TAHUKAH KOME?
Hutan Royal Belum di Gerik, Perak adalah hutan tertua di dunia daripada hutan Amazon. Royal Belum yang berkeluasan 300,000 hektar iaitu bersamaan empat kali Singapura, berusia 130 juta tahun, menyimpan pelbagai rahsia dan misteri.

Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK 👇
Eksplorasi menjejaki beberapa kisah misteri, seperti kewujudan Kampung Lama Belum, ikan toman gergasi, misteri pokok ara tiga penjuru, aktiviti memburu ikan pada waktu malam, orang asli suku Jahai serta lokasi pertempuran komunis dan tentera Malaysia.
Tidak ramai tahu, dalam hutan setebal dan seluas itu, pernah ada perkampungan lama masyarakat Melayu jauh di tengah-tengah hutan dan memerlukan perjalanan dua hari untuk sampai ke lokasinya.
Masyarakat Kampung Belum Lama, sudah berpindah ke Bendang Puru berhampiran Grik sejak 1952, selepas mendapat arahan pihak British yang melancarkan gerakan besar-besaran menawan komunis yang ketika menggunakan Hutan Belum sbg tempat persembunyian dan kubu. Itu dah menjadi sejarah
Lapan kampung kecil yang ada di Belum Lama kini hanya tinggal bekas dan kubur lama. Namun, ia tetap dikunjungi setiap tahun, umpama sudah menjadi satu amalan dan tradisi yang berterusan oleh penduduk sekitarnya.
Untuk ke Kampung Belum Lama bukan satu kerja mudah kerana seseorang itu perlu menempuh perjalanan jauh bermula dari Sungai Kejar, melalui banyak sira haiwan (tempat haiwan liar minum), malah perlu bermalam di dalam hutan.
Ada orang kampung yang pernah berdepan situasi menakutkan apabila berselisih dengan haiwan seperti gajah, harimau dan seladang yang diketahui amat garang dan boleh mengancam nyawa manusia.
Kampung Lembu adalah kampung paling dekat di Belum Lama diikuti Kampung Tanjung, Kampung Banggol Seto, Kampung Penering, Kampung Meko, Kampung Belimbing dan Kampung Sepo.
Perjalanan ke Belum Lama kini sudah dipermudahkan dgn adanya Empangan Temenggor kerana dapat merentas hutan asal dgn menaiki bot sedangkan menurut penduduk asal Belum Lama, Mohamad Awang Kechik, 88, sebelum ada empangan, mereka mengambil masa seminggu untuk keluar dari kampung.
Menurut cerita Mohamad Awang atau mahu dikenali sebagai Pak Teh, orang Belum Lama mewarisi kehebatan yang ada pada Datuk Pulang Hari, iaitu orang yang mula-mula membuka Kampung Lama Belum bersama Puteri Saadon beratus tahun dulu.
"Datuk Pulang Hari diberi gelaran kerana kemampuannya pulang ke Pattani, Thailand dari Belum Lama pada hari sama, sedangkan orang lain mengambil masa berhari-hari. Anak beliau pula berkahwin dengan Puteri Saadon, orang bunian di Belum Lama.
"Keturunan kami datang dari mereka berdua. Kerana itulah ada keistimewaan tertentu dalam masyarakat kami. Setiap tahun, jika pulang melawat Belum Lama, mesti buat tahlil kerana jika tidak, ada saja halangan seperti hujan lebat dan banjir," kata Pak Teh.
Beberapa orang kampung yang ditemui turut menceritakan kehebatan yang diwarisi Pak Teh kerana dalam usia setua itu, Pak Teh masih boleh ke Belum Lama lebih cepat daripada orang lain. Malah, Pak Teh antara orang yang amat digeruni komunis suatu ketika dulu.
Tentu sekali Belum Lama menyimpan sejuta rahsia kerana ia masih mampu menarik masyarakat Belum Baru untuk ke situ setiap tahun sekadar untuk mengadakan majlis tahlil dan bergotong-royong membersih kawasan.
"Di sana ada lombong emas yang tidak ditemui tetapi masih wujud. Zaman kami dulu, orang kampung tak pedulikan kewujudannya tetapi semua orang tahu ia ada di Belum Lama," katanya.
Selain Belum Lama, banyak lagi misteri yang dapat dikupas mengenai Royal Belum termasuk kewujudan masyarakat Orang Asli suku Jahai yang dikatakan hanya terdapat di situ.
Jahai adalah satu daripada enam suku Negrito yang mendiami tanah Semenanjung. Mereka dipercayai berhijrah ke Asia Tenggara kira-kira 60,000 tahun dahulu, namun menurut orang kampung Belum Baru, mereka bukan penghuni asal Royal Belum kerana hidup mereka secara nomad (berpindah).
Mereka kini menjadi penghuni tunggal di pinggir Tasik Temengor terutama di sekitar kawasan Sungai Kejar. Difahamkan, ada hampir 300 masyarakat Jahai di Hutan Belum.
💛💛Info Tambahan Royal Belom💛💛

- Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak diisytihar semula sebagai `The Royal Belum' oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 31 Julai 2003.
- Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi tujuh perkampungan kecil.
- Royal Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum dan Hutan Simpan Belum. Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala untuk ke Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.
- Hutan Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun , hutan tertua di dunia!
- jadi kawasan tadahan hujan utama di Semenanjung Malaysia.
- Kompleks Hutan Belum-Temengor ada Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar),Hutan Simpan Grik(34,995 hektar) dan Hutan Temenggor(147,505 hektar)
- Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

- Terdapat lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di sini.
🔰Perak:Bongkar misteri Royal Belum, hutan tertua dunia🔰

GERIK - Berkeluasan 117,500 hektar dengan usia lebih 130 juta, hutan hujan tropika ini lebih tua daripada hutan Amazon, menjadikannya hutan tertua di dunia, menyimpan pelbagai rahsia dan misteri.
Bagi penulis yang pertama kali menjejakkan kaki ke Taman Negeri Royal Belum, segala-gala yang dilihat begitu memukau, baik hutan dara, tasik dan sungai serta pelbagai flora dan fauna.
Bersempadan dengan Thailand di utara dan Kelantan di timur, Royal Belum diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi oleh Kerajaan Perak pada Mei 2017 dan diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak.
Kunjungan penulis ke Taman Negeri Royal Belum adalah sebahagian daripada acara Kembara Media Perak 2019 (empat hari tiga malam) dari 28 Jun hingga 1 Julai, anjuran Jabatan Penerangan dan Kerajaan Perak.

Program ini bertujuan mempromosi tarikan di pelbagai daerah di Perak.
Unggas berterbangan

Salah satu tarikan di Royal Belum ialah musim burung. Menurut renjer Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohd Yusri Abdullah Sani, aktiviti memerhati burung terbaik dilakukan dari Julai hingga September, bersamaan dengan musim buah-buahan di dalam hutan.
"Ada sekitar 310 spesies burung di Royal Belum, oleh itu jgn ketinggalan aktiviti memerhati burung di Royal Belum.

"Burung² ini makan buah-buahan dan hinggap di dahan pokok. Ini beri peluang kepada pemerhati burung utk melihat burung-burung ini tanpa memakai teropong," katanya.
Paling menarik perhatian peminat burung ialah burung enggang. Terdapat 10 spesies burung enggang di Royal Belum berbanding hanya lapan di Sabah dan Sarawak meskipun burung tersebut lebih terkenal di Sabah dan Sarawak berbanding yang ada di Perak.
Menurut Mohd Yusri, Royal Belum diiktiraf sebagai Kawasan Burung dan Kepelbagaian Biologi yang penting (IBA) oleh BirdLife International, setelah didaftar sebagai IBA pada 2004.
"Ini bermakna tempat ini adalah penting dari segi global untuk pemuliharaan hidupan burung," kata beliau ketika ditemui semasa Kembara Media 2019.
Birdlife International adalah pertubuhan pemuliharaan perkongsian global yang berusaha untuk memulihara burung, habitat burung itu serta kepelbagaian biologi global.
Semasa musim memerhati burung, jurugambar alam semula jadi dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di Royal Belum untuk memastikan mereka mendapat gambar yang paling cantik.
Memandangkan lawatan media kami di luar musim memerhati burung, kami tidak mempunyai pilihan selain berpuas hati dengan hanya mendengar suara kicauan burung yang bertenggek nun jauh di dahan tinggi pokok.
Tarikan kaki pancing

Pengunjung ke Royal Belum pastinya akan teruja melihat Tasik Temenggor. Meliputi kawasan seluas 15,200 hektar, tasik ini adalah tasik buatan manusia kedua terbesar di Semenanjung Malaysia, selepas Tasik Kenyir di Terengganu.
Persekitaran Tasik Temenggor yang begitu mendamaikan bertambah unik dengan 374 spesies flora dan lebih 80 peratus spesies fauna di dalam tasik.
Tasik ini bagaikan lubuk ikan untuk pemancing yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menangkap spesies ikan seperti 'hampala' dan ikan gergasi berkepala ular atau ikan lumpur.
Udara yang segar serta air tasik yang jernih, berkilau-kilauan dipancar cahaya mentari menjadikan penulis semakin bertenaga untuk meneruskan kembara di bumi indah ini.
Bagi sesiapa yang ingin bermalam di Tasik Temenggor, bolehlah menyewa 'rumah bot'. Cuma jumlah rumah bot ini sudah berkurangan kepada hanya 35 berbanding lebih 100 buah sebelumnya.
Bagaimanapun Mohd Yusri menjelaskan mereka tidak mahu terlalu banyak rumah bot kerana mahu mengehadkan jumlah pengunjung ke Royal Belum.

