Nik Akmal Profile picture
Jun 22, 2021 42 tweets 6 min read Read on X
Thread ini ialah tip resume.

Let's go.

Ke arah membantu #kitagraduanberkualiti
1.
Tujuan resume bukan untuk terus dapat kerja tetapi untuk dapat temu duga kerja.

Dan ya, resume yang bagus akan memudahkan anda dapat kerja (good impression)
2.
Resume tak sama dengan Curriculum Vitae (CV).

Ya, berbeza. Lain konsep dan lain pendekatan walau tujuan tetap sama iaitu dokumen permohonan kerja.
3. Resume = chronological resume

(google nama saintifik ni untum info lebih tepat)

Untuk orang sikit atau tiada pengalaman kerja. (fresh grads / entry level)

Juga untuk tunjukkan growth seseorang.

2 page max.

Usually pengalaman kita letak limited to latest 5 years.
4. CV = funtional resume

(google nama saintifik die untuk infoblebih tepat)

Untuk orang teknikal atau banyak pengalaman kerja atau academician.

Boleh 3,4,5 pages.

Memang untuk orang yg berpengalaman.

Fokus pada skil, achievement.

Sesuai nak hide gap atau isu tertentu.
5. Resume perlu gambar?

Survey dijalankan gradmalaysia menunjukkan majoriti recruiter prefer resume ada gambar.

Tapi gambar juga boleh jadi bias.
Gunalah sebaiknya.

Gambar bagi la formal, inikan dokumen rasmi.
6.
Resume traditional atau infografik?

Both boleh. Approach aku adalah sesuaikan dengan industri dan jawatan yg dipohon.

Design bertujuan mudah dibaca sahaja. Bukan tempat tunjuk skil design atau nak dapat markah extra.

Struktur dan huraian lagi penting.
7.
Perlu letak alamat?

Apa guna alamat, bukan hantar surat fizikal pon.

Kita guna alamat juga untuk letak dalam offer letter kan? Plus nak tahu lokasi anda.

Ada juga fungsi lain tahu alamat. Panjang cerita bab tu sebab kena analisa overal resume.

Letak alamat lengkap.
8.
Kalau upload resume tempat umum seperti jobstreet / LinkedIn, lebih baik sembunyikan / umumkan info sulit seperti alamat, no hp

Letak emel sahaja.

Atau letak : Upon request

Kena jaga ya privacy.

Bagi spesifik hanya jika emel direct kepada majikan. Okay?
9.
2 page resume bermaksud 2 helai kertas. Jangan print resume depan belakang weh. GG ni.
10.

Pastikan print atas kertas A4 putih 80gsm.

Jangan print atas kertas sijil, kertas tebal, warna kuning pink ke, atau kertas recycle.

Dokumen profesional. Make it profesional.
11.

Resume mesti customised mengikut kerja yg dipohon.

Wajib.

Tak ada 1 size fit all.
Tak efektif blast 1 resume untuk semua permohonan kerja kecuali resume power tahap & @-#%%'=_#

Maka olah resume anda setiap kali nak emelkan kepada syarikat.
12.

Guna emel profesional. Nama anda.
Itu tanda profesionalism dan kematangan.

Jangan guna yg childish seperti

ahmadsasuke@gmail.com
Sepohonkayudaunnyarimbun@gmail.com
Oppaahmad@gmail.com
5y4k1r@gmail.com
13.

Resume ini nak jual diri.
Macam brochure jual produk la.

Tak perlu letak hobi dan makanan kegemaran anda ya. Ini bukan borang baitul muslim dey.

Maka tak perlu
- jantina
- kerakyatan
- jenis darah
- hobi
- kegemaran
- mana2 tidak ada value
14.

Proofread resume.

Jangan ada kesalahan ejaan / typo atau grammar. Bahkan salah tanda baca pun jangan.

Kata detail oriented, takkan resume banyak typo kan?

