Berikutan situasi yang semakin buruk di Afghanistan, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, Kabul dibanjiri dengan orang ramai yang cuba keluar dari Afghanistan.
Banyak pesawat pengangkut tentera dan komersial dilihat mendarat dan berlepas.
Sebuah pesawat C-17A Globemaster III, Tentera Udara AS dilaporkan berlepas dengan membawa kira-kira 800 orang dan menerbangkan mereka ke Pangkalan Udara AL Udeid, Qatar.
Pesawat ini selalunya boleh membawa 100-150 orang tentera sahaja atau kargo-kargo lain.
Mesti sesak sebab ramai sangat dalam satu pesawat?
Ketika situasi krisis, bencana atau perang, semuanya boleh.
Kira-kira 670 orang dalam pesawat C-17 ketika bencana Taufan Haiyan, Filipina, November 2017.
Pesawat Air America mengangkut rakyat Vietnam yang melarikan diri selepas Saigon ditawan pada 27 Mac 1975.
Operasi Piramid.
Sebuah pesawat C-130 Hercules TUDM membawa sejumlah 200 orang pelajar Malaysia dari Mesir pada Februari 2011.
Pesawat MAS dan AirAsia juga terlibat dalam operasi ini.
Situasi di Lapangan Terbang Kabul amat sesak sehingga orang ramai masuk dan berada di landasan.
Ada individu yang berpaut pada sayap ketika pesawat berlepas. Media melaporkan kejadian beberapa kejadian mangsa yang mati jatuh terhempas di atas bangunan atau bumbung rumah.
Rakaman video 2 orang terjatuh daripada pesawat C-17 Tentera Amerika yang berlepas dari Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Situasi di landasan Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Situasi di landasan Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Situasi di landasan Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Rakaman individu yang terjatuh daripada pesawat.
Helikopter Apache Tentera Amerika terbang rendah untuk menyuraikan orang ramai yang memenuhi landasan bagi memudahkan pesawat berlepas.
Situasi di landasan Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Situasi di landasan Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Situasi di landasan Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Macam mana pesawat nak berlepas?
Situasi di luar pintu masuk Lapangan Terbang Hamid Karzai, Kabul.
Dilaporkan situasi berlaku kerana khabar angin palsu yang tersebar mengatakan ada penerbangan untuk sesiapa sahaja tanpa visa.
Mereka akan terjatuh selepas pesawat berlepas.
Gambar dalam pesawat tentera C-17 Globemaster III yang membawa rakyat Afghanistan mahu melarikan diri dari negara mereka.
Ramai tertanya-tanya. Mengapa mereka mahu keluar dari negara sendiri?
Bagi saya, kerana Taliban mula menguasai negara dan kerajaan, sebilangan rakyat mula panik dengan masa depan diri, keluarga dan negara. Mereka ambil jalan untuk cari kehidupan baru di negara lain.
Bagi mereka yang tidak panik, kehidupan harian berjalan seperti biasa seperti meniaga, kerja, belajar dan melakukan aktiviti harian yang lain.
Hari ini, wakil Taliban bertemu dengan pihak Kementerian Kesihatan Awam dan National Power Utility of Afghanistan (DABS).
Taliban meminta mereka untuk meneruskan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat Afghanistan.
Situasi di bandar Kabul kembali sibuk seperti biasa.
Aktiviti harian berjalan dengan aman dan terkawal.
Taliban berjanji untuk menghormati undang-undang antarabangsa & hak asasi manusia.
Menghormati serta melindungi semua orang termasuk wanita & kanak-kanak.
Tentera UK dan US diberikan kebenaran untuk mengawal situasi di Lapangan Terbang Kabul sehingga proses pemindahan selesai.
Suasana di Bandar Kabul.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tidak berbunyi "klik" bila terpijak dan meledak selepas mengangkat/mengalihkan kaki seperti dalam filem.
Sebenarnya ia akan terus meletup jika terpijak.
Dalam filem, penonton melihat jika terpijak ranjau darat, ia akan meledak selepas mengangkat kaki.
Sebenarnya pemicu tekanan akan terus meletupkan ranjau kerana ia dirancang untuk membunuh, bukan untuk seseorang berhenti diam di atasnya sehingga ia dinyahaktifkan.
Anda tidak akan dapat mengelak dari letupan walaupun anda seorang pelari yang sangat pantas kerana serpihan terbang merata-rata.
Jika terpijak ranjau darat, sama ada terbunuh atau cedera parah.
Tengok banyak kali, Rela tu tak sepak/tendang pun. Nampak mcm dia cuba cakap, tp mamat tu tak dengar, so dia cuba blok dgn kaki tp tak stop jgk. So dia tahan dgn tangan dan tolak sikit mamat tu ke belakang bg stop.
Jgn trigger sangat la ye. One side story + video too short.
So sesiapa yg hentam, cakap bukan2 kt Rela tu, korang tak pernah kerja handle crowded expecially foreigners yg tak faham peraturan/sop.
Kalau pukul dgn kayu ke ape ke boleh la korang nak marah.
Siapa tak puas hati/pernah kena, pegi buat report kt balai ckp Rela buat keje kasar.
Lebih bagus Rela tegas, garang2 dan jerit/pekik kuat2 daripada semua tu beratur rapat2 or jadi overcrowded mcm kes sebelum ni. Bukannya pukul/tendang pun.
Nak cakap lembut2?
Silakan.. jalan ikut sini,hati2..ehhh..encik2..berhenti..ikut sop ye..alaa encik ni..ikut sop la ye.. 🤷♂️
Ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.
Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Tanah Melayu yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan.
Seramai 89 anggota telah bersetuju untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan dan mengangkat sumpah pada 14 Ogos.
Pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota, bersama 8 meriam jenis 25 pounder.
Latihan ketenteraan terbesar dengan melibatkan 1,080 anggota TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijalankan di Laut China Selatan. airtimes.my
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia, KD TUN RAZAK telah melancarkan peluru berpandu anti kapal, Exocet SM39, hari ini.
2 kapal TLDM, KD LEKIU dan KD LEKIR turut melancarkan peluru berpandu Exocet MM40.
Ujian tembakan dan latihan diadakan selama 6 hari bermula 12 Ogos.
"Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu ini mengenai sasaran jelas membuktikan profesionalisma, keupayaan dan kesiagaan TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara." Ismail Sabri.