITA

Yang kuning, beli tahun lepas.
Yang hijau, baru haritu.

Keluar je, terus beli tanpa soal.
Anggaran RM60 seketul.

Padahal buku Derek ni, saya tak payah baca pun.

Macam mana dia boleh jadi ‘mentor’ saya tanpa kerelaan?

(Thread)
👇👇👇
1. Kenapa saya tak payah pun baca buku dia?

Sebab dah lebih 10 tahun baca blog dia & dengar semua interview dia.

Dah tahu dah apa dia nak cakap.
Begitu sekali saya mendalami.
2. Hampir semua buah fikir yang keluar dari kepala otak bergeliga Derek (yang terbit secara umum), saya gali:
✅ TED Talk
✅ Podcast
✅ Interview
✅ Blog post
✅ Buku
...etc
3. Boleh kata, saya tahu dah macam mana dia berfikir.

Kalau saya jumpa dia, rasanya takde soalan dah nak tanya.

Nak tanya pun, mungkin soalan mengarut & benda detail yang tak penting pun.
(Nak buat contoh pun, saya tak terfikir sekarang 😅)

Soalan besar, takde dah nak tanya.
4. Dia jadi ‘mentor’ saya tanpa dia jadi mentor saya.

Saya yang jadi mentee dia.
Saya yang jadi pelajar dia.
Dia pun tak tahu pasal ni.

Sebab tu saya tak perlu minta kebenaran dia pun.
5. Dia yang tolong saya selesaikan masalah & bentuk pemikiran saya selama bertahun-tahun...

TANPA setitik peluh & sesaat masa pun dari dia.

(Contoh: don’t start a business unless people ask you to. Itu saya dapat dari dia. Sekarang saya sampaikan pula kat audiens saya.)
6. Saya TAK MINTA apa-apa pun dari dia.

(Ada la sikit berbalas emel. Itu pun takde tanya apa. Cuma saya ucap terima kasih & zahirkan penghargaan.)

Saya tak DEMAND masa dia untuk ajar & jadi mentor personal saya.
7. Ramai orang nak ‘mentor’ hebat (saya sebenarnya tak suka perkataan ni), nak kelas yang bagus, nak buku terpaling berkesan.

Kita mengharap tinggi pada orang & benda lain.

DEMAND macam-macam pada faktor luaran untuk bantu kita.
8. Tapi kita lupa nak jadi mentee yang bagus, pelajar yang bagus, pembaca yang bagus.

Kita TAK DEMAND bersungguh-sungguh dari diri sendiri untuk bantu diri sendiri.

Meleweh je dengan diri sendiri.
9. Bukan Derek ni sorang je ‘mentor gelap’ saya.

Saya buat benda yang sama dengan ramai orang lain lagi.
10. Jay Abraham:
✅ Saya ada lebih 10,000 muka surat tulisan dia (buku, artikel, newsletter versi fotostat etc)
✅ Segala macam video dia (termasuk yang gelap kelam rakaman tahun 80-an kot) saya cari
11. Ramit Sethi:
✅ Saya baca blog dia dari awal
✅ Sebelum dia release produk pertama harga $4.95 tu lagi
✅ Sampai tengok dia release online course harga $12,000 rilek gitu je

(Saya garang? Semua salah dia 😂)
12. Dan Kennedy:
✅ Saya ada hampir semua buku dia
✅ Rakaman video kelas & bengkel dia, punya lama ada versi yang present pakai OHP (kau tau apa benda OHP?)
✅ Risalah fotostat dia pun ada dalam simpanan saya
13. Cukuplah 4 orang tu dulu.

Itu kira pengaruh besar lah kepada saya.

Belum kira yang kecik-kecik.
14. The point is:
Saya bodoh.

Setiap hari berusaha kurangkan kebodohan. Dengan bantuan mereka yang di atas, antaranya.

TANPA mereka perlu berusaha secara spesifik untuk saya.

TANPA meminta-minta.
15. Itu sebab saya beli buku Derek contohnya, walaupun saya tak baca sangat.

Sebagai tanda menghargai & ucapan terima kasih.

Bukan untuk dia pun. Dia dah kaya. (Buku kuning tu jualan $250,000 dalam masa 6 minggu. Dia sedekah je semua. Itu lagi satu benda pelik pasal dia ni.)
16. Tapi untuk saya.

Supaya saya rasa gembira & puas dapat menyumbang semula.

Supaya saya tak rasa macam saya cuma mengambil dari dia tanpa saya bagi apa-apa balik.

(Padahal saya tak ambik masa dia pun. Buku ‘Anything You Want’ sebelum tu pun saya beli, bukan mintak free.)
17. Bayangkan...

Kalau kita boleh rekrut barisan penasihat bijaksana, mentor termantap & tok guru berpengalaman untuk bantu kita!

Boleh sangat!

Baca buku.
Belajar cara membaca.
Belajar cara belajar.

Be a learning machine.
(Panjang pulak thread kan. Padahal tadi saya cuma screenshot dua buku kat atas tu & ingat nak pos gitu je. Apa ingat saya tulis ada plan? Mana ada. Main tabur je.)
Bergegar tak kepala otak kau?

✅ Follow @bukhariramli
Banyak lagi gegaran gempa nak diberi.