Maka, make it perfect.
Banyak alat boleh guna atau minta bantuan kenalan.
15.

Guna bullet, bukan perenggan.
Baru senang baca dan scan.

Margin biar sesuai, aku cadang 1 inci semua kanan kiri atas bawah. Boleh optimize space
16.
Bagus untuk letakkan pautan portfolio atau akaun sosial media yg diurus secara profesional dalam resume.

Ia jadi supporting factor gitu.

Boleh beri link atau QR Code.
17.

Font guna yg profesioanal. Mudah baca.

Jangan yg berangkai, artistik. Anda faham kot.

Contoh selamat ialah Arial, Times New Roman, Calibri, Gotham
18.

Resume tulis bahasa apa?
Default English.

Paling tepat, guna bahasa digunakan oleh iklan kerja.

Iklan kerja BM, resume BM.
Iklan kerja bahasa Urdu, resume bahasa Urdu.
19.

Education.
Letak paling latest, letak CGPA jika power aka dean list.

Letak subjek yg nak highlight.

Letak FYP anda.
20.
Page pertama patut letak kekuatan anda dan skill yg dicari oleh majikan.

Kalau power sukan, letak 1st page.
Kalau power research, letak 1st page
Kalau power leadership, letak 1st page.
Kalau power event, letak 1st page.
21.

Tarikh lahir, no IC, umur

saya tak galakkan letak. Rahsiakan umur kerana boleh jadi bias.

Plus butiran lanjut akan isi dalam form khas mohon kerja semasa iv nanti, so dalam resume tak perlu letak dahulu.
22.

No IC wajib letak jika apply kerja dengan kerajaan.

Kerakyatan @ nationality letak jika anda apply luar negara.

Anda malaysian, apply kerja singapore, biasanya kena letak warganegara mana.
23.

Rujukan / References

Letak 2 orang.
1 orang industri
1 orang akademik

Pendekatan terbaik yg saya perharikan setakat ini
24.

Dalam huraian, jelaskan dengan spesifik dan padat. Jangan ayat meleret.

Berikan nombor, nilai, angka, peratus jika perlu untuk tunjukkan pencapaian anda.

Supaya recruiter dapat gambaran tahap kemahiran anda.
25.

Guna ayat aktif.
Kata kerja di depan.

Tukar dari:
Responsible for...
Achieve...
Trusted to...

Kepada:
Performed...
Analysed...
Designed...
Operated...
26.

Untuk freshgrads, pencapaian dan penglibatan event / kelab / persatuan / NGO / sukan mesti diletakkan.

Anda tiada pengalaman kerja, maka itulah pengalaman anda untuk tunjukkan nilai anda.
27.

Intern ialah dikira sebagai pengalaman kerja.

Apa lagi dikira sebagai pengalaman kerja?
- freelance (rider, tutor, writer)
- partime (ejen insurans, distributor, stokis, affiliate)
- kontrak
- bisnes sendiri
28.

Tolong buang mana ayat generic seperti

Highly motivated...
Very passionate..
Can work with minimum supervision...
Fast learning...

Tolong buang... Please..
29.

Guna keyword industri, requirement, skills.

Yup, keyword ia the key.

You need to know the keyword bruh.
30.

Iklan kerja ialah kiblat tulis resume.
Iklan.

i. Tengok bio saya, join komuniti pencari kerja, tempat diskusi ilmiah dan share pengalaman. Saling berkongsi.

ii. Saya buat kelas intensif online ajar A-Z tentang cari kerja + dapat 15 template docs + rakaman webinar

Kelas bermula July 2021
bit.ly/JSM_2021
31. Share ke expected salary?

Ada pro and cons. Usually approach aku ialah kalau iklan kerja atau recruiter dah beritahu remuneration berapa, maka aku letak expected salary sebab itulah bajet mereka.

Ada starting ground nak nego.

Jika tiada info salary, resume pun diamkan je.
32. Hantar resume format apa?

