Bila orang duk marah-marah Caprice sebab jentik Ebit Lew, saya pilih untuk tengok balik gambar ini dan terus:
KAH KAH KAH!
Tak pernah minat Caprice, tapi poin yg dia bawa tu bukanlah mustahil.
Sebab benda seakan sama pernah berlaku di Sabah dulu. Ebit Lew kata dia Islamkan satu kampung.
Kemudian MUIS cakap dah mmg Islam pun sebelum Ebit Lew konon datang Islamkan sekampung.
Manakala NGO & aktivis yg dah lama berkecimpung di Sabah & biasa dgn suku Bajau Laut tersengih sahaja tengok gelagat Ebit Lew 'Islamkan sekampung'.
Oh, itu belum campur dgn isu dia langgar curfew dan SOP di Sabah pada masa itu sampai disuruh balik.
Tapi tu lah, ramai yg dah lupa kes Ebit Lew di Sabah dulu atau tak terlintas di fikiran benda yg pernah berlaku di Sabah, tak mustahil berulang di Gaza/Palestin.
Stail bagi bantuan cara terjah ni, mmg sinonim dengan dia.
Sebab tu aku cakap tadi, poin Caprice tu tak mustahil.
Bukanlah aku nak kata kerja Ebit Lew tu tak bagus.
Bagi bantuan, tolong orang susah adalah benda baik. Kita sokong benda baik.
Tapi, ada juga hal-hal lain perlu diambil kira dan bukan main terjah sahaja.
Pun begitu, teringat artikel ini tentang saat manis dan indah bersama antara Caprice dan Ebit Lew satu masa dahulu
Juga nak tambah sikit, lepas Sabah, Ebit Lew pergi hantar bantuan ke South Africa.
Ya, time Covid-19 menggila, kerajaan impose sekatan perjalanan dsbnya dia lepas ke SA.
Ebit Lew & tim pergi Mac 2021. Dan...
Jeng, jeng, jeng...
Varian SA dikesan di Malaysia seawal Mei 2021.
Tak pasti siapa yg bawa masuk varian SA tu (skrg varian Beta).
Tapi aku sendiri sbg rakyat yg terperuk lama sbb PKP/Darurat, agak pissed off juga bila masih ada varian luar terlepas masuk, lepas tu dpt tahu pula ada individu yg bebas terbang sana sini sbb dia untouchable.
Begitulah sikit sebanyak yg boleh aku nukilkan pasal Ebit Lew ni dlm konteks yg Caprice duk meroyan skrg.
Apa pun, aku akhiri untaian ini dgn tangkap layar dari aktivis rakyat Malaysia yg duduk Gaza bertahun lamanya.
Baca smp habis utk nampak isi penting & buka hijab kita semua
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kenapa nak derma ke NGO kalau kita boleh derma terus pada yang memerlukan?
Soalan yang valid sebenarnya. Tapi saya nak tanya balik, sanggup ke memandu sejam setengah di jalan lengang macam ni masuk kawasan pedalaman untuk hantar bantuan pada yang memerlukan?
Bukan nak kata tak logik beras+gula+tepung gandum+bihun+kicap+sardin+biskut+kopi+garam=RM50 (walaupun kalau bagi saya, benda tu boleh dapat harga total RM40 je).
Tapi logik ke nak bantu 1 keluarga (ibu bapa + 2 anak) dengan bakul RM50 sahaja?!
Bakul makanan RM50 ni boleh tahan berapa lama? Sardin tu berapa tin? Telur mana? Minyak masak?
Atau adakah nak suruh 1 keluarga makan nasi berlauk kicap yang sebenarnya?
Ingat lagi tweet saya tentang Brader Beras yg mohon bantuan duit beli beras dari saya, lepas tu bila dia dah ada duit dia mesej saya balik utk minta nombor akaun rakyat Malaysia lain yg sedang susah & saya bagi nombor akaun Si Munap dari Sabah?