Tahukah kome?

Ikan Tapah

Ikan tapah adalah sejenis ikan yang terdapat di Sungai Perak. Ianya dianggap sebagai sejenis ikan yang tidak boleh dimakan dan dikhianati oleh keturunan Tuk Kaduk.

Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK 👇
Cerita mulut

Kisah Tuk Kaduk ini telah dikumpulkan melalui cerita mulut oleh Tuk Haji Pandak Logam bin Pandak Demat salah seorang dari keturunan Tuk Kaduk ini, yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas keronsang dari Ikan Tapah ini.
Beliau telah dilahirkan disekitar tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usianya 90 tahun.

Sultan

Dizaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur, menyabung ayam sangatlah disukai ramai.
Ia adalah satu temasya hiburan, disamping menonton dan berjudi. Permainan ini membabitkan segenap peringkat. Bermula dari raja hinggalah ke golongan rakyat jelata.
Kaduk

Kebetulan di zaman inilah seorang pemuda berketurunan raja dari Negeri Siak, Sumatera bernama Kaduk memulakan pelayaran menuju ke Negeri Perak kerana ingin mencari tempat baru.
Akhirnya, dia sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (menurut Tuk Haji Pandak Logam) di Kg Pulau Lambor Kiri, dia diterima baik oleh orang kampong di situ dan akhirnya telah bertemu jodoh dgn seorang gadis kampong dan tinggal di sana hinggalah beberapa lama.
Kegemaran

Kegemaran Kaduk setiap hari ialah ke hutan untuk memikat burung, mencari rotan, menangkap ikan darat dan sebagainya. Manakala permainan menyabung ayam sangat digemarinya kerana itulah satu-satu permainan cukup popular ketika itu.
Ular

Pada suatu hari, Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya ke atas tanah berhmpiran dengan rumahnya, kemudian ular itu berundur dari situ dan dengan penuh waspada Kaduk telah mengambil telur itu dan seterusnya dieram oleh ayamnya.
Ayam jantan

Telur itu akhirnya menetaskan seekor anak ayam yang cantik. Kaduk telah memelihara anak ayam itu sehingga besar dan akhirnya dijadikan ayam sabong yang handal dan diberi nama Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang setiap kali bersabong.
Semua hadiah pertaruhan biasa dibolot oleh Kaduk, menyebabkan org ramai termasuk pembesar negeri takut utk bertanding sabong ayam dengannya. Dia jadi resah & gelisah krn tidak dapat bersabong. Dia sanggup terima apa shj syarat asalkan org lain mahu bersabong dengannya.
Bertukar ayam

Pd suatu hari Sultan mendapat khabar ttg kehebatan ayam Kaduk & mencabarnya menyabong. Cabaran ini pucuk dicita ulam mendatang bagi Kaduk. Raja & serta penasihatnya mengenakan 2 syarat kepada Kaduk kalau mahu menyabong dengan mereka, syarat² adlh sprt berikut:
Pertama : Ayam Kaduk hendaklah ditukar dengan ayam raja yang bernama Si Jalak Putih Mata.

Kedua : Pertaruhannya adalah kampong halaman serta isi rumahnya.

Dipihak Raja pula syaratnya adalah seperti berikut :-
Pertama : Akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri itu jika ayam beginda tewas. Dengan tidak berfikir panjang lagi Kaduk menerima syarat-syarat itu, kerana begitu ghairah sudah lama benar tidak menyabung ayam.
Menang tetapi kalah

Seperti yang dijangkakan sejak awal-awal lagi, ayam yang telah ditukarkan dengan ayam raja (Biring Si Kunani) berjaya mengalahkan ayam Kaduk (Si Jalak Mata Putih),
apa lagi Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang. Akan tetapi dia lupa bahawa ayamnya telah bertukar milik. Apabila mendengar pengumuman barulah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh raja. Dengan berpegang kepada janji dan syarat-syarat tadi,
Kaduk terpaksa menyerahkan kampong halaman serta keluarganya kpd raja.Apa yang ada pada Kaduk ialah pakaian sehelai sepinggang & seekor kucing, itupun semasa serahan kg halaman dibuat, kucing kepunyaannya tiada dlm rumah.Jika tidak kucing itupun ikut sekali menjadi milik raja.
Berundurlah Kaduk daripada rumahnya menuju ke pulau (pulau yang dimaksudkan di sini ialah kawasan sepanjang tepi sungai yang digunakan untuk menanam padi huma dan sebagainya), kerana di situ terdapat sebuah dangau yang telah ditinggalkan setelah selesai hasil huma dituai.
Sambil berbaring di rumah dangau itu, Kaduk mula memikirkan nasib masa depannya. Dilihat atap dangaunya telah robak rabek, peralatan kerja pun tidak ada. Yang ternampak terselit di atap hanyalah sebilah mata tuai sahaja
Tidak berapa lama kemudian, kucing hitam kesayangannya yang sejak tadi merayau-rayau di tepi sungai, tiba-tiba balik ke rumah mengiau-ngiau sambil menggigit-gigit kaki Kaduk, seorah-olah memberitahu sesuatu. Puas dihalau, namun kucing tersebut terus mengiau dan menggigitnya.
Kaduk yang tidak dapat berehat kerana gangguan itu, akhirnya mengekori kucing itu hingga ke tepi sungai. Alangkah terperanjatnya Kaduk, didapati seekor ikan tapah sebesar menusia terdampar di tepi tebing di atas pasir.
Emas