Kalau melalui emel, PDF for sure.
Kecuali dimaklumkan perlu hantar dalam format tertentu.
33. Tolong namakan resume anda dengan profesional.

Resume Nik Akmal.pdf

Bukan,
Resume terbaru
Resume aku 2021
Resume final
5_67985643460
Resume
34. Resume jangan ada typo langsung atau grammatical error.

Mesti purrrrrfect. 👌🏼

Maka,
Proofread
Proofread
Proofread

Guna grammar.ly boleh
35. Highlight and arrange.

Gunalah
Bold / italic / underline

Hanya guna salah satu pada satu masa. Do not use both simultaneously
36. Huraian dalam bullet point. Ya.

Mudah baca sekali imbas

Never write in paragraph. Susah nak 'tangkap' point penting

Jangan la buat bullet point tapi 1 bullet sampai 5 baris.
*facepalm*
37. Tak ada pengalaman kerja.

Ini biasa utk graduan baru. Yang ada hanyalah intern. Itupun wfh atau separuh jalan sebab covid. *Sigh*

Letaklah pengalaman kelab, persatuan, badan beruniform, sukarelawan, kajian, sukan, seni pertahan diri dan lain-lain.

Itu semua kualiti anda
38. Elakkan letak pengalaman kerja kontroversial. Ia menjemput persepsi negatif atau panel lebih tertarik dengan input tak profesional.

Contoh:
Kau muslim, kerja di bar.
Jawatan atau parti politik.
Persatuan sokong LGBTQ.

Ya ini kontroversi di bumi Malaysia.
39. Tak ada sijil.

Samada, hilang. Hanyut. Anai-anai makan. Jadi kapal terbang dah. Terbakar.

Boleh letak pengalaman itu dengan syarat, boleh explain dalam iv dan tak tipu.

Kalau boleh, minta organiser reproduce sijil. Dapat atau tidak, cerita lain.
40. Tunjuk progress atau growth.

Ini bagus.

Contoh:
2019 - ajk
2020 - ketua unit
2021 - pengarah project

Contoh:
Diploma - 3.0 CGPA
Degree - 3.4 CGPA

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Nik Akmal

Nik Akmal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @nikakmal00

Feb 5, 2023
"Tuan, asyik interviewer je tanya soalan killer. Tak boleh ke kita tanya soalan killer jugak pada interviewer?"

Boleh, nin dia.
Tanya sebelum terima job offer.

1. Can I talk to a few people on your team?
- kalau betul apa panel cakap, dia ok je connect kita kepada pekerja situ
2. Can I talk with anyone that's left your team?
- ni pun power, lagi honest opinion sebab org tu ex stsf dan tak terikat nk jaga hati org di company tersebut

3. How would you help me develop in this position?
- ni nak tahu growth, syarikat beri perhatian pada growth = good comp
4. What's your strategy for building team relationships?
- sekarang comp amalkan DBI, healthy culture, employee engagement penting utk retention
Read 5 tweets
Nov 26, 2022
Da habis drama politik.

Pencari kerja, mari kita fokus balik mood cari kerja.

Skill umum kena ada untuk cari kerja idaman di syarikat idaman:

1. Kenali diri
2. Tulis dokumen cari kerja
3. Kukuhkan profil digital anda
4. Teknik cari kerja
5. Teknik temu duga
Antara 5 skill di atas:
Yang mana anda betul2 nak tahu?
1. Kenali diri

Kena tahu anda bagus niche apa, minat apa, culture atau working style macam mana.

Mula dengan buat personality test@ profiling

Baca ini
Read 8 tweets
Jul 21, 2022
1) Salam perkenalan kepada yang baru mengikuti dan mengenali saya di media sosial.

Saya Nik Akmal.

