Doktor bunuh pesakit covid dengan beri ‘ubat tidur’?

Ramai yang hentam doktor sebab ‘tidurkan’ pesakit kemudian pesakit meninggal dunia. Doktor jadi pembunuh!

Untuk memahami isu ini, perlu faham tak semua pesakit covid doktor ‘tidurkan’.
Hanya pesakit tahap 4 dan 5 sahaja kerana mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Bila kena covid ni, virus ni serang paru-paru. Paru-paru akan jadi radang dan kemungkinan jangkitan kuman sekali. Paru-paru tak dapat berfungsi dengan baik.
Bayangkan kalian lemas dalam air. Begitulah keadaannya. Tarik nafas tapi oksigen tak masuk. Kalian akan panik. Tercungap-cungap. Pucat.

Bila tgk pernafasan begini & kandungan oksigen semakin brkurangn dlm badan, doktor akn buat keputusan untuk beri bantuan pernafasan(intubate).
Kalau tak beri bantuan pernafasan, bila-bila masa pesakit akan tak sedarkan diri dan meninggal dunia.

Untuk beri bantuan pernafasan, doktor perlu masukkan tiub pernafasan dalam tekak. Bayangkan kalian masukkan jari dalam tekak, mesti rasa nak termuntah kan?
Jadi dalam keadaan sedar tak boleh masukkan tiub pernafasan. Sebab kita ada ‘gag reflex’. Doktor kena beri ‘ubat tidur’ barulah boleh masukkan tiub pernafasan.

Bila dah masuk tiub pernafasan, barulah oksigen masuk paru-paru dan disambungkan dengan mesin pernafasan.
Sementara ‘ditidurkan’, doktor boleh beri rawatan untuk lawan virus dan bakteria.

Jika keadaan paru-paru dah semakin sembuh, doktor akan cabut tiub pernafasan dan pesakit akan bernafas tanpa bantuan mesin pernafasan.
Jika keadaan paru-paru semakin teruk, kemungkinan pesakit akan menemui ajal.

Sebab itulah, sebelum masukkan tiub pernafasan doktor minta pesakit mengucap 2 kalimah syahadah dan minta izin dari pesakit dan keluarga terlebih dahulu.

Boleh tak kalau tak nak ‘tidurkan’? Boleh.
Itu hak pesakit. Doktor ni cuma ikhtiar nak selamatkan nyawa pesakit. Itu je.

Doktor bukan suka-suka nak ‘tidurkan’ pesakit apatah lagi nak ‘bunuh’ pesakit.

Tolong kongsikan dan group-group whatsapp info ini sebab ramai yang salah faham.

Dr. Ahmad Samhan
Jom sertai ilmu kesihatan PERCUMA di telegram Dr. Samhan 👉🏻 t.me/drsamhan

dan juga tiktok Dr Samhan 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJxLX8wG/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

8 Jun
Betul ke Ivermectin dapat sembuhkan covid?

Kecoh pasal Ivermectin dapat sembuhkan jangkitan covid. Sebelum ni ubat Hydroxychloroquine(anti malaria), lepas tu daun semambu, kemudian bunga cengkih dan kini giliran Ivermectin.

Apa sebenar Ivermectin?
Ivermectin adalah adalah sejenis ubat anti parasit. Ia digunakan untuk membunuh cacing yang menyebabkan penyakit Onchocerciasis, Strongyloidiosis dan Helminthiases.

Kenapa tiba-tiba Ivermectin jadi tumpuan?
Ivermectin telah mendapat perhatian global setelah terdapat beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.

Buat masa sekarang FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan
Read 8 tweets
7 Jun
Sampai bila kena berkurung ini?

Nak jawab soalan ini, mesti dengan fakta. Betul tak?

Ini graf yang telah dibuat hari ini oleh Prof Shuhaimi dari UNISZA.

Jika lockdown kali ini berkesan, kita akan nampak penurunan kes akhir Jun ini.

