Bukan nak kata tak logik beras+gula+tepung gandum+bihun+kicap+sardin+biskut+kopi+garam=RM50 (walaupun kalau bagi saya, benda tu boleh dapat harga total RM40 je).
Tapi logik ke nak bantu 1 keluarga (ibu bapa + 2 anak) dengan bakul RM50 sahaja?!
Bakul makanan RM50 ni boleh tahan berapa lama? Sardin tu berapa tin? Telur mana? Minyak masak?
Atau adakah nak suruh 1 keluarga makan nasi berlauk kicap yang sebenarnya?
RM50 sekarang tak cukup nak bagi makan 1 keluarga. Tak sampai seminggu pun.
Kalau betul prihatin & nak tolong rakyat, harga bakul makanan yg masuk akal & bermaruah ialah RM75-RM100.
Insya Allah, cukup utk 1 keluarga (ibubapa+2 anak) bertahan setidaknya 2 minggu atau lebih.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kenapa nak derma ke NGO kalau kita boleh derma terus pada yang memerlukan?
Soalan yang valid sebenarnya. Tapi saya nak tanya balik, sanggup ke memandu sejam setengah di jalan lengang macam ni masuk kawasan pedalaman untuk hantar bantuan pada yang memerlukan?
Ingat lagi tweet saya tentang Brader Beras yg mohon bantuan duit beli beras dari saya, lepas tu bila dia dah ada duit dia mesej saya balik utk minta nombor akaun rakyat Malaysia lain yg sedang susah & saya bagi nombor akaun Si Munap dari Sabah?