Saya adalah seorang trainer (perunding latihan) dalam aspek insaniah (softskill) dan genap 10 tahun dalam industri latihan pada 2022 ni.
2) Anda mungkin kenali saya sebagai
- speaker di @mlstudiosmy
- ceramah kerjaya di IPT / sekolah,
- trainer graduate program (PROTEGE/MYSTEP)
- panel di pelbagai rancangan TV3, TV9, NTV7, TV Al Hijrah
- post media sosial saya yang viral / konten saya yang dicuri 🤣
3) Betullah tu kerana saya mengendali latihan / ceramah berkaitan
- kerjaya: cari kerja, resume, temu duga
- imej profesional
- komunikasi profesional
Fokus saya adalah pada membangunkan potensi anak muda dalam negara. Ini jalan saya pilih.
Read 6 tweets
Jul 20, 2022
Serius - 72.1% rakyat Malaysia memilih tak sambung belajar selepas SPM. Data DOSM tahun 2019 lagi!

Tolonglah kita pakat2 cerita / sebar kenapa kita perlukan pendidikan untuk hidup lebih baik

Tolong founder/trader atau sesiapa, berhenti cakap xde spm, boleh kaya jugak. Stop.
Ini bukan masa nak fight ego kita atau nak bergaduh tak bertempat.

Jangan kita lahirkan generasi Malaysia yg tak berpendidikan.

Nah sumber:
bharian.com.my/berita/nasiona…

Kita kena naikkan dan idolize org educated, kewangan stabil dan bermanfaat pada komuniti.
Belajar tak sampai degree? Tak apa, masih banyak peluang kemahiran.

Yang penting, berpendidikan (educated not just education)

Sebab dengan pendidikan kita lebih matang buat keputusan.

Kalau kita bijak, tak tengok marketing/konten bodoh.

Kalau kita bijak, tak undi YB bebal
Read 5 tweets
Mar 22, 2022
Koleksi QnA tak terjawab dalam Siri Webinar Kerjaya Career Cube pada Mac 2022.

Saya jawab di thread ini ya.

Moga bermanfaat.

Kalau ada berbeza pandangan, pendekatan berbeza, sangat dialukan kita sama-sama kongsi.
Ilmu milik Allah, material milik pengkarya

Let's go!👇
Q1: Berapa lama nak follow up selepas hantar application?

👉 Secara mudah: Lihat pada respon mereka, biasanya dimaklumkan akan diberi tempoh 2-3 minggu.

Jika tiada makluman tempoh, sebaiknya follow up dalam tempoh 2 minggu. Selepas itu, anggap sahaj aanda tidak diterima. Image
Q2: Fresh Grad ni kira berapa tahun selepas grad?

👉 Tiada range yang tepat. Kebiasaan kita nilai dalam tempoh 1 tahun.

dari segi mohon kerja, jawatan bertaraf Entry Level adalah boleh dimohon oleh Fresh Grad. Jawatan Entry Level biasa exp 0-3 tahun.
Read 23 tweets
Mar 10, 2022
"orang kata susah dapat kerja, kerja je lah apa2 jangan memilih"

Komen Part 1:
Oleh sebab mereka tak mampu, tak bermakna kita juga tak mampu.

Realiti 2022, sudah lebih banyak peluang kerja berbanding sebelum ini. Contoh: Prasarana ada 500 vacancy mat. EY actively hiring mat.
Komen part 2:
Google semua ada tapi hanya basic or rough idea. Cuba sakit, baca google je lah. Ubat order shopee sendiri😂

6 iv - 4 job offer
(67% success rate!)

Berani memilih sebab tahu akan dapat comp target?

Dia berani sebab ada ilmu. Tahu skill. Tahu teknik.
Komen part 3
Kita follow up, baru company call!! Nampak? Bende simple mat tapi impak besar

Kalau nak, kita buat cara nak. Follow rapat tp jangan annoying.

Orang lain 1 iv pun tak dapat, engkau siap reject offer. Seronok hidup.

Maka,
Hadirlah webinar2 aku buat mat, Valueable
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(