Takut Allah atau Takut COVID-19? pscp.tv/w/c4d3UTFkdktP…
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang turut dihadiri secara virtual oleh semua para Ashabus Mufti seluruh Malaysia. Seolah satu sokongan padu dan penuh oleh para ulama dan Mufti kepada slogan #LindungDiriLindungSemua. Diketuai oleh oleh Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Takut kepada Allah adalah melaksanakan perintah-Nya. Takut kepada makhluk adalah kita menjarakkan diri daripadanya. Takut COVID-19 adalah dengan duduk di rumah, patuh arahan @MKNJPM, @KKMPutrajaya, para ulama
1. COVID-19 membuatkan manusia syirik kepada Allah?

Jawapan:
➡️ Kaedah Imam al-Syafie menjawab soalan adalah al-Quran, Hadith dan sahabat. Kaedah ini yg saya ambil utk jawab soalan ini.
➡️ Saidina Umar dengar wabak taun di Amwas. Saidina Umar tak jadi masuk. Abu Ubaidah tanya...
“Apakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?”
Saidina Umar jawab “Aku lari daripada takdir-Nya kepada takdir-Nya (yang lain)
➡️ Ini ikhtiar. Bukan takut dan syirik.
➡️ Kita ada sunnatullah dan syariatullah. Kena faham konsep sebab-akibat (causality).
➡️ Dalam akidah ada hukum sabab - musabbab - musabbib al-asbab
➡️ Rujuk ibrah umum ayat Quran ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة
➡️ Mencegah lebih baik daripada mengubati
➡️ Takut COVID-19 tidak syirik.
➡️ Bila ada suruh kita usaha, Allah beri akal. Dengan kemajuan teknologi, banyak manfaat. Dalam isu COVID-19, terlalu banyak kajian saintis dan ulama
➡️ Asalnya para ulama nampak COVID-19 seperti virus Zika. Tapi bila dapatan sains makin banyak, maka jelas ia amat berbahaya
➡️ Setiausaha Agung @iifa_aifi datang jumpa saya dan menyatakan SEMUA badan berautoriti fatwa sedunia sepakat dalam isu COVID-19.
➡️ Kita takut COVID-19 tapi saat yg sama kita tetap takut Allah. Sebab itu para Mufti tak pernah halang utk beribadah.
ISU SOP MASJID DAN SURAU

➡️ Hukum rapatkan saf adalah sunat muakkad. Syeikh Hassan Walad Dedew hukumkan wajib jarakkan saf bila ada risiko.
➡️ Rujuk hadith makan bawang. Illah sekarang ini bukan bau tak wabak (airborne). Maka lebih utama kita menjarakkan saf
➡️ Singapura, Iran, Kuwait, Turki, Tajikistan, Palestin, Arab Saudi, Indonesia dan banyak lagi negara Islam yang para ulama mereka memutuskan wajib jarakkan saf di masjid
➡️ Dalam isu COVID-19, saya panggil semua Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh negeri. Kami sediakan kertas kajian. Kami panggil pakar perubatan, saintis. Mereka bebas berbahas. Hukum dipersembah kepada YDPA dan Majlis Raja-Raja. Ia bukan keputusan seorang dua.
➡️ Dalam ilmu kefatwaan, tak sesuai kita nak ceduk pandangan tempat lain yg tidak sesuai tempat kita. Rujuk Sinaatul Fatwa oleh Syeikh bin Bayyah
➡️ Pandangan yang lemah tapi sesuai kerana maslahah, ia lebih kukuh berbanding pandangan yg tidak kuat.
➡️ Isu kita bukan masjid yg sempit atau sedikit. Fokus kita adalah nak elakkan perkumpulan orang ramai. Sebab itu banyak surau2 banyak dinaiktaraf sebagai surau Jumaat.
➡️ Niat utk hidupkan solat berjemaah di rumah. Hati tetap di masjid. InsyaAllah pahala ada.
RAPATKAN SAF LANGGAR PERINTAH ALLAH DAN RASUL?

➡️ Rujuk buku Dr Nuruddin Mukhtar al-Khadimi bertajuk Al Ijtihad al Maqasidi
➡️ Islam ni hal yg bersifat thawabit (cth: perintah solat) dan mutaghayyirat (cth: solat dlm keadaan sakit)
➡️ Fatwa penjarakan fizikal solat, had masjid dn surau adalah kesepakatan ulama sedunia. Bukan hanya di Malaysia.
➡️ Banyak para ulama meninggal dunia kerana COVID-19. Kluster masjid banyak.
➡️ Saidina Umar berfatwa. Datang zaman Saidina Uthman, berubah fatwa itu. Kerana apa? Bergantung kpd tempat, masa.
➡️ Elakkan utk cepat membid’ahkan.
➡️ Rujuk @MyJAKIM, para mufti, ulama kita
➡️ Saya hantar soalan berkenaan COVID-19 kepada ramai ulama. Semuanya jawapan sama
VAKSIN

➡️ Saya rujuk ramai pihak terutama @KKMPutrajaya, @DGHisham , para ulama luar negara, badan fatwa sedunia.
➡️ Pfizer, AZ, Moderna, J&J, Sinovac, Sinopharm, Sputnik dan semua vaksin yg diiktiraf WHO semuanya tak perlu ragu-ragu.
➡️ Terlalu ramai para ulama sudah vaksin. Saya mohon @officialmosti sertakan imam, bilal, guru takmir sbagai penerima vaksin kerana mereka frotnliner setiap solat 5 waktu di masjid dan surau. Mereka contoh kpd orang kampung
HAJI
➡️ Kita tunggu makluman Arab Saudi
➡️ Jika Malaysia dibenarkan, mungkin terhad
➡️ Lebih 4,000 org bakal jemaah haji telah divaksin. Kerjasama @Tabung_Haji dan @KKMPutrajaya
➡️ Malaysia bersedia. Doa moga ada peluang utk Malaysia. Kita yakin dgn SOP haji Arab Saudi.
BOLEH BERUBAT COVID-19 DENGAN HERBA, MAKANAN TERTENTU?

