Ketika P. Ramlee ingin mencari pelakon untuk filem Ibu Mertua Ku, beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara menolak tawaran itu kerana dia bimbang tak dapat bawa watak itu dengan baik dan tak mahu menyusahkan P. Ramlee.
P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya.
Kata P. Ramlee: "Tentang kebolehnya berlakon sebagai ibu mertua itu, Mak Dara nombor wahid, chuma perkara hendak menghafalkan senikata2-nya itu sebagai hendak mengasah parang yang berkarat"
Oleh kerana melihat P. Ramlee bersungguh-sungguh mahukan khidmat lakonannya, Mak Dara bersetuju untuk menerima tawaran itu. Filem Ibu Mertua Ku adalah filem arahan P. Ramlee yang paling lama untuk disiapkan iaitu 6 bulan.
Mak Dara tidak boleh membaca kerana dia buta huruf. Untuk berdialog, dia akan diajar dan berlatih dengan penolong pengarah S. Sudarmadji.
S. Sudarmadji akan melukis simbol-simbol pada setiap dialog untuk memudahkan Mak Dara menghafal dan belajar tinggi rendah tonasinya serta gerak tubuh yang sesuai dalam sesebuah babak.
Kehebatan lakonan Mak Dara amat teserlah dalam filem tersebut. Apabila disebut nama Mak Dara atau NYONYA MANSUR, pasti ramai akan terbayang wataknya yang kejam itu. Ia telah menjadi salah satu watak cult dalam sejarah perfileman Melayu.
Mak Dara mula berlakon di pentas bangsawan sebagai penari. Selepas banyak kumpulan bangsawan gulung tikar, seperti anak wayang lain Mak Dara beralih angin ke layar perak. Sebagai pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana-mana studio, Mak Dara telah berlakon dalam 26 buah filem
Filem-filem lakonan Mak Dara
Ibu Tiri (1941), Berdosa (1951), Norma (1951), Perkahwinan Rahsia (1951), Penarek Becha (1955), Anak-Ku Sazali (1956), Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang (1961), Singapura Dilanggar Todak (1961), Sri Mersing (1961), Lela Satria (1961) ...
Yatim Mustapha (1961), Puteri Gunong Ledang (1961), Siti Zubaidah (1961), Jalak Lenteng (1961), Ibu Mertua Ku (1962), Tun Fatimah (1962), Siti Payong (1962), Mabok Kepayang (1962), Tangkap Basah (1963), Ibu Ayam (1963), Rumah Itu Dunia Aku (1963), Darah Muda (1963) ...
Budi dan Dosa (1963), Jeritan Batin (1964), Aksi Kuching (1966) dan yang terakhir Mat Toyol (1969).
Mak Dara meninggal dunia di Singapura pada 16 Februari 1970 akibat sakit tua. Tarikh 16 Februari itu juga merupakan hari lahirnya. Mak Dara meninggal dunia pada usia 63 tahun. Ramai sahabat seperjuangannya turut menyatakan kesedihan mereka di atas pemergian Mak Dara.
Tamat kisah Mak Dara. Terima kasih kerana sudi membaca 🙏
Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu. Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.
Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura.
Pada penghujung tahun 1947, Aini Jasmin mencuba nasib untuk menjadi pelakon di studio Jalan Ampas. Studio itu baru dibuka semula selepas ditutup beberapa tahun akibat Perang Dunia Kedua. Oleh kerana mempunyai pengalaman berlakon, dia diterima bekerja dengan bayaran $5 sehari.
Ahmad Nisfu, salah seorang pelakon kegemaran P. Ramlee meninggal dunia pada 25 Jun 1972. P. Ramlee banyak beri watak 'terhormat' kepada Ahmad Nisfu.
Contoh: Sultan, pengarah filem, bapa mentua sporting, tauke sampan (walaupun jahat tapi masih style!)
Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini. Cerita asal IBU MERTUA KU ditulis oleh Ahmad Nisfu yang kemudiannya diolah kembali oleh P. Ramlee.
Menurut beberapa sumber, Ahmad Nisfu hanya menulis dan membaca dalam tulisan Jawi. Beliau antara seniman veteran dari kumpulan bangsawan yang tidak buta huruf.