Ini pembunuh senyap covid!

Tahu tak apa itu Happy Hypoxia?

Happy bukan maksudnya gembira?

Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Kenapa dipanggil Happy Hypoxia? Image
Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.

Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini
tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?

Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.
Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.
Bantu saya sebarkan dalam semua platform media sosia tentang info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi.

Saya jemput semua untuk join channel telegram saya. Dalam ini, saya banyak kongsikan ilmu kesihatan dan kecemasan secara PERCUMA.
Lebih 80,000 yang dah join. Mereka semua dah banyak belajar. Rugi tak join!

Klik 👉🏻 t.me/drsamhan

Jom singgah juga di tiktok saya untuk dapatkan tips tips yang bermanfaat!

Klik 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJHJFYTo/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

3 Jun
126 kes kematian semalam!

Kes kematian paling tinggi dicatatkan di negara kita.

Ini bermakna, setiap 1 jam ada 5 orang meninggal dunia di negara kita semalam.

Di India, kes kematian dicatatkan semalam 3,207. Iya, setiap 1 jam seramai 134 orang meninggal dunia Image
dan bermakna setiap minit 2 atau 3 orang menghembuskan nafas terakhir. Lagi teruk!

Jika kalian sayangkan keluarga kalian, duduklah rumah. Keadaan sekarang amat kritikal.

Pakai 2 pelitup muka ,kerap basuh tangan atau guna hand sanitizer dan jaga jarak.
Asal keluar rumah, balik mandi. Bimbang kita pembawa jangkitan masuk ke dalam rumah.

Yang belum daftar vaksin, tolonglah daftar vaksin. Tolonglah ambil vaksin!

Virus ini real. Bukan rekaan.

Lindung diri, lindung keluarga, lindung masyarakat, lindung negara.

Tolong ya!
Read 4 tweets
1 Jun
Bila diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan.

Tak ubah seperti gam kasut. Pekat dan melekat.Kahak terhasil dari tisu paru-paru yang telah mati amat sukar untuk disedut.
Begitu siksanya untuk bernafas dengan kahak pekat memenuhi paru-paru. Pesakit bukan saja batuk kahak tapi batuk tisu paru-paru yang telah reput.

Pesakit covid diletakkan dalam posisi meniarap. Mengapa?
Di dalam artikel New England Journal of Medicine menyatakan pesakit yang diletakkan dalam keadaan meniarap menunjukkan peningkatan kandungan oksigen dari 85% hingga 98%.

Ini kerana lebih banyak oksigen yang boleh masuk dengan mudah.
Read 6 tweets
19 May
Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.

Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak.
Ada satu peristiwa lain pulak, bila Nabi terserempak dengan kanak-kanak masa tengah berjalan, baginda akan beri salam pada anak-anak tu dan kemudian mengusap kepala mereka.

Fuh!

Pernah sekali tu Nabi solat sambil mendukung anak kecil.

Nabi jugak sanggup bersujud lama sebab
masa tu cucu baginda tengah main ala-ala menunggang dekat atas belakangnya. Baginda siap tunggu sampai cucunya puas bermain lalu barulah Nabi bangkit.

Nabi selalu mendoakan anak kecil.

Nabi kerap mengusap pipi kanak-kanak sambil mengucapkan perkataan yang positif.
Read 12 tweets
18 May
Tolong!!! Anak tercekik!

Tercekik ditakrifkan American Academy of Pediatrics (AAP) sebagai sekatan atau halangan pernafasan oleh bahan asing yang menyekat saluran pernafasan dalaman dan ia antara penyebab utama morbiditi serta mortaliti (kematian)
dalam kalangan kanak-kanak, terutama yang berumur di bawah tiga tahun.

Bagaimana jika anda berdepan situasi anak tercekik objek yang dimasukkan ke dalam mulut?
Tentu ramai ibu bapa panik, apatah lagi jika tidak mempunyai ilmu untuk mengeluarkan objek berkenaan.

Secara umumnya boleh dikatakan masih ramai ibu bapa mahupun penjaga kanak-kanak dan bayi tidak tahu tindakan selanjutnya bagi menyelamatkan nyawa anak mereka.
Read 15 tweets
17 May
“Doktor,sakit perut”

“Sakit di bahagian mana? Boleh tunjuk?”

“Sakit ulu hati. Dari sini rasa terbakar naik keatas. Perut rasa sebu” Image
Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD) terjadi apabila otot di bahagian bawah saluran esofagus menjadi longgar dan asid daripada perut naik ke esofagus tidak dihalang.

Asid akan masuk(refluks) kedlm esofagus serta menghakis dindingnya ia menyebabkan keradangan dan pedih ulu hati
TIPS UNTUK MENGELAKKAN GERD

1️⃣ Bagi pesakit yang obes, penurunan berat badan ke tahap yang ideal dapat mengurangkan masalah ini.

2️⃣ Elakkan makanan berlemak dan pedas yang boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus.
Read 9 tweets
25 Apr
Ini fakta tentang kucing.

Oh, saya baru tahu!

Kucing dewasa tidak mengiau kepada kucing dewasa yang lain untuk berkomunikasi. Ia bukan bahasa antara kucing dewasa.
Anak kucing mengiau untuk memanggil ibunya, tapi ia berhenti mengiau kepada kucing lain bila umurnya mencapai 4 bulan.
Kucing dewasa mengiau kepada manusia untuk berkomunikasi. Hanya kucing domestik yang dewasa berbuat demikian.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(