Bila makin berusia ni, baru sedar kawan yang paling baik dengan kita ialah kawan masa di universiti dan sekolah menengah dulu.
 
Habis je SPM, saya diterima masuk ke Pusat Asasi Sains UM. Syukurnya waktu tu dapat sebilik dengan kawan sekelas dari sekolah menengah.
Walaupun cuma 3 bulan di situ, banyak sangat kenangan manis yang saya ingat sampai sekarang. Yang paling saya ingat, tiap hari saya akan tumpang naik motor kawan ke kelas dan kuliah.
Boleh kata setiap hari la menumpang sampai satu hari kawan saya cakap macam ni.

“Nah, ni aku bagi helmet ni untuk kau.”

Hari-hari menumpang sampai dapat helmet free haha. Terharu beb.
Lama dah kami tak berjumpa sampai baru ni dia mesej saya.

“Bro, mak aku positif ni. Boleh jadi lagi teruk ke lepas ni?”

Jujur cakap, bila kena pada kawan baik sendiri, terasa macam keluarga sendiri yang terkena jangkitan.
Dia dah bawa maknya ke CAC, tapi tempoh menunggu sampai 7 jam. Punyalah ramai yang beratur. Maknya dah berumur, tak larat nak menunggu dalam keadaan tak sihat.
Dia kata kalaulah dia yang terkena jangkitan, dia boleh aje nak kuatkan semangat. Tapi bila mak yang kena, memang terduduk dibuatnya.

“Aku harap mak aku okay,” diulang berkali-kali.
Rasa bersalah pun ya. Maknya kerja di kantin, hari-hari agaknya berjumpa dengan puluhan orang.

Minggu lepas, dia mula bergejala. Demam dan selsema. Nasib baik cepat disaring, terus dapat tahu status diri.
Saya pun tak tahu nak cakap apa dah. Sekadar cuba menenangkan perasaan dia dan bagi sedikit nasihat.

Kalau mak ayah dan keluarga kita jatuh sakit, segeralah dapatkan rawatan. Yang kita anggap sakit biasa tu boleh jadi cerita duka yang menanti.
Kita boleh pilih dimana kita nak tinggal. Kita boleh pilih apa yang kita nak makan. Kita boleh pilih apa nak pakai.
 
Tapi kita tak mampu pilih bila dan dimana kita akan jatuh sakit.
Semua itu Allah tetapkan di Luh Mahfuz.
Kita boleh doa. Minta dengan Allah supaya kita sentiasa sihat.
Doa sungguh-sungguh. Mak ayah ni umpama nyawa kita. Hilang mereka umpama hilang separuh nyawa kita.

Kawan-kawan, jaga diri kita. Jaga mak ayah kita
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.

Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 135,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ bit.ly/TikTokDrRedzaZ…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

16 Sep
Jauhi 5 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Anak bukan trofi.

Bila keputusan anak cemerlang, maka pencapaian anak dicanang pada saudara mara dan kawan pejabat. Anak yang tak berapa bagus keputusannya pula termangu-mangu melihat telatah mak ayah.

Anak akan fikir dia cuma akan disayangi bila dia berjaya di sekolah.
2. Melabel anak dengan perkataan negatif.

Selalu juga saya berjumpa dengan mak ayah yang gelar anak sendiri pemalas, lembab dan degil. Yang anak akan faham, dirinya sentiasa ada kekurangan dan dia akan sentiasa salahkan dia sendiri.
Read 11 tweets
14 Sep
Pernah kawan saya kongsikan cerita dia.

Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.

Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.

Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.
Read 12 tweets
12 Sep
Anak sulung nampak tertekan?

👉🏻 3 cabaran anak sulung:

• Paling selalu dimarah oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik walaupun bukan salah dia.

• Kurang dapat perhatian bila ada adik baru.
• Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik beradik sehingga:

- Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.

- Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
🍁 Kesian anak sulung. Mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah yang masih muda.

#NotaRedzaZainol
#didikanaksulung
Read 4 tweets
11 Sep
Bila anak kecil menangis, menunjuk menggunakan jari telunjuk, berkata “ta ta ta” dan ibu/ayah membalasnya dengan perkataan, melihat mata anak atau memeluk, ada laluan saraf baru akan terbentuk pada otak anak. 

Konsep ni dinamakan Serve and Return.
Interaksi antara ibu bapa dengan anak ni boleh kita bahagikan pada 5 langkah mudah yang kita pun tak sedar ia berlaku setiap masa.
✅ Fokus dengan apa yang sedang menarik perhatian anak. 

Ketika anak sedang membelek buku, kita pun sama melihat buku tu. 

Bila anak keluarkan bunyi, kita pun pandang pada mukanya sambil tersenyum. 

Bila anak pandang pada bola, kita tanya “Nak bola ke?”
Read 9 tweets
10 Sep
Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?

Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :

✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Read 12 tweets
27 Aug
Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe.

Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30-40 bayi.

Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
✅ Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak payah nak main cak cak dengan bayi tu.

Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
✅ Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imunisasi dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.

Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(