Dulu ok, sekarang dah berubah.

PADA malam 28 September 1998 itu, puluhan ribu manusia memenuhi Taman Melewar, melimpah hingga ke Greenwood. Ada kawan beritahu, kereta mereka terpaksa diletakkan di susur keluar ke UIA, berhampiran Tol Gombak dan berjalan kaki ke Taman Melewar.
.
Semua orang berkumpul kerana menghadiri pelancaran Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Saya ditugaskan untuk mengendalikan program raksasa ini selaku Pegawai GERAK pada masa itu.
.
Boss saya ialah Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor sebagai Pengerusi GERAK dan Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS yang menjadi Ketua Sekretariat GERAK.
.
Dalam majlis ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang hadir bersama Pengerusinya, Dr Chen Man Hin. Inilah kali pertama dalam sejarah Markaz Tarbiyah PAS Pusat itu, ia dihadiri oleh pemimpin tertinggi DAP untuk satu program besar dan
.
Lim Kit Siang turut berucap memberi aluan, kerana polis tidak memberi izin kepada para pemimpin pembangkang berceramah pada malam itu. GERAK ditubuhkan di atas inisiatif PAS seminggu sebelumnya, setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan ISA dalam isu liwat yang pertama.
.
Perhimpunan raksasa ini sangat menakutkan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed selaku Perdana Menteri.

Tidak banyak yang boleh diperbuatkan oleh media mainstream ketika melihat gejolak besar kebangkitan rakyat itu. Kecuali satu, iaitu memfitnah PAS!
.
Walaupun rangkaian internet belum cekap dan smart phone belum ada, blog-blog sudah beroperasi menabur fitnah, selain televisyen, radio dan media bercetak. Apa fitnahnya?
.
Mereka menyiarkan gambar Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memeluk Lim Kit Siang di atas pentas Dewan Markaz Tarbiyah PAS Pusat itu. Mereka mengatakan ‘PAS sudah berubah!’ PAS segera dituduh meninggalkan dasar perjuangannya.
.
PAS jual agama! PAS khianat Melayu! PAS bercium mulut dengan kafir DAP! Dan bermacam-macam lagi. Pendeknya, mereka mahu mengatakan PAS ketika memimpin parti-parti pembangkang dan rakyat dalam arus reformasi melalui GERAK itu telah berubah,
.
bukan lagi PAS ketika zaman Memali dan Ustaz Ibrahim Libya, yang tegas mempertahankan prinsipnya!
.
PAS selalu diulang dengan fitnah yang sama

Ketika radio dan televisyen pro kerajaan hangat menaburkan fitnah mengenai PAS berubah, dengan didukung oleh media-media cetak ini.
.
Saya berceloteh dengan Ustaz Hassan Shukri sambil minum-minum di gerai laksa, betul-betul berhadapan dengan gerbang masuk ke markaz. Sekarang ini, gerai laksa itu masih wujud, tetapi telah diwarisi oleh anak tuan gerai itu.
.
“Teruk juga TV3 belasah Tok Guru (Abdul Hadi Awang) pasal gambar peluk Lim Kit Siang ni, Ustaz,” saya membuka cerita.

“Macam itu lah nasib PAS. Dulu bila kita tidak berkawan dengan DAP, mereka kata kita kuat perkauman.
.
Bila kita berbaik dengan DAP senyap-senyap, depa kata PAS dan DAP ada pakatan sulit. Bila DAP datang markaz kita, depa kata kita dah berubah, jual agama. Mereka takde kerja lain, nak tabur fitnah je,” Ustaz mengeluh dengan sikap mereka.
.
“Kita pernah ke berkawan dengan DAP ini, Ustaz?” saya mula mengorek cerita.