Ikan Tapah itu masih hidup dan perutnya kembung kelihatan memberat. Setelah berfikir seketika, Kaduk berlari balik ke dangaunya mengambil mata tuai yang dilihatnya tersisip di celah atap dan kembali semula ke tebing.
Dibelahnya perut ikan itu dengan berhati-hati dan keluarlah emas dari perut ikan itu dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggap itulah rezekinya yang dikurniakan oleh Tuhan.
Sumpah

Mengingatkan bahawa Ikan Tapah itu telah menolongnya. Maka Kaduk pun menjahit semula perut ikan itu dengan jarum patah dan berbenangkan urat benang batang pisang dan melepaskannya semula ke dalam sungai.
Semasa melepaskan Ikan Tapah,Kaduk telah melafazkan sumpah bahawa mulai dari hari itu kehadapan; Kaduk tidak akan menyabung (berjudi) lagi. Kaduk, dan seluruh keturunan nya tidak boleh memakan atau mengkhianati Ikan Tapah.
Sesiapa yg melanggar sumpah ini akan mendapat sakit gatal,melecur dan bengkak². Kiranya tahan badan (tidak terkena penyakit tersebut) tak selamat hidup. Ikan Tapah tersebut trs menyelam & timbul sekali seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kpd Kaduk & terus lesap ke dalam air
Kaduk membawa emas itu mengadap raja, lalu menebus kg halaman & keluarganya. Manakala bakinya sebahagian disimpan utk menyara hidupnya & sebahagian lagi dibawa ke Kampar Sumatera utk ditempa jadi barang perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya ada di Kampar Sumatera shj.
Barang-barang perhiasan itu dibahagi dua. Sebahagian dijadikan upah kepada tukang emas dan sebahagian lagi dibawa pulang untuk perhiasan anak isterinya.
Kepada anak cucu Kaduk sebagaimana yg disebut dlm sumpahnya td telah terkena penyakit² yang disebutkan tadi sbb memakan @ mengkhianati maupun dengan cara tidak sengaja terkena air dari Ikan Tapah, maka ubatnya ialah dgn meminum @ menyapu air yang direndam dgn emas Ikan Tapah tadi
Mengikut ceritanya ada diantara keturunan Kaduk ini yang tidak tahan sekalipun melintasi asap masakan Ikan Tapah ini.
Taat

Setelah segala-galanya selesai, Kaduk pula tidak lagi menyabung (berjudi) maka duduklah Kaduk sekeluarga dengan aman damai serta sentiasa mensyukuri rezeki kurniaan Illahi dengan melakukan amal ibadat dengan taatnya.
Maka berlakulah perkara-perkara yang luar biasa sehingga raja melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan bergelar Tuk Tua Sakti.
Mengikut ceritanya beliaulah yg
memberi tunjuk ajar & memberi nasihat (menerangkan keadaan dan tempat² di Negeri Acheh) kepada Datuk Bendahara Garang dlm usaha dan ikhtiarnya membawa pulang Tuan Puteri Limau Purut dr istana raja Acheh sprt tercatat dalam kisah Megat Terawis.
Emas Kancin

Emas kancin adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada. Ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai keronsang baju wanita.
Jumlah yang ada hanyalah tiga keeping.Emas inilah sahaja yang menjadi penawar bagi pesakit-pesakit yang terkena bias sumpahan Ikan Tapah. Ianya disimpan dan dijagai oleh salah keturunan Tuk Kaduk ini di Kampung Tua, Lambor Kanan.

#SUMBERPELBAGAI
#IKANTAPAH
#SUMPAHAN
#SEJARAH

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with JJCM@PERAK #portMAKAN #travelPERAK #infoSANTAI

JJCM@PERAK #portMAKAN #travelPERAK #infoSANTAI Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @JJCMPERAK

1 Jul
TAHUKAH KOME?
Hutan Royal Belum di Gerik, Perak adalah hutan tertua di dunia daripada hutan Amazon. Royal Belum yang berkeluasan 300,000 hektar iaitu bersamaan empat kali Singapura, berusia 130 juta tahun, menyimpan pelbagai rahsia dan misteri.

Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK 👇 ImageImageImageImage
Eksplorasi menjejaki beberapa kisah misteri, seperti kewujudan Kampung Lama Belum, ikan toman gergasi, misteri pokok ara tiga penjuru, aktiviti memburu ikan pada waktu malam, orang asli suku Jahai serta lokasi pertempuran komunis dan tentera Malaysia.
Tidak ramai tahu, dalam hutan setebal dan seluas itu, pernah ada perkampungan lama masyarakat Melayu jauh di tengah-tengah hutan dan memerlukan perjalanan dua hari untuk sampai ke lokasinya.
Read 49 tweets
28 Jun
Dgr ceramah ustaz Kazim ..ade sentuh pasal ayat 1 surah Al-Fath.

اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِيْنًا 

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,"
(QS. Al-Fath 48: Ayat 1) Image
Ayat ni elok diamalkan terutama masa kita kite nak bukak sesuatu yg susah. Contohnya nak bukak tutup botol yg sgt ketat ke.. or, time terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal kat dalam ke.. baca la ayat ni.
Bagi ibu2 yg bakal bersalin, elok dibaca sebagai ayat selusuh oleh para suami. Baca kat air pastu bagi wife minum time dah dekat nak bersalin tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tapi dengan syarat..kena YAKIN dengan Allah.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(