Tahukah anda sekiranya anda menjual kereta terpakai, ada beberapa perkara anda perlu ambil tahu dan awasi.

Ini nasihat saya sebagai seorang peguam.

THREAD
1. Pastikan anda tahu dengan siapa anda berurusan contoh Nama syarikat tersebut. No syarikatnya. Syarikat wujud atau tidak.

Ejen tersebut. Nama. Ic. Dan semak dgn syarikat dia ejen berdaftar atau tidak
2. Jangan berurusan di tepi jalan dan dijanjikan bahawa borang nanti akan sign. Jpj nanti akan tukar. Bla bla bla
3. Jangan serah kenderaan tanpa bayaran penuh di buat oleh used car kepada bank anda sekiranya kereta masih dalam loan (dan anda kene tambah kalau xcukup) bergantung persetujuan masing2 atas harga.
4. Dan urusan thumb print kene selesaikan untuk pastikan milikan bertukar tangan.

Kenapa kena buat semua ni?
Sebab:

1. Kalau mereka tak bayar pada finance, dan ambil kereta anda untuk cuba jual dulu maka anda tak dapat pakai kereta. Kereta mungkin xdijual dan kereta anda digunapakai tanpa pengetahuan anda
2. Jika ada kemalangan. Kerosakan. Langgar org. Langgar undang2. Kereta digunakan utk tujuan jenayah mcm samun /rompak atau bawa / seludup brg terlarang, anda masih dipertanggungjawabkan.
Kes di pejabat sy,

Mak H pemilik kereta hilux telah minta suaminya Pak R cari tmpt used car utk jual sbb nk beli kereta lain. Pak R google. Jmpa used car Z. Pak R jumpa pemilik used car Z, nama Mr C di kedai makan dan tandatangan beberapa borang iaitu beli harga 141k.
Mr C janji dua bulan shj letak kereta nti sbb dah ada buyer dan bila dah jual dia inform Pak R. 2 bln Mr C janji akan byrkn kereta kepada bank. Mr C janji dalam 2 bln akan thumb print di JPJ, dan selesaikan urusan. Pendek kata semuanya AKAN. Pak R pun serah kunci.
Mr c tak byr byrn bulanan ke bank. Mak H marah dan rasa tertipu. Dia hubungi Mr C. minta mr c segera byr 2 bln dan juga tukar nama. Mr c mengelak, lari dan xtau ke mana nak cari.

Mak H berjumpa saya di pejabat.
Melalui semakan kami syarikat used car itu bankrap. Dan pemilik nya adalah Mr D berumur 20tahun dan bankrap. Dan lokasi syarikat serta pusat used car nya juga tidak dijumpai. Mr C juga tidak muncul namanya dalam ssm maka dia bukan pemilik.
Sy drafkan laporan polis dan mak H buat laporan. 3 minggu kemudian polis telefon Mak H. Itupun sebab kereta disita kerana bawa dadah dan terdapat dadah dalam rumah tempat kereta itu diletakkan.
Melalui semakan lain terdapat 7 saman dan salah satunya kemalangan kerana hilux itu melanggar lereta org yang park secara sah dalam kawasan parkir, dan satu lagi kerana membawa kereta secara melulu dan langgar lampu isyarat, dan satu lagi langgar kereta orang dan lari.
Anak guam sy selamat tetapi kereta nya rosak dan masih disita dan terdapat saman saman di atas nama beliau sebagai pemilik.

Nasib baik beliau buat laporan polis tentang semua kejadian jadi beliau tidak ditangkap akibat langgar dan dadah.
Untuk yang membeli, pastikan sebelum byr cek condition kereta. Kalau ada apa apa yg dijanjikan tulis dan kedua pihak tandatangan. Jgn byr tanpa periksa kenderaan dan perkara2 lain termasuk identiti penjual.

Semoga bermanfaat!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with HafidzahHassan

HafidzahHassan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hafidzahhassan1

11 Jun 20
Kes pejabat Peguam Negara gugurkan dakwaan terhadap Tan Sri Musa Aman.

Nak faham kenapa kes boleh dismiss, atau nak pilih pihak mana yang anda sokong, kena fahamkan prosedur pendakwaan kes kes jenayah.

Saya ringkaskan sikit.

INI ADALAH THREAD
Sebelum itu, ini adalah thread berkenaan dengan procedure. Tiada sebarang kecenderungan dari segi ideologi politik atau sebagainya
Okay kita mula!

1. Sebelum apa apa dakwaan dibuat. Akan ada laporan polis/ laporan ke mana mana jabatan kerajaan yang menguatkuasakan undang undang tertentu. Cth rogol report polis. Rasuah report sprm. Cyber bully/ berita palsu lapor skmm.
Read 22 tweets
7 Jun 20
Rogol ketika mabuk, siapa yang salah ni? Jom baca sudut pandangan dari seorang peguam!
INI ADALAH THREAD

Di sini saya bukanlah hendak menjadi Hakim pada sesiapa. Saya di sini cuma pingin menyatakan beberapa perkara dan fakta.

1. Jika seseorang wanita itu mabuk atau melakukan persetubuhan tanpa rela, ia boleh diklasifikasikan sebagai rogol.
Bagi kes perempuan yang berumur di bawah 16 tahun pula, walaupun ia dilakukan secara sukarela, ia bole disabitkan sebagai rogol statutori. Iaitu tetap dikira sebagai rogol.
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(