“Kita tak pernah bergaduh dengan DAP. Tapi kita dengan DAP sama-sama berhati-hati, sebab media suka buat fitnah. Kalau depa nampak PAS baik je dengan DAP, surat khabar Cina akan buat cerita...
.
DAP dah berubah dan gadai prinsip, sokong hudud dan negara Islam. Surat khabar Melayu dan tv pula kata PAS dah berubah, gadai masa depan Melayu dan nak jual negara ini kepada puak Cauvinis DAP.
.
Gitulah keadaan dia sejak awal ’80-an sampai sekarang. Dulu, DAP tak berani nak join HAK (Harakah Keadilan Rakyat) yang kita tubuh bersama (Dr) Syed Hussein (Ali, PSRM), (Dato’) Raja Nasron (Raja Ishak, NasMa) dan Ahmad Nor (SDP), tahun ’86 dulu,
.
sebab media dah main cerita DAP sokong negara Islam. Media ini takde dosa pahala, tak fikir akhirat,” kesal Ustaz dengan keadaan media yang melulu itu sehingga timbul banyak fitnah kerananya.
.
“Bahaya juga fitnah seperti ini kan, Ustaz. Mereka membuat label-label negatif untuk memberi imej buruk kepada PAS. Akhirnya, rakyat menyangka PAS sudah berubah, sudah tinggalkan dasar Islamnya,” panjang pula saya bersyarah kepada Ustaz,
.
kerana kebetulan kepakaran saya ketika itu ialah mengenai teknik bujukan politik. Ketika menamatkan ijazah pertama dulu, kajian ilmiah tahun akhir saya adalah khusus berkenaan penggunaan teknik bujukan dalam kempen politik. Saya faham sangat perkara komunikasi politik ini.
.
“PAS ini sejak dari zaman dulu, difitnah orang sebab perjuangannya nak tegakkan Islam. Kalau PAS tegas dengan Islam, dia orang kata PAS ekstrem, kalau PAS mengambil pendekatan berlembut, dia orang kata PAS jual agama, dah berubah.
.
Kalau PAS bersuara, mereka kata PAS ini hanya reti bangkang je, kalau PAS diam, dia orang kata PAS dah bisu sebab dapat habuan. Semua jadi bahan fitnah.
.
“Ya! Macam Nabi (S.A.W) dulu. Bila mengadap kiblat ke Baitul Maqdis, Yahudi kata Muhammad ikut agama dia. Bila mengadap pula ke Baitullah, Yahudi kata Muhammad dah berubah, tak tetap pendirian.
.
Orang Makkah pun buat fitnah gitu juga kepada Nabi (S.A.W),” Ustaz mula membawa kisah-kisah Seerah untuk memahamkan saya mengenai mehnah perjuangan. Ustaz sangat arif dengan mehnah seperti ini kerana beliau menguasai Seerah perjuangan Islam.
.
“Zaman dulu-dulu, masa tv hitam putih, ada ke fitnah macam ini yang PAS kena, Ustaz?” saya membawa Ustaz mengimbau kenangannya.

“Sama ja. Dulu, masa seorang pemimpin PAS yang sangat keras lawan Umno, masa itu dia Ahli Parlimen. Tiba-tiba dia umum keluar PAS.
.
Masa ini Ana kat Padang Rengas, jadi cikgu di (Madrasah) Yahyawiyah. Ana kenal sangat dia, sebab dia cikgu Ana di Sabak Bernam dulu. Ustaz Othman Abdullah yang ada surau biru dekat rumah Pak Wan Azman (bekas Setiausaha Perhubungan PAS WP, di Kg Padang Balang) itu,”
.
Ustaz mula membuka kisah silamnya.

“Ustaz Othman itu dulu PAS ke, Ustaz?” saya mula mencari kepastian.
.
“Dia itu pengasas PAS. Pernah jadi Ketua Pemuda PAS, Setiausaha Agung PAS, Ketua Penerangan PAS dan Naib Yang Dipertua Agung PAS. Dan jadi wakil rakyat PAS lagi di Tanah Merah. Dalam tahun ’62 itu rasanya dia ada krisis dengan (Datuk Mohd) Asri (Haji Muda).
.
Asri belum jadi Menteri Besar lagi masa ini. Tiba-tiba dia keluar PAS. Dia beritahu surat khabar, PAS dah berubah, bukan macam PAS dulu lagi! Dia tuduh PAS curi balak, tapi dia tak bagi bukti,” Ustaz melanjutkan ceritanya.

