"Ramai org baca buku, tp brp ramai org yg baca buku dgn betul?"
Deep. Kadang2 kita maybe excited nak baca buku sampai habis kan.
Tambah2 pulak PKP ni, bagus, makin ramai nak baca buku.
Jadi, bagaimana seharusnya kita membaca buku?
Ready for Day 4?
Bismillah, let's go! 👇🏻
Ada satu ketika semasa saya di uni, pensyarah kami, Dr. Syed Ahmad S.A. Al Sagoff tanya, "bagaimana kalian membaca buku ya?"
Satu soalan ringkas, kami semua terdiam.
Fahamlah beliau, kebanyakan kami mungkin taktau teknik yg baik untuk membaca buku.
Kata beliau, tidak boleh baca sahaja tanpa tahu caranya.
Tip yang dikongsikan ini sesuai digunakan terutamanya untuk membaca buku bukan fiksyen.
1. Baca tajuk
Baca tajuk? Ya. Perlu baca tajuk dengan penuh perhatian.
Ada orang bila berkongsi tentang sesuatu buku, kita tanya buku apa yang dibaca? Tak tahu.
Barangkali kerana tajuk tidak dibaca dengan perhatian.
2. Lihat siapa penulis, penterjemah, penyusunan
Sangat baik jika kita kenal serba sedikit latar belakang penulis.
Ada juga sebahagian buku yang tidak ditulis oleh penulis, tetapi diterjemah atau disusun. Maka, lihat siapa yang menterjemahkan buku itu atau siapa penyusunnya.
Bagi kalian peminat buku, saya sarankan untuk lihat juga di muka surat selepas kulit buku — siapa penerbit, penyunting, pereka letak, pembaca pruf dan lain-lain informasi tambahan.
Kita kenal luar & dalam buku yg dibaca.
3. Isi kandungan
Selanjutnya, baca pula isi kandungannya.
Dapatkan gambaran awal bagi setiap topik dan bab yang ditulis dalam buku.
Dapatkan big picture -> then, selamlah ke dalam lautan tersebut.
4. Kata pengantar
Penting untuk kita dapatkan wawasan atau latar belakang tentang buku yang ingin dibaca.
Seperti kata seorang sahabat saya, di bahagian ini juga kita boleh tahu kualiti penerbit dan penerbitan buku tersebut.
5. Pengenalan penulis
Seterusnya, baca dengan penuh perhatian di bahagian pengenalan buku. Kebiasaannya, para penulis akan bercerita tentang sebab buku itu ditulis.
Sangat baik untuk kita faham terlebih dahulu sebelum membaca kandungan dan isi buku dengan lebih mendalam.
6. Lihat indeks (if any)
Part ni jarang diberi perhatian oleh para pembaca. Kenapa perlu lihat bahagian indeks di belakang?
Indeks buku penting untuk kita dapatkan gambaran keseluruhan isi buku dan mengenal pasti istilah (term) penting yang digunakan dalam buku.
7. Lihat rujukan atau bibliografi
Part ni penting untuk kita tahu rujukan yang menjadikan buku itu bagus. Kita juga dapat mengenal pasti kecenderungan penulis bagi sumber yang dipilih untuk dicedok.
Selesai!
Tahniah, korg dah sedia untuk terjun ke dalam lautan idea dan pengetahuan penulis.
Bila baca buku mcm ni, insya-Allah lebih banyak manfaat yg dapat kita peroleh.
Now, ambil satu buku yang korg suka dan mulakan langkah pertama pembaharuan.
Selamat membaca buku!
Jangan lupa Quote or RT ya if korang rasa thread ni helpful.
Korang boleh baca Day 1 hingga Day 3 kt previous thread:
Oh ya. Ada beberapa buku boleh korg baca pasal membaca.
Aku list down kt bawah. Cari & baca ya!
1. Kuasa Iqra @drzul_albakri 2. How to Read a Book 3. Risalah Malaysia Membaca @jejaktarbiah 4. Projek Bibliofil 5. Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi @WehNakBacaApaNi 6. Biblioholisme
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh