10 Jun 1968, Persidangan Pertahanan Lima Negara kali pertama yang terdiri daripada Australia, Britain, Malaysia, New Zealand dan Singapura telah diadakan di Wisma Putra, Kuala Lumpur.
Persidangan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman.
Persidangan secara tertutup yang berlangsung selama 2 hari dari 10-11 Jun, telah membincangkan mengenai dasar kepentingan bersama berkenaan dengan keamanan dan kestabilan kawasan yang terlibat serta hasrat untuk bekerjasama rapat di kalangan negara-negara yang terlibat.
Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai persetujuan bersama mengenai bentuk pertahanan ideal setelah pengunduran Tentera British pada 1971.
Antaranya ialah mengenai pertimbangan politik & strategi jangka panjang yang melibatkan pertahanan Malaysia & Singapura selepas 1971.
Perkara utama perbincangan adalah pembentukan satu sistem pertahanan bersama di antara Malaysia & Singapura serta bantuan ketenteraan & ekonomi yang akan diberikan dari 3 negara ahli lain.
📸: Perpustakaan Negara Malaysia
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Latihan Ketenteraan Terbesar Russia di Lautan Pasifik.
Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa Armada Pasifiknya telah memulakan latihan terbesar di Lautan Pasifik sejak era USSR, dengan penyertaan sekitar 20 buah kapal perang dan kapal selam.
Sementara pasukan kapal selam Armada Pasifik AS memulakan Latihan Agile Dagger 2021 di Lautan Pasifik minggu lalu, Tentera Rusia juga mengadakan latihan operasi menyeluruh di wilayah yang sama.
Latihan ini dikendalikan oleh Komander Armada Pasifik, Laksamana Sergey Avakyanats
Kumpulan kapal taktikal Armada Pasifik dikerahkan ke wilayah di mana latihan akan diadakan, belayar sekitar 4 ribu kilometer dari pengkalan.
Terdapat 20 kapal perang termasuk kapal selam termasuk korvet Gromkiy, Sovershenny dan Geroy Rossiyskoy Federatsii Aldar Tsidenjapov.
12 Jun 1967 - Matawang baharu Ringgit, mula digunakan sebagai nilai tukaran antarabangsa bagi menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo di Malaysia.
Ketibaan wang baru dari London ini disambut di Port Swettenham, kini Pelabuhan Klang, dengan satu gerakan kawalan keselamatan yang rapi dan ketat.
Wang-wang kertas dan syiling ini kemudiannya di simpan di Pejabat Mata wang, Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam.
Ketika itu, wang kertas yang bernilai RM 1, RM 5, RM 10 dan RM 100 tertera gambar wajah DYMM Yang di-Pertuan Agong Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.
Mulai tahun 1967 juga, wang baru ini mula diedar dan digunakan di seluruh negara.
Kapal induk atau kapal pengangkut pesawat adalah kapal perang yang berfungsi sebagai pengkalan udara di laut, dilengkapi dengan dek penerbangan seperti di landasan lapangan terbang beserta kemudahan untuk membawa, mempersenjatai, mengoperasi, dan selenggara pesawat.
Kapal induk adalah punca kuasa dalam kekuatan diplomatik, taktikal, mobiliti, ekonomi dan autonomi bagi armada tempur moden tentera laut dan negara-negara yang memilikinya.
Kapal induk umpama satu ketumbukan tentera yang hebat dan digeruni yang sentiasa bergerak.
Salah satu kelebihannya ialah, belayar di perairan antarabangsa setiap masa, dapat diaturgerak dalam tempoh notis yang singkat ke mana sahaja kawasan laut.
Ia tidak mengganggu kedaulatan wilayah serta menghapuskan keperluan untuk kebenaran penerbangan dari negara pihak ketiga.
Setiap askar zionis yang penakut disarankan untuk memakai lampin, kerana mereka sering terkucil ketika operasi walaupun ketika berdepan dengan orang awam yang tidak bersenjata.