Sampai bila kita akan PKP? Image
Kes aktif negara kita terlalu tinggi. Ia memerlukan masa yang lama dan paling cepat kita perlukan 3 bulan. Kalau tengokkan pada unjuran graft ini,bulan September.

Dengan syarat sektor sosial dan pendidikan tak boleh dibuka serta tiada perayaan(rentas negeri).
Jika tidak, kes akan mencanak kembali seperti apa yang berlaku sekarang.

Selain itu, proses vaksinasi mesti dipercepatkan diberikan pada rakyat Malaysia.

Tapi bila kes aktif nampak menurun, apa yang merisaukan adalah berlaku pilihanraya. Harapnya, tak berlaku dlm masa terdekat.
Read 5 tweets
6 Jun
Doktor,betul ke wap air bunga cengkih boleh merawat covid?

Salah seorang follower saya bertanya memandangkan ramai berkongsi info bunga cengkih boleh merawat covid.
Ada juga yang sebarkan video dimana dikatakan kes covid di India semakin menurun setelah rakyatnya mengamalkan khasiat bunga cengkih.

Bunga cengkih, atau cloves adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan.
Bunga cengkih mengandungi Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.

Ini bermakna wap air dari bunga cengkih sangat bagus untuk mengurangkan keradangan
Read 7 tweets
5 Jun
Sebak saya baca kisah ini.

Seorang jururawat telah menghembuskan nafas terakhir kerana dijangkiti covid. Disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit yang menerima rawatan di wad.
Lebih menyedihkan dia meninggal dunia bersama bayi sulung dalam kandungan yang berusia 7 bulan.

Pada 31 Mei lalu, suaminya menghubungi keluarga memaklumkan arwah dimasukkan ke ICU akibat pendarahan di dalam perut namun bayi dikandungnya dikatakan berada dalam keadaan baik.
"Arwah menghubungi ibu dan ayah bagi meminta maaf selain mahu dihalalkan makan minum kerana arwah merasakan tidak akan bangun pada keesokan hari," kata salah seorang ahli keluarga.

Arwah berasal dari Jempol,Negeri Sembilan tetapi bertugas di Hospital Labuan,Sabah.
Read 6 tweets
4 Jun
“Puan, batuk anak puan ok? Ada nampak dia bernafas makin laju tak? Selsema ada lagi?”

Kedengaran suara doktor bertanya dari corong telefon. Cepat-cepat si ibu melihat dada anaknya untuk memastikan keadaan anak baik. Image
Sayu melihat anak kecil yang sedang nyenyak tidur. Sesekali dia terbatuk. Baru berusia 8 bulan. Kasihan pada tubuh sekecil ini perlu kuat untuk melawan virus covid-19.

Mereka ditempatkan dibilik isolasi. Tiada siapa dibenarkan melawat. Hanya ada tandas dan katil.
Lihat depan, dinding. Pusing kebelakang, pun dinding. Dongak keatas, siling.

Saling tak ubah seperti penjara.

Sesekali kedengaran bunyi pintu diketuk. Makanan akan ditinggalkan di depan pintu.
Read 11 tweets
3 Jun
126 kes kematian semalam!

Kes kematian paling tinggi dicatatkan di negara kita.

Ini bermakna, setiap 1 jam ada 5 orang meninggal dunia di negara kita semalam.

Di India, kes kematian dicatatkan semalam 3,207. Iya, setiap 1 jam seramai 134 orang meninggal dunia
dan bermakna setiap minit 2 atau 3 orang menghembuskan nafas terakhir. Lagi teruk!

Jika kalian sayangkan keluarga kalian, duduklah rumah. Keadaan sekarang amat kritikal.

Pakai 2 pelitup muka ,kerap basuh tangan atau guna hand sanitizer dan jaga jarak.
Asal keluar rumah, balik mandi. Bimbang kita pembawa jangkitan masuk ke dalam rumah.

Yang belum daftar vaksin, tolonglah daftar vaksin. Tolonglah ambil vaksin!

Virus ini real. Bukan rekaan.

Lindung diri, lindung keluarga, lindung masyarakat, lindung negara.

Tolong ya!
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(