Apa dimaksudkan cari kerja yg minat dulu baru pilih course untuk belajar?
(ini thread dengan tip praktikal)

Maksud dia, jika anda pilih course belajar tapi tak tahu nak kerja apa nanti, akibatnya:

Tak minat belajar
Salah pilih course
Menyesal
Tukar bidang
Mengangur
Cara betul pilih course ialah

1. Tahu minat dan kekuatan diri

2. Tahu kerjaya apa sesuai dengan diri

3. Tahu jenis/sektor kerja tinggi permintaan

4. Buat pilihan kursus yg melayakkan anda dapat kerja tersebut

Maka, x semestinya A level itu terbaik dan STPM itu lekeh.Salah!
Sekejap lagi saya perincikan 4 point itu beserta rujukan.
1. Tahu minat dan kekuatan

Sekarang di sekolah wajib jawab ujian psikometrik seperti Inventori Minat Kerjaya (IMK) aka RIASEC Code.

Ia boleh bantu kenal pasti apa minat/kebolehan anda dan pilihan kerjaya yang sesuai

Tonton ini untuk faham RIASEC Code
2. Tahu kerjaya apa sesuai dengan diri

Rentetan dari RIASEC Code anda akan tahu bahawa ada jenis2 pekerjaan yang boleh optimize minat/kebolehan

Contoh - siapa kategori Social, kerja sesuai adalah yang berurusan dengan orang seperti khidmat pelanggan, BD, social worker etc
3. Tahu jenis pekerjaan dan sektor yang high demand

2 cara:
i. Baca kajian unjuran badan dunia
ii. Kaji data lokal

Ini data dunia dari World Economic Forum, Future of Jobs. (Cari Malaysia)
weforum.org/reports/the-fu…
Ini pula data lokal dari Critical Occupational List, Talent Corp - setiap tahun dikeluarkan pekerjaan apa yang 'hot'

talentcorp.com.my/initiatives/cr…

Ya memang kena belajar baca point penting yg related dan kaji. Tiada ruang untuk malas.

This is your life, your future, your happiness.
4. Buat pilihan kursus

Sekarang barulah pilih nak sambung course apa yang bolehkan kita kerja jawatan yang kita nak itu.

Baru lah tepat dan padu.

Nanti jawab soalan iv UPU atau uni, baru yakin dan meyakinkan.

Summary dalam video ini
"Tapi... Parent saya nak saya jadi doktor"

Sudah sampai masa kita educate parent kita yang dunia dah berubah. Kerja bgus dalam dunia ni bukan hanya jurutera, doktor, peguam, arkitek.

Bukan salah parent, sebab parent kita hanya tahu kerja itu je yg bagus. Kita la kena educate!
Sekian panduan untuk pelajar lepasan SPM.

Cara begini lebih tepat dan harmoni dan moga anda seronok belajar dan teruja bekerja.

Hidup dengan sedar.
Pilih dengan waras.
Hidup ini, hidup kita.
Pilihan ini, pilihan kita.

Selamat maju jaya anak bangsa

Ingat #KitaGraduanBerkualiti

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Nik Akmal

Nik Akmal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(