Anak lelaki juga ada emosi. Sebab itu mak ayah kena usaha untuk didik anak lelaki yang:
1. Boleh mengurus tekanan emosi dengan cara yang sihat.

2. Rasa selesa berkongsi emosinya dengan mak ayah.

3. Berani berdepan dengan masalah dan bukan lari dari masalah.
4. Komited kekalkan hubungan yang sihat dengan pasangannya.

5. Menghormati pasangan dan mampu memimpin keluarga.

6. Hormat pada semua wanita terutama pada ibu sendiri.
7. Membesar menjadi lelaki yang boleh kawal sifat marah dan tak panas baran.

8. Tak salah untuk anak lelaki berasa sedih, kecewa hingga menangis.

9. Tak ada emosi yang salah. Emosi itu kurniaan Allah.
10. Yang penting, dia belajar kenal pasti dan cekap menguruskan setiap satu emosinya.

11. Didikan anak-anak kita bermula dengan didikan anak sulung. Anak mudah terikut dengan perangai dan akhlak kakak dan abang sulungnya.
12. Jadi, didiklah anak sulung kita sebaiknya sehingga menjadi 'role model' terbaik pada adik-adiknya.
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.

Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 135,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ bit.ly/TikTokDrRedzaZ…
Hari Rabu ni (22/09/21), sahabat saya akan lancarkan ebook Formula Rahsia Didik Anak Sulung.

Saya sendiri pun banyak belajar dari Dr Taufiq ni.

Saya cadangkan masuk terus ke waiting list ini supaya tak terlepas pandang 👉🏻 t.me/DidikAnakSulung

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

18 Sep
Anak sulung kita selalu nampak tertekan?

Selalunya anak sulung akan hadapi 3 cabaran ini:

1. Paling selalu dimarah oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik beradik walaupun bukan salah dia.

2. Kurang dapat perhatian bila ada adik baru.
3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik beradik sehingga:

• Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.

• Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
4. Kesannya:

- anak sulung suka memberontak
- jadi pemarah dan pendendam
- terlampau sensitif
- kuat merajuk
- suka berlawan dengan adik
Read 6 tweets
16 Sep
Jauhi 5 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Anak bukan trofi.

Bila keputusan anak cemerlang, maka pencapaian anak dicanang pada saudara mara dan kawan pejabat. Anak yang tak berapa bagus keputusannya pula termangu-mangu melihat telatah mak ayah.

Anak akan fikir dia cuma akan disayangi bila dia berjaya di sekolah.
2. Melabel anak dengan perkataan negatif.

Selalu juga saya berjumpa dengan mak ayah yang gelar anak sendiri pemalas, lembab dan degil. Yang anak akan faham, dirinya sentiasa ada kekurangan dan dia akan sentiasa salahkan dia sendiri.
Read 12 tweets
14 Sep
Pernah kawan saya kongsikan cerita dia.

Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.

Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.

Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.
Read 12 tweets
12 Sep
Anak sulung nampak tertekan?

👉🏻 3 cabaran anak sulung:

• Paling selalu dimarah oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik walaupun bukan salah dia.

• Kurang dapat perhatian bila ada adik baru.
• Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik beradik sehingga:

- Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.

- Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
🍁 Kesian anak sulung. Mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah yang masih muda.

#NotaRedzaZainol
#didikanaksulung
Read 4 tweets
11 Sep
Bila anak kecil menangis, menunjuk menggunakan jari telunjuk, berkata “ta ta ta” dan ibu/ayah membalasnya dengan perkataan, melihat mata anak atau memeluk, ada laluan saraf baru akan terbentuk pada otak anak. 

Konsep ni dinamakan Serve and Return.
Interaksi antara ibu bapa dengan anak ni boleh kita bahagikan pada 5 langkah mudah yang kita pun tak sedar ia berlaku setiap masa.
✅ Fokus dengan apa yang sedang menarik perhatian anak. 

Ketika anak sedang membelek buku, kita pun sama melihat buku tu. 

Bila anak keluarkan bunyi, kita pun pandang pada mukanya sambil tersenyum. 

Bila anak pandang pada bola, kita tanya “Nak bola ke?”
Read 9 tweets
10 Sep
Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?

Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :

✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(