• Antara detik mendebarkan bila kita membaca kisah Nabi Musa adalah sewaktu baginda & Bani Israel dikejar oleh Firaun & bala tenteranya.
• Kedua dua pihak sudah dalam jarak pandangan; depan bani Israel laut merah & dibelakang mereka firaun & tenteranya. ⬇️
• Di hadapan laut itu tidak mereka memiliki kapal untuk merentasinya & tidak pula memiliki senjata untuk melawan firaun.
• Sedangkan firaun dan bala tenteranya sedang menghampiri mereka dengan lengkap bersenjata & tidak akan sesekali merahmati dan mengasihi mereka.
• Ketakutan mula menyelubungi mereka.
Kata mereka:
إنا لمدركون
Sesungguhnya kita akan ditawan!
• Ada dua penegasan dalam ayat ini: إنا yang bermaksud 'sesungguhnya kita' & ل pada مدركون yang digunakan untuk penegasan.
Mereka yakin tidak ada lagi jalan keluar kali ini.
• Tetapi Nabi Musa yang meyakini bahawa Allah yang telah mengarahkan mereka untuk pergi ke laut merah sudah pasti menyediakan jalan keluar buat mereka.
• Baginda tidak ragu & penuh dengan keyakinan terhadap Allah; pasti akan ada jalan keluar walaupun tidak diketahui caranya.
• Pada waktu ini terbitlah jawapan dari baginda yang penuh dengan keyakinan kepada Allah dan menjawab ketakutan :
"Tidak sama sekali!
Kita tidak akan ditawan.
Aku sentiasa disertai tuhanku. Tuhanku tidak akan sesekali mensia siakanku!"
Dengan penuh kepastian & keyakinan.
• Pada saat saat terakhir yang amat getir ini datanglah bantuan Allah dari cara yang tidak disangka sangka.
• Allah memerintahkan baginda untuk memukul laut dengan tongkatnya.
Menariknya adalah penggunaan partikel ف yang bermaksud 'terus & tanpa penangguhan'.
• Bermakna setelah baginda mengucapkan kata kata yang penuh keyakinan itu bantuan Allah terus datang tanpa bertangguh!
• Juga tidak diperincikan bagaimana proses pukulan laut tersebut tetapi terus disebutkan فانفلق (maka laut terus terbelah) untuk menunjukkan cepatnya proses.
• Maka berlakulah keajaiban dan perkara yang dirasakan mustahil oleh manusia iaitu laut telah terbelah.
• Dirasakan ini mustahil kerana manusia membandingkan kejadian penciptaan Allah dengan apa yang telah biasa berlaku & berulang ulang.
• Sedangkan Allah adalah pemilik & penguasa alam ini. Sebagaimana dia berkuasa untuk mencipta apa apa dengan peraturan & kebiasaan tertentu, dia juga mampu melakukan apa apa sahaja mengikut kehendakNya.
• Berlakulah mukjizat dan selamatlah bani Israel & tenggelamlah firaun.
Pengajaran kisah ini :
• Dalam hidup pasti akan melalui detik detik sukar & buntu yg sepertinya tidak ada lagi jalan keluar.
Pada waktu ini kita boleh memilih untuk berputus asa seperti bani Israel ataupun yakin seperti Nabi Musa.
Tatkala baginda yakin, bantuan Allah tiba.
• Allah SWT yang mampu membelahkan laut untuk Nabi Musa juga mampu untuk mengubah kehidupan kita & mengabulkan doa kita.
Dia boleh menjadikan apa yang dirasakan mustahil oleh manusia itu berlaku dengan mudah.
Maka yakinlah kepada Allah & jangan kita berputus asa! 🤲
Rujukan :
1) al-Tafsir al-Wasit - Tantawi 2) Tahrir wa Tanwir - Ibn Asyur 3) Taysir Al-Karim - Al-Si'di 4) Fi Zilal Al-Quran - Syed Qutb.
Sebentar tadi seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Hayy Sheikh Jarrah telah ditangkap dalam perjalanan pulang dari sekolah atas 'kesalahan' melukis bendera Palestin di wajah kawannya. #SavePalestine
Tak cerita lagi tentang sistem markah University of Jordan. Ada kuota 10% untuk gred A di b.a, m.a & phd.
Makin sedikit pelajar makin susah. Kelas master dalam 20 orang. Jadi 2 orang teratas sahaja akan dapat A.
Bayangkan markah 80+ tapi dapat B. Menangis ana di bucu katil. 😔
Kiranya Dr Rozaimie yang boleh dapat 3.98/4.00 tu adalah top student bagi semua subjek yang dia ambil (ada 12 subjek untuk phd) & top student untuk seluruh peringkat pengajian. Phd lagi sedikit jumlah pelajar. Lagi mencabar.
Setiap kali lepas exam mid sem kalau dapat rendah dari kawan kawan lain (walaupun beza sedikit markah) memang untuk dapat A susah dah.
PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR DAN JORDAN) BAGI SESI KEMASUKAN 2021/2022
Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2021/2022 perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui :
Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Diploma Qiraat dibuka pada 2 Jun 2021 (Rabu) mulai jam 10.30 pagi, dan akan ditutup tujuh (7) hari selepas keputusan rasmi STAM dan SPM.