➡️ Petua ada yg benar tapi kebanyakan tidak bersifat ada testimoni seperti kajian saintifik.
➡️ Agama kita ada hukum akal, hukum syarak dan hukum adat. Sains adalah hukum adat. Ujian demi ujian dijalankan. Ini cara Islam.
➡️ Mok Teh, Mok De nak minum air kelapa, minumlah tapi kena ambik vaksin jugak. Nak minum air zam-zam minumlah. Tapi ambik vaksin
➡️ Saya seru semua ulama, tuan guru utk ajak Pok De, Mok De, Pok Teh, Mok Teh semua ahli keluarga, ambil vaksin. Kita bukan lindung diri kita sahaja tapi kita lindung semua.
➡️ Saya amat terkesan. Ada yang ditidurkan di ICU. Ada yang sudah pergi. Surah al-Baqarah 155
➡️ Rujuk para ulama terutama Mufti. Mereka dapat maklumat drpd pihak berautoriti.
➡️ Penuhi temujanji vaksinasi
➡️ Takut kpd Allah bukan Allah tak halang kita berikhtiar dengan vaksin

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drzul_albakri

4 Jun
Petang tadi saya mengadakan tinjauan kali kedua ke YADIMart di Seri Kembangan. Alhamdulillah, pelanggan bertali arus berkunjung dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Image
Sukacita ingin saya umumkan, perkembangan jualan dari bulan ke bulan telah meningkat 200% sejak YADIMart mula dilancarkan dengan anggaran RM100,000 ke RM300,000 setiap bulan. Image
Bagi sebuah pasaraya yang baharu beroperasi dan memfokuskan produk Bumiputera, Muslim disamping produk tempatan, ini adalah perkembangan yang amat baik. Image
Read 12 tweets
3 Jun
Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sudi bersama saya sepanjang 1 jam 30 minit merungkai persoalan “Takut Allah atau Takut COVID-19”
Ia bermula dengan pertanyaan beberapa pihak yang memilih untuk tidak menerima vaksin, menolak SOP di masjid dan surau, menolak pandangan yang diputuskan para Mufti bahkan ulama seluruh dunia.

Maka malam ini saya menjawabnya satu persatu.
Sekalung penghargaan kepada Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh negeri, Imam Masjid-Masjid utama, @KKMPutrajaya , @MKNJPM , @JKJAVMY , barisan hadapan dan seluruh pihak yang terlibat dalam usaha memerangi COVID-19 ini.
Read 7 tweets
3 Jun
Bayangan Allah itu menurut al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir seperti tempat berteduh dan perumpamaan teduhan apabila pemerintah itu memerintah dengan adil. Ia juga bermakud kemuliaan dan kekuasaan. Saya telah jelaskan sejak 2018. Baca terlebih dahulu sebelum cipta persepsi.
Rujuk kupasannya di sini. Ditulis pada 2 Ogos 2018.

muftiwp.gov.my/artikel/irsyad…
Saya tidak pernah arahkan apa-apa. Menjadi kelaziman JAKIM untuk buat hantaran hadith-hadith. Alhamdulillah, saya suka apabila semakin ramai mula ingin mengenali hadith, termasuk memahami hadith daripada sudut ilmu dirayah dan ilmu riwayah, tidak cherry-picking.
Read 4 tweets
30 May
Maklumat tak tepat.

Saya akan muatnaik hari ini, penjelasan Setiausaha Agung @iifa_aifi OIC, Prof. Dr. Koutoub Moustapha Sano berkenaan status halal vaksin2 COVID-19 sedia ada sebagaimana kajian para ulama’ sedunia dgn kerjasama saintis.

Jangan lupa daftar utk vaksinasi! ImageImageImage
Prof. Dr. Koutoub Moustapha Sano, Sec. Gen. @iifa_aifi OIC on COVID-19 vaccine and vaccination. Part 1
Prof. Dr. Koutoub Moustapha Sano, Sec. Gen. @iifa_aifi OIC on COVID-19 vaccine and vaccination. Part 2
Read 8 tweets
25 May
10 BUAH LAPTOP UNTUK BARISAN HADAPAN DI PKRC 2.0 MAEPS SERDANG

Berikutan lonjakan kes positif COVID-19 di sekitar Lembah Klang, bilangan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 MAEPS, Serdang turut bertambah.
Bilangan komputer riba yang terhad, menyukarkan para barisan hadapan untuk memastikan kelancaran proses pendaftaran para pesakit COVID-19 di sana.
Pendaftaran dan pengambilan data pesakit bagi tujuan pemantauan adalah antara masalah yang terpaksa dihadapi pada ketika ini. Kami amat prihatin akan hal ini dan bersedia untuk menghulurkan bantuan.
Read 9 tweets
25 May
Saya suka dengan penjelasan Tuan Syeikh Faisol Hj. Omar, Pegawai Agama Daerah Kota Setar berkenaan nota suara Mak Teh yang tular di Whatsapp. Boleh muat turun di t.me/drzulalbakri/3…

@JKJAVMY #LindungDiriLindungSemua

Mak Teh [1/4]
Mak Teh [2/4]
Mak Teh [3/4]
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(