“Sudahnya, Ustaz?” saya dah tak sabar.
.
“PAS dok macam itu juga la… Takde berubah apa. Yang berubah itu dia sendiri. Sebab lepas dia keluar PAS, tak berapa lama dia masuk Umno, dapat bertanding di Hilir Perak, lepas itu jadi Timbalan Menteri. Siapa yang berubah sebenarnya?” Ustaz melemparkan batu buah kerasnya.
.
Bekas orang PAS fitnah PAS

“Kira-kira, ini bekas pemimpin tertinggi PAS yang tuduh PAS berubah lah kan, Ustaz?” saya cuba merumus kisah Ustaz Othman Abdullah itu.

“Kadang-kadang fitnah yang kata PAS berubah ini, bekas pemimpin PAS sendiri yang buat. Ada sebabnya.
.
Kadang-kadang kerana mereka nak lari dari PAS kerana ada orang tawar dunia, kadang-kadang kerana dia kecewa tak dapat habuan dalam PAS, kadang-kadang kerana mereka bergaduh sesama sendiri.
.
Tapi, mereka yang fitnah PAS, bukan PAS yang berubah. Mereka sebenarnya yang berubah, tapi nak tutup khianat mereka, mereka kata PAS berubah,” terang Ustaz panjang lebar, sehingga saya mulai nampak hakikat sebenar.
.
“Kalau kita jadi kerajaan, mesti lagi banyak fitnah macam ini kan Ustaz? Macam Ustaz Othman tuduh PAS curi balak di Kelantan itu. Kalau kita masuk Federal, lagi kuat fitnah kan?” saya memancing Ustaz untuk melihat fitnah ketika berada dalam Kerajaan Pusat pada dekad 1970-an dulu.
“Lepas kita bentuk BN pada tahun ’74 itu, ramai juga orang PAS yang tak puas hati, terutama dengan Datuk Asri. Banyak orang fitnah dia. Macam-macamlah,” Ustaz mula bersungut mengenai tuduhan-tuduhan kepada PAS zaman 1970-an itu.

“Contohnya, Ustaz?” saya dah hilang sabar.
.
“Bila kita bentuk BN, ada orang kata PAS dah berubah, dah tinggal perjuangan Dr Burhanuddin (al-Helmy). Dah tak cakap tentang Melayu Raya, tak kisah dah hak ketuanan Melayu. Islam pun dah tak cakap.
.
Maklumlah, PAS dah dapat jadi Menteri. Bilik ekon pun sejuk, gaji besar, rumah kat (Jalan) Swee Guat pun besar. Pendeknya PAS dah berubah, tak macam dulu lagi.
.
“Ada pemimpin PAS yang termakan fitnah ini. Mereka tawakuf (berhenti) dari PAS, ada yang keluar parti, ada yang masuk parti lain, ada yang kritik PAS secara terbuka, ada yang buat gerakan jatuhkan Datuk Asri dan macam-macam.
.
Mereka buat macam itu kerana menyangka PAS sudah berubah. Geng-geng Pemuda PAS pun ramai yang beralih kepada ABIM kerana anggap PAS dah berubah dari dasar Islam, bila PAS tubuh BN masa itu.
.
“Yang paling sedih, Datuk Asri sendiri. Dia dituduh sebagai kepala yang membuatkan PAS berubah. Datuk Asri dituduh buta al-Quran, tak ikut pandangan Dewan Ulamak (PAS) dan main politik anak-beranak.
.
Mereka terlupa, Ustaz Nik Aziz (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) sebagai Ketua (Dewan) Ulamak PAS adalah penyokong Datuk Asri yang rapat, dan Datuk Asri adalah pemimpin contoh dalam menggerakkan keluarganya berjuang bersama PAS.
.
“Semua keluarga Asri aktif PAS. Datin Sakinah (Junid, isteri Datuk Asri, sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Abang Haji Ishak (Lotfi Omar, anak saudara, bekas Pesuruhjaya PAS Kelantan), Ustaz Jais (Anwar, menantu, sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat),
.
Ustaz Mat (Mohamad) Junid (ipar, selaku AJK Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Solah(uddin Abdullah, selaku Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan), Ustaz Hassan (Salleh, menantu Ustaz Ishak Lotfi, Ahli Jawatankuasa Agung PAS), semua aktif dengan PAS.
.
Bila Ustaz Mat Junid dan Ustaz Solah dilantik sebagai Exco Kerajaan (masing-masing di Perak dan Kelantan), mereka kata PAS dah berubah.
.
Dulu PAS itu Parti Islam Se-Malaysia, sekarang PAS dah berubah jadi Parti Asri Sekeluarga,” Ustaz mula mengenangkan pelbagai fitnah yang ditimbulkan.
“Mereka tuduh PAS berubah. Walhal PAS kekal atas dasar Islam, yang berubah hanya cara-cara saja, orang sekarang sebut strategi. PAS tidak tinggal Islam, PAS tidak tinggal al-Quran dan Sunnah. PAS tetap melakukan amar makruf nahi mungkar. Apa yang berubahnya?
.
Sebab itu PAS masih kekal sampai hari ini. Parti miskin macam PAS ini, jika tidak kerana kekal atas dasarnya, dah lama mati, takde orang nak sokong,” Ustaz terus menerangkan kedudukan sebenar PAS yang dituduh berubah itu.

