“Sesungguhnya di dalam al Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.” -HR Al-Hakim
• Nama lain surah Al-Mulk: Al-Munjiyah & Al-Mani'ah yang bermaksud penyelamat kerana
pembacanya akan diselamatkan dari azab neraka. [HR Tirmizi]
• Surah Al-Mulk terdiri dari 30 ayat dan merupakan surah yang diturunkan pada zaman sebelum hijrah (makkiyyah).
• Ciri ciri umum surah makkiyyah adalah menekankan tentang keimanan kepada Allah SWT & hari akhirat.
• Tema surah ini adalah : membina rasa takut kepada Allah SWT & menjelaskan tentang hakikat kekuasaan, pemeliharaan & tadbir alam ini adalah berada ditangan mutlak Allah SWT.
2) Keindahan penciptaan Allah SWT yang tidak ada kekurangan & cacat cela padanya (ayat 4 & 23).
3) Hikmah penciptaan bintang bintang di langit (ayat 5).
4) Keadaan orang orang kafir di hari akhirat (ayat 7-11 & 27).
5) Seruan untuk menggunakan akal fikiran untuk sampai kepada kebenaran (ayat 16-22 & 28-30).
• Kenapa Surah Al-Mulk menjadi penyelamat azab kubur?
1) Surah Al-Mulk menanam ke dalam hati orang yg konsisten membacanya dengan rasa takut kepada Allah SWT.
2) Rasa takut kepada Allah SWT ini menjadi penghalang kepada seseorang daripada melakukan apa apa sahaja yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.
3) Kemurkaan Allah SWT akan mengundang azab kubur. Maka surah ini menjadi penghalang bagi perkara yang akan mengundang azab kubur.
• Bagaimana rasa takut kepada Allah dibina melalui surah ini?
- Melalui pengenalan sifat sifat Allah. Ayat 1; melalui pengenalan bahawa Allah memiliki kekuasaan segala kerajaan.
- Ayat 2; melalui pemberitahuan bahawa Allah mencipta kematian & kehidupan. Begitu juga ayat lain.
• Perintah mencari rezeki (ayat 15)
- Rezeki setiap makhluk telah dijamin oleh Allah. Perintah agar فامشوا (berjalan) mencari rezeki.
- Rezeki hak mutlak Allah. Firman Allah agar وكلوا من رزقه (makanlah dari rezekiNya). Allah berkuasa memberi & menghalang rezeki.
- Akhir sekali peringatan وإليه النشور (kepadaNya tempat kembali). Peringatan bahawa dalam mencari rezeki, hati hendaklah sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dan bukan kepada usaha.
• Ayat yang membuatkan saya berfikir panjang selepas membaca Surah Al-Kahfi tadi.
• Dalam menyifatkan tentang keadaan penghuni syurga; selain mereka berada kekal di dalamnya Allah sifatkan bahawa mereka tidak ingin berpindah darinya.
• Ayat ini membangkitkan rasa ingin tahu kita; apa yg menyebabkan mereka tidak ingin berpindah? Apa nikmat yg mereka akan perolehi?
• Kata Al-Tantawi; pada ayat ini terdapat isyarat yg halus tentang fitrah manusia; iaitu manusia suka berpindah dari satu tempat ke tempat lain
& suka peningkatan dari satu keadaan ke keadaan yang lain.
• Hakikatnya adalah; tidak ada kepuasan hidup yang sebenar di dunia ini.
Setiap kali seorang manusia memperolehi satu nikmat, dia akan mendambakan nikmat lain yang lebih besar dan lebih besar.
Semalam baca ayah kahwin dengan anak sendiri hari ini ada ayah kahwin dengan anak tiri sendiri. Parah sebenarnya ini. Saya betul betul nak tahu, di Malaysia bila seseorang akan belajar fiqh perkahwinan & di mana ia diajar? -melalui kuliah di masjid, seminar, kursus perkahwinan?
Macam solat, puasa, haji kita tahu diajar di sekolah, kuliah kuliah di masjid. Tapi untuk fiqh perkahwinan bila seseorang mula mula akan kenal dan belajar?
Ok baru ingat dalam Pendidikan Syariah Islamiah ada.
Lama dah zaman spm. Tapi untuk yang tak ambil subjek ini?
Antara jenayah yang perlu dikecam oleh seluruh penduduk dunia adalah tindakan menahan jenazah rakyat Palestin yg mana jenazah ini enggan diserahkan kepada keluarga mereka.
2) Kes terbaru adalah melibatkan Dr Mai Afaneh, 29 tahun yang ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Hizma, Tebing Barat ketika memandu di jalan yang belum siap.
Pihak tentera mendakwa beliau cuba melakukan serangan tapi ini dinafikan dengan sekerasnya oleh keluarga beliau.
3) Sejak daripada itu jenazah beliau terus ditahan oleh pihak berkuasa Zionis & enggan diserahkan untuk pengebumian.
Menurut pengarah @hrw, Omar Shakir; perbuatan ini bercanggah dengan undang undang antarabangsa yang memberikan hak untuk jenazah dikembalikan kepada keluarga.
• Briged Al-Qassam & Pemimpin Muqawamah memerhati dengan rapat terhadap apa yang sedang berlaku ke atas Al-Quds & Masjidil Aqsa pada usaha usaha provokasi oleh penjajah & pemimpin mereka.
• Kami memberi amaran terhadap sebarang tindakan bodoh yang
untuk mencemarkan kesucian Masjidil Aqsa.
• Kami mengucapkan tahniah kepada para murabithin yang merdeka di Al-Quds atas tindakan mereka mempertahankan Masjidil Aqsa daripada sebarang penodaan & permusuhan ke atasnya.
Semalam berlaku pertempuran bersenjata di Jenin antara pihak tentera Zionis dan bahagian perisikan Palestin. Tiga orang telah terkorban iaitu Jamil Ammuri, Adham Aliwi. Manakala Taisir Isah baru dibebaskan dari penjara. Semoga Allah merahmati & mengampuni mereka. #SavePalestin
Suasana tembak menembak.
Pihak Zionis menggunakan kekuatan tentera untuk menyerang.