Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu. Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.
Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura.
Pada penghujung tahun 1947, Aini Jasmin mencuba nasib untuk menjadi pelakon di studio Jalan Ampas. Studio itu baru dibuka semula selepas ditutup beberapa tahun akibat Perang Dunia Kedua. Oleh kerana mempunyai pengalaman berlakon, dia diterima bekerja dengan bayaran $5 sehari.
Kebanyakan watak yang diberikan kepadanya ialah sebagai dayang istana dan orang gaji. Watak-watak sebegini biasanya menjadi ‘comic relief’ dalam filem-filem Melayu awal 1950-an. Oleh kerana raut wajahnya agak melucukan, penonton sentiasa terhibur dengan telatahnya di layar perak.
Aini Jasmin boleh dianggap sebagai salah seorang pelakon yang produktif di era 1950-an dan 1960-an. Dia telah berlakon dalam lebih 70 buah filem! Oleh kerana Aini Jasmin seorang pelakon freelance, dia telah berlakon dalam kebanyakan filem-filem di Jalan Ampas dan Cathay Keris.
Filem-filem lakonan Aini Jasmin:
Sewaktu perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Aini Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau bekerja di sebuah kilang membuat sabun.
Aini Jasmin tinggal di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent bersama anaknya Suriati Bakar. Kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis. Aini Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dalam kesempitan.
Aini hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah $80 sebulan. Dengan wang itulah beliau gunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.
Untuk menambahkan pendapatan, Aini Jasmin mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang. Pernah satu ketika Aini perlu ke hospital setiap hari untuk mendapatkan rawatan. Aini terpaksa merayu kepada doktor yang merawatnya untuk mengurangkan bayaran yang dikenakan.
Aini Jasmin meninggal dunia pada 29 Jun 1988 di Blok 109, Aljunied Crescent. Menurut anaknya, Aini dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas. Aini dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.
Hari ini genap 33 tahun pemergiannya. Al Fatihah.
Tamat ringkasan kisah hidup Aini Jasmin. Terima kasih kerana sudi membaca 🙏🏼
Khas buat @azhamvsvc yang request saya untuk tulis bebenang ini.
Tengah kumpul bahan pasal Siti Tanjong Perak, saya terjumpa gambar ni dalam simpanan. Gambar ni diambil pada Disember 1987 semasa Festival Filem Malaysia ke-7 di Melaka, 6 bulan sebelum Aini Jasmin meninggal dunia. Kelihatan dia tersenyum riang, mungkin gembira sebab diraikan.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Danial Aziz Ahmad

Danial Aziz Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @danialazizahmad

28 Jun
Ketika P. Ramlee ingin mencari pelakon untuk filem Ibu Mertua Ku, beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara menolak tawaran itu kerana dia bimbang tak dapat bawa watak itu dengan baik dan tak mahu menyusahkan P. Ramlee. Babak ikonik dalam filem Ibu Mertua Ku
P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya.

Kata P. Ramlee: "Tentang kebolehnya berlakon sebagai ibu mertua itu, Mak Dara nombor wahid, chuma perkara hendak menghafalkan senikata2-nya itu sebagai hendak mengasah parang yang berkarat"
Oleh kerana melihat P. Ramlee bersungguh-sungguh mahukan khidmat lakonannya, Mak Dara bersetuju untuk menerima tawaran itu. Filem Ibu Mertua Ku adalah filem arahan P. Ramlee yang paling lama untuk disiapkan iaitu 6 bulan.
Read 13 tweets
25 Jun
Ahmad Nisfu, salah seorang pelakon kegemaran P. Ramlee meninggal dunia pada 25 Jun 1972. P. Ramlee banyak beri watak 'terhormat' kepada Ahmad Nisfu.

Contoh: Sultan, pengarah filem, bapa mentua sporting, tauke sampan (walaupun jahat tapi masih style!) Image
Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini. Cerita asal IBU MERTUA KU ditulis oleh Ahmad Nisfu yang kemudiannya diolah kembali oleh P. Ramlee. Image
Menurut beberapa sumber, Ahmad Nisfu hanya menulis dan membaca dalam tulisan Jawi. Beliau antara seniman veteran dari kumpulan bangsawan yang tidak buta huruf. Image
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(