Lepas solat Subuh, isteri saya datang mengadu. 

“Penatnya hari ni.”

Dalam hati saya, eh kan baru bangun pagi. Takkan dah penat. Sepanjang hari itu, 3-4 kali dia mengadu dia penat.

Malam tu, saya senaraikan rutin harian isteri dari pagi sampai ke malam.
Bila saya kira-kira, baru saya tersedar. Rupa-rupanya, setiap hari isteri saya cuma tidur 5 jam saja sehari. Ya Allah, lalainya saya selama ni. Patutlah dia asyik mengadu penat.

Jumlah jam kita tidur ni umpama meletak duit di dalam akaun bank.
Setiap kali kita tak dapat tidur yang cukup, “duit” tu akan ditarik keluar dari akaun kita. Kalau hari-hari tak cukup tidur, lama-lama akan jadi kosong akaun bank kita tu.

Pada waktu ni, barulah kita akan nampak kesan dari kekurangan tidur yang kronik.
Inilah keadaan yang dipanggil sebagai Sleep Debt.

Isteri yang begini akan selalu ada paras hormon kortisol yang tinggi dalam darah. Hormon kortisol ni ialah hormon stress. 

Lagi tinggi paras hormon kortisol, isteri mudah jadi pemarah, murung hingga ada yang rasa nak bunuh diri.
Isteri begini juga berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat tertidur semasa memandu.

Dari segi perubatan, boleh juga menaikkan risiko mengidap Diabetis, lemah daya imun badan dan darah tinggi. 

Jangan buat main-main dengan Sleep Debt ni kawan-kawan.
Mengikut National Sleep Foundation, orang dewasa perlukan 7.1 jam setiap malam untuk rasa cergas dan bertenaga keesokan harinya. 

Tapi 70% dari kita, tak capai pun jumlah jam tu. Hakikatnya, ramai dari kita ni bekerja dari pagi ke petang.
Ada isteri bangun seawal pukul 4.30 pagi. Terus ke dapur untuk masak, pinggan dibasuh, sambil tu sempat lagi dia basuh dan ampai baju. 

Habis kerja petang, berlari ke pasaraya. Nak masuk pasaraya pun kena beratur, follow SOP.
Sampai saja ke rumah, suami isteri sama-sama bersilat uruskan anak mandi dan makan. Tau-tau dah Isyak tapi rutin harian belum siap juga.

Isteri-isteri yang tak cukup tidur setiap hari ni sebenarnya sedang mengumpul “Sleep debt” tanpa sedar.
Ikut 1 kajian pada tahun 2016, Sleep Debt ni tak dapat diselesaikan dengan 1 hari tidur yang lama. Kajian ni mengatakan kita perlu sehingga 4 hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan tidur sebanyak 1 jam sehari. 

Dahsyat kesan Sleep Debt ni.
Suami kena hati-hati. Kita fikir kita dah buat macam-macam kerja di rumah, jadi dapatlah kurangkan beban kerja isteri. Tapi kita terlupa yang kita suami isteri kena ada tidur yang cukup.

Hujung minggu, ada suami yang nampak isteri macam malas sebab tidur saja.
Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang ada “Sleep Debt” yang sangat banyak.

Percayalah, bila isteri diberi peluang tidur yang cukup, dialah yang paling ceria dan mudah menurut kata antara semua.
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.

Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 150,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ bit.ly/TikTokDrRedzaZ…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

6 Dec
Sepanjang minggu saya perhatikan. 

Wajah isteri saya yang masam, boleh jadi tersenyum berseri-seri bila dia pergi ke 5 tempat ni:
1) Kedai kasut
2) Kedai baju
3) Shopee
4) Laman web pakaian anak 
5) Tempat kerja (hospital)

Yang no 1 sampai 4 tu saya dah lama faham. Memang jelas.
Tapi tahun ni baru saya faham yang nombor 5 tu.

Selalu juga dia mengeluh penat bekerja. 

Tapi ada juga hari yang dia balik dengan muka berseri-seri. Macam tak penat langsung.
Read 10 tweets
23 Nov
Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil.
 
1. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “Self Image” yang baik.
2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
 
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
4. Raikan bila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.

5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki.
Read 10 tweets
20 Oct
3 sifat toksik ni kalau mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.
1) Stonewalling

Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:

❌ Tak menjawab soalan anak
❌ Sengaja lambat jawab soalan anak
❌ Tak cakap apa-apa
❌ Terus tinggalkan anak
❌ Tak ambil serius atau merendah-rendahkan apa yang anak cuba bualkan.
Read 15 tweets
19 Oct
Penatnya jaga 3 orang budak ni seorang diri. Isteri ada urusan, maka tinggal saya seorang diri menjaga mereka.

Tak habis-habis ada aja benda yang mereka minta dari saya. Dah makan, nak ke tandas pula
Disambung dengan minum. Lepas tu nak main sama-sama.

Mula-mula saya geram juga. Kenapa anak saya tak reti nak bagi saya rehat. Dah lewat malam barulah saya dapat rehat dan makan.
Saya pun duk tanya isteri macam mana dia buat selama ni. Dia cuma gelak. Sampai hati betul.

Dia kata gini pada saya.
Read 11 tweets
18 Oct
Baru saja mak dan anaknya duduk, saya pun senyum dan bertanya khabar. Kemudian, saya terus tanyakan tentang perkembangan anaknya.

Pada asalnya, mak ni risau yang anaknya lambat bercakap.
“Sekarang dah jauh lebih baik doc, dah pandai sebut 2-3 perkataan dalam 1 ayat. Dah pandai mengadu bila abang dia sakat dia.”

“Apa lagi yang dia boleh sebut sekarang?” saya nak tahu lebih lanjut.
“Lagi dia dah pandai sebut warna merah, biru, hijau. Anggota badan pun banyak yang dia dah tahu.”

Wah, seronok pula saya dengar.

Selalu bila dapat kisah macam ni, saya cuba korek apa rahsia yang mak ayahnya buat di rumah.
Read 16 tweets
27 Sep
Rupa-rupanya ramai kanak-kanak tinggal di rumah yang tak ada langsung peraturan tentang “Screen Time.”
Menurut 1 kajian,

👉🏻 70% kanak-kanak usia 8-18 tahun tak pernah diperkenalkan dengan peraturan menonton TV di rumah.

👉🏻 ⅔ kanak-kanak kata TV di rumah dibuka ketika makan.

👉🏻 Hampir separuh kanak-kanak kata TV di rumah dibiar terbuka sepanjang hari.
MENONTON TV tanpa kawalan ni tak bagus sebab ia ialah aktiviti pasif.

✔️ Kanak-kanak tak perlu beri apa-apa respon (Komunikasi cuma sehala).
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(