Sampaikan & sebarkan.
✅ RT kepala thread ni:

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with bukhariramli

bukhariramli Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @bukhariramli

1 Jun
Banyak soalan marketing & bisnes ni FOKUS sangat ke arah teknikal.

Contoh:
Cemana nak tambah follower?
Apa algorithm media sosial?
Berapa kali nak posting?

Kalau nak hasil lebih banyak...
Cuba tanya soalan yang lebih baik & lebih besar.

Sila RT.
Nanti sambung.

(Thread)
👇👇👇
1. PERTAMA:
Berhenti mencari teknik rahsia.

Mencari mencari mencari ni takkan jumpa.

Sebab takde rahsia pun!
2. KEDUA:
Berfikir lebih jelas & lebih besar.

Usaha dalam rangka lebih besar.

Kecil = cubaan perah limau yang sudah kering. Perah macam mana pun, hasilnya sikit.

Besar = dapatkan lebih banyak limau. Lebih banyak perahan limat dapat dihasilkan.
Read 22 tweets
25 May
“Produk apa nak jual?”

Dari dulu lagi saya PELIK.

Kenapa bila nak berbisnes atau tambah income je, mesti orang akan tanya nak jual apa.

Lepas tu jual produk main sebat je.

Jom tengok idea lain sikit...
(Thread yang pedas, hati-hati!)
👇👇👇
1. Sebelum tu, yang pertama:
Kenapa bila nak jual je asik pilih produk macam orang lain?

Eg: tudung, sambal, simkad, ejen itu ini etc?

Sebab tak berfikir!
Main sauk je apa ada!
2. Kedua, cara berfikir yang luar kebiasaan (tapi mungkin lebih berhasil):

A. Apa masalah menyakitkan hati yang orang sanggup bayar untuk setelkan?

B. Apa penyelesaian masalah tu?

C. Bina, buat, siapkan penyelesaian. Jual kat orang lain yang ada masalah sama!
Read 22 tweets
18 May
TAK PUTUS IDEA KONTEN?

1. Makin banyak kita belajar, makin sedar banyak benda kita tak tahu.

2. Makin banyak kita hasilkan konten, makin jumpa banyak topik untuk dikupas.

Dalam kes 1 & 2, ada paralel:
Setiap satu pintu dibuka, akan bawa kepada lebih banyak pintu. Image
1/

Bila kita faham pasal analogi pintu ni, kita akan sedar:
Kalau tak mula buka 1 pintu pun, TAK JUMPA pun pintu yang lain.

Pintu yang lain pun belum jumpa, jangan harap nak buka.
2/

Daripada kita sibuk tunggu banyak idea konten, pandai banyak benda, reti macam-macam...

Baik kita FOKUS untuk siapkan 1 konten, belajar 1 benda, reti 1 benda.
Read 4 tweets
15 May
Dalam Space bersama @magmalaya tadi, ada topik ni:
"Kalau saya bisnes kecil, macam mana nak bersaing dengan bisnes yang dah besar?"

Macam biasa:
FRAMEWORK BEFORE WORK.

Kita fahamkan dulu isunya.
Sebelum kita pergi kepada membuat.

Baca...
(Thread) Image
1. Kenapa saya panggil ni 'mental block'?

Kenapa saya start dengan 'mental block' ni?

Sebab ini perkara yang JARANG kita nampak.

Sebab selagi 'mental block' tak selesai, kita akan terbelenggu. Tak boleh bertindak. Kalau bertindak pun, tak bertindak dengan betul.
2. Kita biasa fikir:
"Bisnes kecik susah nak bersaing dengan bisnes besar."

Apa kata kita terbalikkan?

Jadi:
"Sebenarnya, boleh je. Apa nak takut dengan bisnes besar pun?"

Sebab apa?
Read 20 tweets
17 Apr
“Saya bukan nak bisnes pun, kenapa nak belajar ekonomi?”

“Ini semua poyo! Takde kaitan dengan aku.”

Sebenarnya, semua orang WAJIB ambil pengajaran dari ekonomi. Kalau tak, hidup kita mudah SESAT.

Baca...
(Thread)
👇👇👇
1. Mula-mula kena faham:
Ekonomi bukan setakat GDP, inflasi, hutang negara etc.

(Benda tu banyak bawah cabang makroekonomi.)

Ekonomi sebenarnya lebih dekat dengan kita dari yang kita sangka.

👇👇👇
2. Saya pegang makna ekonomi:
The study of human action under the condition of scarcity.

Kajian tindakan manusia dalam situasi sumber terhad.

Sumber terhad:
- Duit
- Masa
- Perhatian

Rasa dekat dengan SEMUA manusia kan?

👇👇👇
Read 23 tweets
7 Apr
TERUS JUAL PRODUK, PATUT TAK LAKU!

Ramai sibuk buat ‘marketing’ (konon).
Ramai sibuk menjual produk.

Setakat posting media sosial.

Sebenarnya...
(Thread pendek)
👇👇👇
1. Sebelum produk, tentukan market yang kita mahu serve.

Kenal & faham.
Dalam-dalam sedalamnya.

Peserta #tgpBRC dah kena hentak baru mula faham.

👇👇👇
2. Dah faham market, baru buat produk.

Yang disesuaikan dengan market.

Barulah wujud product-market fit.

👇👇👇
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(