Seorang jururawat telah menghembuskan nafas terakhir kerana dijangkiti covid. Disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit yang menerima rawatan di wad.
Lebih menyedihkan dia meninggal dunia bersama bayi sulung dalam kandungan yang berusia 7 bulan.
Pada 31 Mei lalu, suaminya menghubungi keluarga memaklumkan arwah dimasukkan ke ICU akibat pendarahan di dalam perut namun bayi dikandungnya dikatakan berada dalam keadaan baik.
"Arwah menghubungi ibu dan ayah bagi meminta maaf selain mahu dihalalkan makan minum kerana arwah merasakan tidak akan bangun pada keesokan hari," kata salah seorang ahli keluarga.
Arwah berasal dari Jempol,Negeri Sembilan tetapi bertugas di Hospital Labuan,Sabah.
Lebih menyayatkan hati, arwah dikebumikan di Sabah atas faktor keselamatan kesihatan.
Kali terakhir keluarganya bertemunya pada Januari lalu setelah arwah bertukar ke Hospital Labuan. Sedihnya!
Inilah pengorbanan sebagai barisan hadapan.
Tetap teguh menjalankan tugas demi membendung wabak ini meskipun berbadan dua. Walaupun tahu risiko diri dijangkiti amat tinggi tapi tetap berkorban sehingga terkorban.
Al fatihah(dibaca) untuk arwah Siti Aishah dan salam takziah buat keluarga.
Syurga buat mu wahai pejuang!
Dr. Ahmad Samhan
Nota: Lebih 100,000 subscribers sertai ilmu kesihatan PERCUMA di telegram Dr. Samhan 👉🏻 t.me/drsamhan
Lebih 800,000 followers yang telah follow tiktok Dr Samhan untuk pelbagai tips yang bermanfaat 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJHwpUqw/
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Doktor,betul ke wap air bunga cengkih boleh merawat covid?
Salah seorang follower saya bertanya memandangkan ramai berkongsi info bunga cengkih boleh merawat covid.
Ada juga yang sebarkan video dimana dikatakan kes covid di India semakin menurun setelah rakyatnya mengamalkan khasiat bunga cengkih.
Bunga cengkih, atau cloves adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan.
Bunga cengkih mengandungi Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.
Ini bermakna wap air dari bunga cengkih sangat bagus untuk mengurangkan keradangan
“Puan, batuk anak puan ok? Ada nampak dia bernafas makin laju tak? Selsema ada lagi?”
Kedengaran suara doktor bertanya dari corong telefon. Cepat-cepat si ibu melihat dada anaknya untuk memastikan keadaan anak baik.
Sayu melihat anak kecil yang sedang nyenyak tidur. Sesekali dia terbatuk. Baru berusia 8 bulan. Kasihan pada tubuh sekecil ini perlu kuat untuk melawan virus covid-19.
Mereka ditempatkan dibilik isolasi. Tiada siapa dibenarkan melawat. Hanya ada tandas dan katil.
Lihat depan, dinding. Pusing kebelakang, pun dinding. Dongak keatas, siling.
Saling tak ubah seperti penjara.
Sesekali kedengaran bunyi pintu diketuk. Makanan akan ditinggalkan di depan pintu.
Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.
Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?
Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.
Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.
Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini
Bila diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan.
Tak ubah seperti gam kasut. Pekat dan melekat.Kahak terhasil dari tisu paru-paru yang telah mati amat sukar untuk disedut.
Begitu siksanya untuk bernafas dengan kahak pekat memenuhi paru-paru. Pesakit bukan saja batuk kahak tapi batuk tisu paru-paru yang telah reput.
Pesakit covid diletakkan dalam posisi meniarap. Mengapa?
Di dalam artikel New England Journal of Medicine menyatakan pesakit yang diletakkan dalam keadaan meniarap menunjukkan peningkatan kandungan oksigen dari 85% hingga 98%.
Ini kerana lebih banyak oksigen yang boleh masuk dengan mudah.
Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.
Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak.
Ada satu peristiwa lain pulak, bila Nabi terserempak dengan kanak-kanak masa tengah berjalan, baginda akan beri salam pada anak-anak tu dan kemudian mengusap kepala mereka.
Fuh!
Pernah sekali tu Nabi solat sambil mendukung anak kecil.
Nabi jugak sanggup bersujud lama sebab
masa tu cucu baginda tengah main ala-ala menunggang dekat atas belakangnya. Baginda siap tunggu sampai cucunya puas bermain lalu barulah Nabi bangkit.
Nabi selalu mendoakan anak kecil.
Nabi kerap mengusap pipi kanak-kanak sambil mengucapkan perkataan yang positif.