1/ Setiap tahun pada tarikh ini kita menyambut Hari Al-Quds Sedunia sebagai memperingati peristiwa hitam pembakaran Masjidil Aqsa yang dilakukan seorang pelampau Zionis; Denis Michael Rohan pada 52 tahun yang lepas.
2/ Kebakaran ini telah memusnahkan 1/3 kawasan masjid dan memusnahkan juga minbar Sultan Salahuddin Ayyubi yang bersejarah.
Apa yang memarakkan kebakaran adalah perbuatan pihak Zionis yang memotong bekalan air dan melambatkan pergerakan bomba. #SavePalestine
3/ Dalam serba kepayahan, penduduk Al-Quds berusaha mengawal kebakaran dariapada terus merebak.
Hari ini setelah 52 tahun walaupun api yang terbakar itu telah terpadam tetapi pada hakikatnya api itu masih lagi menyala marak di hati Umat Islam. #SaveAqsa
4/ Michael Danes Rohan, pelampau Zionis berasal dari Australia yang membakar Masjidil Aqsa.
Beliau dibebaskan daripada sebarang hukuman dengan alasan menghidap penyakit 'gila'. #IsraeliCrimes#Israeli
5/ Ini adalah sejarah yang akan terus dikenang dan diperingatkan.
Masjidil Aqsa dan Al-Quds akan sentiasa menjadi keutamaan dalam hidup kita.
Mekah dan Madinah ialah dua tempat yang menjadi tumpuan Umat Islam dari seluruh dunia.
Jika ada sebahagian umat Islam mengangkat bendera Palestin, ini akan membuka ruang untuk umat Islam yang lain menonjolkan apa sahaja perjuangan mereka.
Mereka yang menyokong Hezbollah, akan menunjukkan bendera Hezbollah.
Orang Uyghur akan mengangkat bendera Turkistan Timur.
Orang Rohingya akan mengangkat bendera mereka.
Orang Hamas/Fatah akan mengangkat bendera organisasi mereka.