Siapa sebenarnya yang berubah?
.
“Jadi PAS tidak berubah dan kekal sampai sekarang. Mereka yang tuduh PAS berubah itu, bagaimana pula nasib politik mereka, Ustaz?” saya mula meninjau kesan-kesan akibat memfitnah PAS.
.
“Masa keadaan politik Kelantan panas tahun ’76, Datuk Mat (Mohamed) Nasir lawan PAS. Dia kata PAS dah berubah. PAS tinggal Islam, PAS makan rasuah, PAS curi balak macam-macam. Akhirnya, dia tinggal PAS tubuh BERJASA. Sebab BERJASA itu lah, PAS jatuh di Kelantan (pada 1978).
.
Tapi Datuk Mat Nasir tidak mendapat kemuliaan, kerana yang ambil kerajaan Kelantan itu Umno, bukan BERJASA. Kesian kat BERJASA, Tun Hussein (Onn) lantik dia (Datuk Mohamed Nasir) jadi Menteri JPM.
.
“Datuk Asri pula, ketika Muktamar PAS 1982 yang bawa konsep kepemimpinan ulamak, dia pula yang kata PAS berubah. Dia kata PAS dah jadi Syiah, PAS dah ikut Iran, PAS tidak macam dulu lagi.
.
Lepas itu, dia keluar PAS, bawa pengikut dia tubuh HAMIM. Akhirnya dia tinggal HAMIM masuk Umno.

