β€œRamai sibuk nak belajar itu, asah skill ini. Tp ramai yg terlepas pandang ilmu selamatkan diri dunia & akhirat.”

Ok ni memang sentap. 😭

Di samping kita explore & belajar macam2, satu benda penting kita kena upgrade; ilmu agama.

Day 5, let’s start reading πŸ‘‡πŸ»
Dua aspek perlu kita ambil tahu:

1. Ilmu fardu ain
2. Ilmu fardu kifayah

Aku yakin korg pernah dengar, at least sekali masa kecik2 dulu kan.

Kali ni aku nak tekankan more on fardu ain. Fardu ain tu apa?
Mudah cerita, fardu ain ni ilmu yang kita wajib belajar, setiap individu kena tahu.

3 perkara ni kita kena belajar:
1) Ilmu tauhid
2) Ilmu fekah
3) Ilmu tasawwuf

I’ll not elaborate more on this. Lebih baik refer dan belajar terus drpd ahlinya.

Yang kita nak discuss sekarang,
bagaimana nak belajar dan upgrade ilmu fardu ain kita?

Aku nak share peluang2 yg ada terutamanya dlm keadaan kita kena duduk rumah sekarang ni.

Tak boleh pergi masjid atau sekolah dll.

Here we go:
1. Kelas online

Kita beruntung sbb setiap ujian yg Allah beri, pasti ada kelebihan lain yg Allah kurniakan.

Tak ada alasan dah buat kita sekiranya kita boleh subscribe Netflix maraton semua series tp tak sempat topup ilmu agama kita.
Masjid dan surau pun pakat2 buat kelas online.

Kalau tak ada? YouTube & media sosial yg lain pun boleh kita cari. Cuma kena berhati-hati.
2. Cari guru/mursyid

Bagi mengelakkan kita cari ilmu yg salah, perlu kita ada guru yg memandu.

Carilah org berilmu dan boleh dipercayai ilmunya. Dekati.

Belajar dgn dia. Atau minta tunjuk ajar dia, dgn siapa atau bagaimana boleh kita cari ilmu.
3. ikuti pengajian ikut peringkat

Naik tangga pun tak boleh nak lompat tingkat 10 terus. Kena mula dgn tangga pertama.

Begitu juga ilmu. Mustahil kita jadi ulama dalam sehari kan.

Jadi, belajar fardu ain pun kena berperingkat. Jgn hentam kitab level tinggi terus.
4. Sertai daurah

Alhamdulillah. Banyak aku tgk inisiatif2 guru2 dan pusat pengajian buat daurah.

Sesuai untuk kita yg busy atau tak sempat nak bg komitmen tiap hari.

Luangkan masa untuk join daurah untuk kita tutup kebocoran ilmu agama kita.
5. Sertai talaqqi

Walaupun kita sibuk dgn kerja seharian, cubalah cari kelas pengajian yg boleh kita join secara konsisten.

Istiqamah itu lebih baik drpd karamah.

Cari kelas talaqqi, sertai dan hadamkan sehingga khatam.
Aku doakan moga2 Allah kurniakan kpd kita kefahaman dalam agama dan dijauhkan dgn ilmu yg tak bermanfaat.

Amin. 🀲🏻

Jom perbaiki, topup & upgrade ilmu agama kita!

β€’ β€’ β€’

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
γ€€

Keep Current with Tip Produktiviti πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ

Tip Produktiviti πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ajwadshafie

4 Jun
"Ramai org baca buku, tp brp ramai org yg baca buku dgn betul?"

Deep. Kadang2 kita maybe excited nak baca buku sampai habis kan.

Tambah2 pulak PKP ni, bagus, makin ramai nak baca buku.

Jadi, bagaimana seharusnya kita membaca buku?

Ready for Day 4?

Bismillah, let's go! πŸ‘‡πŸ»
Ada satu ketika semasa saya di uni, pensyarah kami, Dr. Syed Ahmad S.A. Al Sagoff tanya, "bagaimana kalian membaca buku ya?"

Satu soalan ringkas, kami semua terdiam.

Fahamlah beliau, kebanyakan kami mungkin taktau teknik yg baik untuk membaca buku.
Kata beliau, tidak boleh baca sahaja tanpa tahu caranya.

Tip yang dikongsikan ini sesuai digunakan terutamanya untuk membaca buku bukan fiksyen.
Read 14 tweets
3 Jun
β€œMenyesal aku tak belajar ni awal2. Dah masuk alam kerja baru rasa rugi, struggle nak hidup.”

Selalu sangat aku dengar statement ni. Menyesal kenapa?

Sebab tak belajar ilmu pengurusan kewangan. Jadi, jom explore ilmu kewangan!

Day 3 #lockdown2021 di rumah, let’s go πŸ‘‡πŸ»
Ilmu kewangan ni penting walaupun kau bukan budak finance. Hari2 kita lalui kehidupan yg memerlukan duit.

Lainlah kalau kau punya duit tu sentiasa ada tak habis2. Jatuh dari langit kot.

Mana nak mula explore ilmu ni? Meh aku share 4 cara untuk belajar pengurusan kewangan.
1. Buku

Belambak buku2 yg bagus pasal kewangan yg boleh membuka minda kita.

Antara yg aku boleh recommend?
Rich Dad Poor Dad.

Mungkin ada yg tak setuju buku ni, tp buku ni antara yg mula2 expose aku explore more.

Buku dalam BM pun banyak di pasaran. Start read one.
Read 11 tweets
30 May 20
Ada member tanya pasal gangguan, apa nak buat.

Korang pernah tak jd kes 'kena tindih'?

Ada ke orang nak baca kalau tweet ni jadi 'ini adalah thread'? πŸ€”
Yang tak boleh blah tu, bukan sorang yg tanya. Tiba-tiba datang soalan taktau dari mana.

Diorg rancang ke apa πŸ˜…
Korang ada pengalaman tak kena 'gangguan'?

Pastu nak kena buat apa kalau jadi kt korang?

__

Ok sebab dah pukul 12, let's get started!

Ini adalah thread.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(