Rupa-rupanya ramai kanak-kanak tinggal di rumah yang tak ada langsung peraturan tentang “Screen Time.”
Menurut 1 kajian,
👉🏻 70% kanak-kanak usia 8-18 tahun tak pernah diperkenalkan dengan peraturan menonton TV di rumah.
👉🏻 ⅔ kanak-kanak kata TV di rumah dibuka ketika makan.
👉🏻 Hampir separuh kanak-kanak kata TV di rumah dibiar terbuka sepanjang hari.
MENONTON TV tanpa kawalan ni tak bagus sebab ia ialah aktiviti pasif.
✔️ Kanak-kanak tak perlu beri apa-apa respon (Komunikasi cuma sehala).
BERINTERAKSI pula ialah aktiviti aktif.
✔️ Kanak-kanak melihat, mendengar, memahami dan memberi komen atau jawapan (Komunikasi dua hala)
TIPS MAK AYAH
✅ Galakkan anak bermain dalam aktiviti rangsangan fizikal dan interaksi dua hala.
- main board game, puzzle.
✅ Bekalkan anak dengan buku bacaan berkualiti.
✅ Pantau rancangan TV yang ditonton. Jika ada unsur yang tak sesuai, mak ayah sebaiknya beri penjelasan.
✅ Alihkan semua gajet/TV/komputer keluar dari bilik tidur anak.
✅ Jadi “role model” untuk anak. Kita hadkan “Screen Time” diri sendiri jadi 2 jam saja sehari.
Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Kita tak nak anak kita jadi lambat bercakap, ada masalah tingkah laku dan asyik ketinggalan dalam pelajaran.
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.
Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 135,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Bila saya baca mesej dari kawan saya pagi semalam, rasa ralat sangat sebab saya lambat balas.
Dia mesej saya waktu malam dan saya pula dah tidur awal.
Ceritanya, adik dia tengah seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke lantai.
Berdentum bunyi dia. Dumm!
Sunyi sepi sekejap lepas tu terus menangis adik dia. Selalu adiknya jenis kuat. Tapi kali ni dia memang menangis tak berhenti.
Bila abangnya datang periksa, bahagian kiri kepala dah bengkak besar. Kawan-kawan kata kepala yang cecah lantai dulu. Allahu.
Jauhi 5 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Anak bukan trofi.
Bila keputusan anak cemerlang, maka pencapaian anak dicanang pada saudara mara dan kawan pejabat. Anak yang tak berapa bagus keputusannya pula termangu-mangu melihat telatah mak ayah.
Anak akan fikir dia cuma akan disayangi bila dia berjaya di sekolah.
2. Melabel anak dengan perkataan negatif.
Selalu juga saya berjumpa dengan mak ayah yang gelar anak sendiri pemalas, lembab dan degil. Yang anak akan faham, dirinya sentiasa ada kekurangan dan dia akan sentiasa salahkan dia sendiri.
Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.
Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.
Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.