Semalam heboh isu laporan polis terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Dr Noor Hisham kerana tidak mahu berikan rawatan Ivermectin kepada rakyat Malaysia. Katanya lepas buat laporan polis barulah KKM nak buat kajian.
.
Katanya negara luar, contohnya India dah lama beri Ivermectin kepada rakyatnya dan berkesan.

Izinkan saya kongsikan maklumat ini dengan anda.
.
1. Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedang buat kajian mengenai keberkesanan Ivermectin ke atas pesakit Covid di Malaysia. Anda kena sabar. Kajian ni diluluskan oleh Jawatankuasa Etika KKM pada 25/5/2021, lebih awal pun daripada laporan polis yang dibuat anda!
.
2. Anda kata DG akan bertanggungjawab ke atas kematian rakyat Malaysia kerana ivermectin tidak diberi. Nanti jika berlaku komplikasi atau kematian akibat pemberian Ivermectin secara terburu2 tanpa kajian, anda pasti salahkan Tan Sri DG juga kan?
.
3. Anda tau berita terkini dari India? Guideline terkini pada 27/5/2021 oleh DGHS Kementerian Kesihatan India telah mengarahkan rawatan Covid menggunakan Ivermectin, multivitamin dan zinc DIHENTIKAN! Ini anda nak sebarkan ke tidak? Anda boleh terima berita dari India ni?
.
Guideline ini juga menyuruh rakyat India yang tiada simptom untuk terus pakai pelitup muka, jaga kebersihan tangan dan jaga jarak fizikal. Sama seperti yang Kementerian Kesihatan Malaysia tekankan selama ni!
.
4. Maklumat yang kita ada sekarang masih belum cukup untuk gunakan Ivermectin sebagai rawatan SEMUA pesakit Covid. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) & FDA Amerika Syarikat mencadangkan Ivermectin hanya digunakan dalam kajian pesakit dahulu buat masa sekarang,
.
sehinggalah kita dapat bukti keberkesanannya. Kesatuan Eropah juga melarang Ivermectin digunakan ke atas semua pesakit kerana kekurangan bukti saintifik keberkesannya.
.
5. Kita mahu rawatan yang berkesan dan selamat buat rakyat Malaysia. Bukannya main beri ubat secara terburu-buru. Sebab itu setiap vaksin yang masuk ke negara kita juga tetap perlu melalui proses di NPRA KKM walaupun ia telah digunakan di luar negara sebelumnya.
.
6. Anda fikir kami di KKM suka ke pesakit Covid bertambah saban hari? Anda fikir kami mahu lihat rakyat Malaysia meninggal setiap hari? Anda fikir tiada doktor, jururawat dan ahli keluarga kami yang meninggal akibat Covid?
.
Kami juga sama seperti anda. Bezanya anda perlu duduk di rumah dan menjaga SOP manakala kami perlu memakai PPE 8 jam sehari dan menghadapi risiko dijangkiti Covid saban hari.
.
Mungkin bagus juga jika bagi segelintir rakyat Malaysia yang terlebih cerdik ni merasa pakai PPE dan berdiri merawat pesakit Covid selama 8 jam.
.
7. Tuan Puan, anda tidak perlulah jadi doktor atau jururawat untuk bantu kita mengalahkan COVID. Tak perlulah sebarkan pelbagai Whatsapp atau video yang tiada bukti keberkesanannya.
.
Anda rasa anda nak bantu lawan covid tapi sebenarnya anda melambatkan rawatan diberi kepada mangsa covid itu kerana mencuba pelbagai petua anda tu. Apatah lagi dengan bertindak terlebih sudu dari kuah. Siap buat laporan polis ke atas kami pula. Bagai melepaskan anjing tersepit.
.
8. Tolonglah bantu kami dengan sama2 promosi program vaksinasi di kalangan ahli keluarga anda, patuh SOP setiap hari dan di semua lokasi yang anda pergi. Itu pun dah cukup bagi kami.

Dr Mahyuddin Mohamed
@DrMahyuddin

#COVID19
.
Rujukan
********
.
1.) kpkesihatan.com/2021/06/05/min…
Nota: Tolong panjangkan penulisan saya ni ke group Whatsapp keluarga anda ya. Terima kasih.
.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Reza Razali 🇵🇸

🇲🇾 Reza Razali 🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @_rezarazali_