“Tok Guru Nik Aziz pun kena juga, masa mula-mula jadi Menteri Besar dulu. Lepas dua tahun memerintah, dah mula bunyi suara, kata PAS dah berubah.
.
Mereka bising kata kenapa tak kerat tangan orang mencuri, mana hukum hudud, PAS dah tinggal Islam bila jadi kerajaan, macam-macam lah. Sampai ada yang keluar parti, tulis buku serang PAS. Yang paling kuat itu Ustaz Omar Khalid (bekas Ketua Pemuda PAS Besut).
.
Tapi last sekali, dia masuk Umno. Mula-mula tuduh PAS berubah, akhirnya dia yang berubah, tinggal perjuangan Islam, ikut Sekular pula,” Ustaz rupanya hendak memberitahu saya, bahawa tuduhan PAS berubah ada pada setiap zaman.
.
“Nampaknya setiap zaman ada tuduhan PAS berubah ini, Ustaz. Tapi PAS okay je. Tidak tinggal dasar Islamnya sampai hari ini,” saya cuba melihat hakikat PAS yang sebenar.
.
“Yang peliknya, masa zaman Dr Burhanuddin, PAS dituduh telah berubah, tinggal Islam jadi Melayu. Bila mari zaman Asri, PAS dituduh pula meninggalkan perjuangan ketuanan Melayu Dr Burhanuddin dan mereka puji Dr Burhanuddin.
.
Bila mari zaman kepemimpinan ulamak, mereka tuduh PAS dah ikut Iran jadi ekstrem, tinggal perjuangan moderat Asri. Mereka puji Asri kata beliau pemimpin sederhana.
.
Bila mari zaman Ustaz Fadzil sekarang ini, PAS dituduh tinggal perjuangan Islam tulen tahun ’80-an yang dibawa oleh kepemimpinan ulamak sebab PAS dah mula berkawan dengan orang kafir DAP.
.
Begitulah juga, pada masa-masa akan datang. Mereka akan tuduh pemimpin PAS berubah, dan akan puji Ustaz Fadzil dan Tok Guru Nik Aziz pula,” Ustaz membuat telahan berdasarkan bacaan sejarah politik tersebut.
.
Saya mula menghitung peristiwa-peristiwa dalam sejarah PAS. Banyak juga yang dituduhkan kepada PAS sebagai berubah, tetapi generasi berikutnya memuji yang dikatakan berubah itu, untuk mencerca keadaan yang semasa yang sedang dituduh pula sebagai berubah. Mari kita lihat:
.
1. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad dituduh telah berubah, tidak membawa aspirasi Islam yang menjadi dasar PAS apabila berada di dalam Majlis Undangan Persekutuan pada 1952 dan mengambil sikap kanan (pro atau berunding) dalam hubungan dengan British.
.
2. Dr Haji Abbas dan Dr Burhanuddin dituduh telah berubah, meninggalkan perjuangan kanan Haji Ahmad Fuad, kerana berjuangan secara kiri untuk menegakkan Melayu Raya dan ketuanan Melayu.
.
3. Datuk Asri dituduh telah berubah, meninggalkan perjuangan Melayu Raya dan ketuanan Melayu secara kiri Dr Burhanuddin, dengan mengambil sikap kanan dan moderat, lalu menyertai Kerajaan Campuran dan BN.
.
4. Pak Yusof Rawa dituduh telah berubah, kerana meninggalkan sikap kanan dan moderat Datuk Asri untuk membawa pendekatan Islam di bawah kepemimpinan ulamak yang dikatakan ekstrem, termasuk isu debat Negara Islam dan Memali.
.
5. Ustaz Fadzil bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz dituduh telah berubah, kerana meninggalkan perjuangan Negara Islam Pak Yusof Rawa, untuk berkawan dengan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (BA).
.
6. Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula dituduh telah berubah, kerana meninggalkan sikap moderat terhadap DAP untuk menyatukan politik Melayu Islam sekarang ini.
.
Adakah PAS telah berubah atau strategi PAS yang berubah mengikut kesesuaian dan keadaan politik semasa sebenarnya. Dasar PAS masih Islam, rujukan PAS masih al-Quran dan Sunnah, PAS masih melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
.
Apa yang berubah sebenarnya? Atau mereka sengaja mencipta fitnah?

Bila saya terkenangkan tuduhan-tuduhan yang mengatakan PAS sudah berubah, PAS sekarang tak sama dengan PAS dulu, PAS dah tinggal Islam, PAS dah tak peduli hudud dan Akta 355 dan macam-macam lagi...
.
Saya teringat telahan Ustaz Hassan bahawa Ustaz Fadzil dan Tok Guru Nik Aziz akan dipuji ketika mereka membuat fitnah kepada PAS pada masa akan datang. Memang begitulah yang berlaku sekarang!
.
PAS sebenarnya belum berubah, yang berubah adalah pembuat fitnah! Mereka berubah meninggalkan perjuangan dan kebenaran, kemudian menaburkan fitnah untuk menutup pengkhianatan mereka…

MOHD FADLI GHANI – HARAKAHDAILY 7/6/2021
.
harakahdaily.net/index.php/2021…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Reza Razali 🇵🇸

🇲🇾 Reza Razali 🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @_rezarazali_

7 Jun
Ada khadam mahacai bebal Ph minta ulas posting Nini Siron ni .Ok fokus pada highlight di bawah. Tujuan post ingin "mempersoal"

Sebab tu aku kata semua ni adalah politik busuk.
.
Yang tercongok di tepi showroom tu dia, yang rakam gambar Yb tu dia, yang ambil gambar pun dia dan yang tunggu sampai Yb tu pergi pun adalah dia. Kalau dia ikhlas nK tahu status Yb tersebut dah lama dia jumpa untuk bertanya tapi dia boleh duduk dalam kereta mcm SPY..
.
Kemudian segala bahan rakaman, gambar dia posting dan buat caption ingin "MEMPERSOAL".
Nak bagi power lagi cipta andaian² jahat. Mungkin dia beli kereta baru, eh mungkin jugak hari penyerahan, eh boleh ke test drive?
.
Read 4 tweets
7 Jun
Semalam heboh isu laporan polis terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Dr Noor Hisham kerana tidak mahu berikan rawatan Ivermectin kepada rakyat Malaysia. Katanya lepas buat laporan polis barulah KKM nak buat kajian.
.
Katanya negara luar, contohnya India dah lama beri Ivermectin kepada rakyatnya dan berkesan.