"Kerajaan negeri mahu memulihara Royal Belum dan mengekalkan kecantikan semula jadinya. Taman negeri ini bukan untuk ekopelancongan.
Ianya lebih untuk pemuliharaan kerana ia adalah hab kepelbagaian biologi Malaysia.

"Terlalu banyak rumah bot akan menyumbang kepada pencemaran. Kami tidak mahu merosakkan sistem ekologi, itu sebabnya kami mengehadkan jumlah rumah bot.
Bayangkan kalau kami menerima 29,000 pengunjung setahun? Apa akan berlaku dalam tempoh tiga tahun? Kami mahu mengekalkan keindahan tasik ini serta flora dan fauna di sini, “ katanya.
Media yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Kembara Media Perak 2019 bermalam di 'Casuarina', rumah bot terbesar di Tasik Temenggor Lake. Suasana malam begitu sunyi dan udara nyaman tasik menjadikan pengalaman bermalam di rumah bot begitu mengasyikkan.
Perkampungan orang asli

Mungkin ramai yang tidak tahu ada masyarakat orang asli yang mendiami Royal Belum. Masyarakat orang asli tersebut ialah kumpulan etnik Jahai yang tinggal di Kampung Klewang, terletak di tepi tebing sungai yang mengalir di kawasan taman negeri ini.
Menurut ketua kampung atau Tok Batin Sedo Jebis, 55, terdapat 35 keluarga tinggal di perkampungan itu dan kebanyakan mereka hidup secara separa nomad.
Sungai adalah nadi kehidupan masyarakat orang asli itu krn ia bukan shj menyediakan bekalan air tetapi juga ikan sbg sumber makanan mereka. Orang asli jg guna sungai untuk ke dunia luar. Di samping itu, masyarakat orang asli itu juga menanam pokok ubi kayu dan pokok buah-buahan.
“Ada banyak tanaman herba di dalam hutan yang kami kutip setiap hari seperti ‘tongkat Ali’, ‘madu kelulut’ dan kayu gaharu," katanya, sambil menambah, sekiranya mereka mengutip lebih daripada keperluan, bakinya akan dijual kepada pengunjung yang singgah di kampung tersebut.
Beliau berkata Royal Belum adalah 'bank perubatan' kerana ia mengandungi banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Sumber: bharian.com.my/node/38338

Bernama

Credit : JOREN MOHD

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with JJCM@PERAK #portMAKAN #travelPERAK #infoSANTAI

JJCM@PERAK #portMAKAN #travelPERAK #infoSANTAI Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @JJCMPERAK

30 Jun
Tahukah kome?

Ikan Tapah

Ikan tapah adalah sejenis ikan yang terdapat di Sungai Perak. Ianya dianggap sebagai sejenis ikan yang tidak boleh dimakan dan dikhianati oleh keturunan Tuk Kaduk.

Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK 👇
Cerita mulut

Kisah Tuk Kaduk ini telah dikumpulkan melalui cerita mulut oleh Tuk Haji Pandak Logam bin Pandak Demat salah seorang dari keturunan Tuk Kaduk ini, yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas keronsang dari Ikan Tapah ini.
Beliau telah dilahirkan disekitar tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usianya 90 tahun.

Sultan

Dizaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur, menyabung ayam sangatlah disukai ramai.
Read 36 tweets
28 Jun
Dgr ceramah ustaz Kazim ..ade sentuh pasal ayat 1 surah Al-Fath.

اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِيْنًا 

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,"
(QS. Al-Fath 48: Ayat 1) Image
Ayat ni elok diamalkan terutama masa kita kite nak bukak sesuatu yg susah. Contohnya nak bukak tutup botol yg sgt ketat ke.. or, time terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal kat dalam ke.. baca la ayat ni.
Bagi ibu2 yg bakal bersalin, elok dibaca sebagai ayat selusuh oleh para suami. Baca kat air pastu bagi wife minum time dah dekat nak bersalin tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tapi dengan syarat..kena YAKIN dengan Allah.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(