7 Jun
Dulu ok, sekarang dah berubah.

PADA malam 28 September 1998 itu, puluhan ribu manusia memenuhi Taman Melewar, melimpah hingga ke Greenwood. Ada kawan beritahu, kereta mereka terpaksa diletakkan di susur keluar ke UIA, berhampiran Tol Gombak dan berjalan kaki ke Taman Melewar.
.
Semua orang berkumpul kerana menghadiri pelancaran Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Saya ditugaskan untuk mengendalikan program raksasa ini selaku Pegawai GERAK pada masa itu.
.
Boss saya ialah Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor sebagai Pengerusi GERAK dan Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS yang menjadi Ketua Sekretariat GERAK.
.
Read 70 tweets
7 Jun
Ada khadam mahacai bebal Ph minta ulas posting Nini Siron ni .Ok fokus pada highlight di bawah. Tujuan post ingin "mempersoal"

Sebab tu aku kata semua ni adalah politik busuk.
.
Yang tercongok di tepi showroom tu dia, yang rakam gambar Yb tu dia, yang ambil gambar pun dia dan yang tunggu sampai Yb tu pergi pun adalah dia. Kalau dia ikhlas nK tahu status Yb tersebut dah lama dia jumpa untuk bertanya tapi dia boleh duduk dalam kereta mcm SPY..
.
Kemudian segala bahan rakaman, gambar dia posting dan buat caption ingin "MEMPERSOAL".
Nak bagi power lagi cipta andaian² jahat. Mungkin dia beli kereta baru, eh mungkin jugak hari penyerahan, eh boleh ke test drive?
.
Read 4 tweets
7 Jun
Apabila menyebut Pulau Pinang, terbayang sewaktu remaja bersama rombongan Cik Kiah ke pesta Pulau Pinang, bekal wang beberapa belas ringgit sudah memadai. Itu semua sudah di telan zaman. Pulau Pinang pantas berkembang sebagai pusat industri dan wajar menjadi negeri maju.
.
Di mana silap parti Melayu Umno yang pada ketika itu mempunyai majoriti menyerahkan pemerintahan kepada Gerakan (Gerakan meninggalkan BN juga). Sejak itu negeri Tanjung ini tidak lagi di tadbir kerajaan Melayu.
.
Era pemerintahan dap, negeri ini melakukan penambakan laut, compact kan perkampungan Melayu di gantikan rumah kotak merpati. Gedung dan perumahan mewah di wujudkan sebagai helah menolak Melayu ke seberang Perai, Butterworth, Juru, Bukit Mertajam dan sekitarnya.
.
Read 10 tweets
7 Jun
Menurut mahacai, semua orang termasuk menteri2 kena dok rumah sbb mematuhi arahan PKP...namun juga menurut mahacai, menteri2 dok saja di rumah, tak buat kerja adalah makan gaji buta...
.
Menurut mahacai lagi, menteri2 kena jengok rakyat dan buat kerja untuk rakyat...tapi mahacai juga mahu larangan rentas daerah/negeri sepatutnya tertakluk kpd semua walaupun menteri...kata depa "kenapa golongan kayangan boleh rentas daerah/negeri, kami tak boleh?"...
.
Maka menurut puak2 mahacai ph ni, apa saja dibuat oleh menteri kerajaan PN semua tak betoi... Bergerak salah, dok diam pun salah...buat kerja salah, tak buat kerja dah mmg terangan salah...
.
Read 5 tweets
7 Jun
Dah tukar gambar profile, set private, padam posting mengenai MB...kenapa perlu takut???...bukan kah hang sekadar "bertanya"???...
.
Tok laki dia juai kereta, patut laaa dia jaki...kalau MB pi jumpa tok laki dia tanya bab kereta, mgkn dia akan viral cerita baik2 laaa pulak pasai MB Kedah...
.
Dalam kes ni, apa yg dia cerita mengenai kehadiran MB di lokasi tersebut adalah benar...cuma dia cerita pada sisi dia dan menokok tambah andaian dia sendiri utk menggambarkan seolah2 MB Kedah ke situ untuk beli kereta...
.
Read 6 tweets
7 Jun
Baru berbunyi guruh, belum lagi hujan - sudah gegak gempita jembalang maya bergentayangan mengilai di hutan medsos membawa jamuan sampah nan hanyir untuk majlis kenduri para petualang penagih berita fitnah sebagai juadah utama.
.
Berselang tempoh seminggu dua, beberapa sesi lelongan fitnah hanyir dibawa lagi.

Tanah LGM disebut "dijual", padahal transaksi belum pun melepasi Badan Penilai Kerajaan.
.
Begitulah otak kecil sang koruptor menggulai fitnah buat hidangan para jembalang medsos. Jariah dosa dilambakkan ke hadapan masyarakat kurang akal untuk sama² dilahap rakus. Tiada lagi usul periksa hingga sampah hanyir sebati di dalam diri menghalang hidayah dan petunjuk.
.
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(