Izinkan saya kongsikan maklumat ini dengan anda.
.
1. Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedang buat kajian mengenai keberkesanan Ivermectin ke atas pesakit Covid di Malaysia. Anda kena sabar. Kajian ni diluluskan oleh Jawatankuasa Etika KKM pada 25/5/2021, lebih awal pun daripada laporan polis yang dibuat anda!
.
Read 19 tweets
7 Jun
Apabila menyebut Pulau Pinang, terbayang sewaktu remaja bersama rombongan Cik Kiah ke pesta Pulau Pinang, bekal wang beberapa belas ringgit sudah memadai. Itu semua sudah di telan zaman. Pulau Pinang pantas berkembang sebagai pusat industri dan wajar menjadi negeri maju.
.
Di mana silap parti Melayu Umno yang pada ketika itu mempunyai majoriti menyerahkan pemerintahan kepada Gerakan (Gerakan meninggalkan BN juga). Sejak itu negeri Tanjung ini tidak lagi di tadbir kerajaan Melayu.
.
Era pemerintahan dap, negeri ini melakukan penambakan laut, compact kan perkampungan Melayu di gantikan rumah kotak merpati. Gedung dan perumahan mewah di wujudkan sebagai helah menolak Melayu ke seberang Perai, Butterworth, Juru, Bukit Mertajam dan sekitarnya.
.
Read 10 tweets
7 Jun
Menurut mahacai, semua orang termasuk menteri2 kena dok rumah sbb mematuhi arahan PKP...namun juga menurut mahacai, menteri2 dok saja di rumah, tak buat kerja adalah makan gaji buta...
.
Menurut mahacai lagi, menteri2 kena jengok rakyat dan buat kerja untuk rakyat...tapi mahacai juga mahu larangan rentas daerah/negeri sepatutnya tertakluk kpd semua walaupun menteri...kata depa "kenapa golongan kayangan boleh rentas daerah/negeri, kami tak boleh?"...
.
Maka menurut puak2 mahacai ph ni, apa saja dibuat oleh menteri kerajaan PN semua tak betoi... Bergerak salah, dok diam pun salah...buat kerja salah, tak buat kerja dah mmg terangan salah...
.
Read 5 tweets
7 Jun
Dah tukar gambar profile, set private, padam posting mengenai MB...kenapa perlu takut???...bukan kah hang sekadar "bertanya"???...
.
Tok laki dia juai kereta, patut laaa dia jaki...kalau MB pi jumpa tok laki dia tanya bab kereta, mgkn dia akan viral cerita baik2 laaa pulak pasai MB Kedah...
.
Dalam kes ni, apa yg dia cerita mengenai kehadiran MB di lokasi tersebut adalah benar...cuma dia cerita pada sisi dia dan menokok tambah andaian dia sendiri utk menggambarkan seolah2 MB Kedah ke situ untuk beli kereta...
.
Read 6 tweets
7 Jun
Baru berbunyi guruh, belum lagi hujan - sudah gegak gempita jembalang maya bergentayangan mengilai di hutan medsos membawa jamuan sampah nan hanyir untuk majlis kenduri para petualang penagih berita fitnah sebagai juadah utama.
.
Berselang tempoh seminggu dua, beberapa sesi lelongan fitnah hanyir dibawa lagi.

Tanah LGM disebut "dijual", padahal transaksi belum pun melepasi Badan Penilai Kerajaan.
.
Begitulah otak kecil sang koruptor menggulai fitnah buat hidangan para jembalang medsos. Jariah dosa dilambakkan ke hadapan masyarakat kurang akal untuk sama² dilahap rakus. Tiada lagi usul periksa hingga sampah hanyir sebati di dalam diri menghalang hidayah dan petunjuk.
.
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(