Ya, saya faham perkongsian saya pada kali mungkin agak terlambat memandangkan kita tidak lama lagi akan menyambut lebaran,
Namun disebabkan terdapat nya 'الوصف الحاجي' ataupun 'المصلحي المتضمن لحفظ مقصودٍ في محل الحاجة' iaitu kemaslahatan umat dalam beribadah secara umum,
Maka terdetik bagi saya untuk tetap berkongsi bebenang ini, berkemungkinan sebilangan besar individu yang berkerja syif malam kebingungan tentang bagaimanakah cara untuk mereka juga mendapatkan kelebihan dan keistimewaan,
beramal pada malam hari bulan Ramadhan yang disajikan oleh Allah Ta'ala kepada hambaNya yang beriman. Justeru perlu kita memahami konsep ibadah solat sunat yang dituntut dikerjakan secara berjemaah seperti solat sunat Terawih juga dapat dilaksanakan secara persendirian,
Walaupun tidak dapat dinafikan pahala mengerjakannya secara berjemaah lebih banyak berbanding mengerjakannya secara persendirian,
Menurut al-Imam Haramain Al-Juwainī dalam kitab fiqhnya yang terulung Nihayatūl Mathlāb (m/s 2/367) menyebutkan tentang beberapa elemen yang dikategorikan sebagai keuzuran meninggalkan solat secara berjemaah, antaranya keuzuran secara umum dan keuzuran secara khusus,
Apakah bentuk elemen keuzuran yang dimaksudkan oleh al-Imam?, Keuzuran tersebut adalah ;
التخطي فيما يشُقّ عليه والامتداد به عُسرٌ ظاهرٌ.
- Kesulitan menghindari perkara penting yang agak susah untuk ditinggalkan oleh individu Mukallaf tersebut.
Keterangan al-Imam berkenaan permasalahan ini cukup kolerasi dengan situasi sesetengah individu yang tidak dapat menunaikan solat sunat Terawih dek kerana kesibukan tuntutan kerja, sehinggakan memenuhi tuntutan kerja sudah termasuk dalam kategori elemen keuzuran yang khusus,
Sebagaimana disebutkan oleh al-Imam ;
'قيام الإنسان على مالٍ لو تُرك لضاع أو خيف في تركه ضَياعُه'
- Individu yang berkerja mencari nafkah sara hidup tidak boleh meninggalkan tuntutan kerjanya kerana ia akan membawa kepada kesempitan hidup jikalau ia mulai meninggalkannya.
Ironinya situasi ini juga pernah diriwayatkan berlaku pada zaman baginda Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam ketika itu Saidina Muadz Bin Jabal yang memanjangkan bacaan dalam solat,
Di mana seorang lelaki memutuskan jemaah dengan disempurnakan solatnya secara persendirian lalu ia mengadu kepada Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam tentang kesibukan tuntutan kerjanya di siang hari, Rasulullah tidak menyuruhnya menqada'kan solatnya tersebut,
Bahkan lantas Rasulullah memarahi Saidina Muadz kerana bertindak memanjangkan bacaannya ketika itu, sila rujuk al-Lu'lu' Wal Marjān (m/s 1/96) dan Talkhīs al-Habīr (m/s 390).
Walaupun kita tidak dapat merangkul pahala solat berjemaah yang janjikan oleh Allah Ta'ala pada hambaNya, terutamanya janjian berlipat kali ganda ganjaran pahala yang dikerjakan pada malam hari bulan Ramadhan,
Kita masih dapat melaksanakan bilangan rakaat solat sunat Terawih atau solat sunat malam mengikut kadar kemampuan masing-masing,
Syara' juga tidak sesekali menyatakan mereka yang ditimpa keuzuran sebegini tidak mempunyai sebarang kelebihan dan keistimewaan dalam beribadah bagi mereka, bahkan kesulitan mengerjakan ibadah ketika melaksanakan tugasan dan tuntutan kerja,
Dilipatgandakan pahalanya dari sudut sejauh mana kesungguhannya dalam merealisasikan ibadah tersebut bersesuaian dengan kaedah ;
(١). العمل كلما كثر وشق كان أفضل مما ليس كذلك.
- Setiap amalan jika digandakan bilangannya dan sulit untuk mengerjakannya secara sempurna,
Maka pahala menunaikannya juga turut bertambah dan dilipatgandakan.
(٢). الأجر على قدر المشقة.
- Ganjaran pahala diukur mengikut kesusahan dan kesulitan melaksanakan ibadah tersebut.
Persoalannya, bagaimanakah situasi mereka yang sepanjang malam hari bulan Ramadhan melakukan tugasan kerja sebagai kelindan kenderaan berat?, Jawapannya mereka juga dapat menunaikan solat sunat Terawih persendirian atas kenderaan masing-masing dengan syarat-syarat tertentu,
Seperti dadanya menghala ke arah tempat yang ingin dituju tanpa berpaling arah, tidak melakukan pergerakan asing yang tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti memandunya dan sebagainya disebutkan secara terperinci dalam kitab-kitab fiqh,
Shaykh Bujairimi dalam syarahannya (m/s 1/460) menjelaskan ;
- Amalan atau ibadah yang pada dasarnya hukumnya adalah sunat diperluaskan konsep keberamalannya dan perlaksanaannya seperti diharuskan seseorang individu Mukallaf mengerjakan solat sunat secara memandu ketika permusafiran.
Tuntasnya, walau dimana kita berada, walau apa jua situasi yang kita sedang hadapi baik senang mahupun susah, kita tetap dianjurkan untuk meneruskan amal ibadah mengikut kadar kemampuan masing-masing, manakala ganjaran pahala sebaliknya bergantung kepada,
Kepada sejauh mana kesungguhan kita melaksanakan amal ibadah berkenaan,
رب عملٍ شاقٍ أو صغيرٍ أجره عظيم عند الله تعالى.
- Terkadang amalan yang sedikit dan agak sulit untuk dikerjakan namun kita tetap kerjakannya,
Pahala mengerjakannya disisi Allah Ta'ala amatlah besar ganjarannya.
١. ق ؛ النكاح مبني على اليقين والأصل فيه عدم الفراق أو الطلاق.
1. Umumnya dalam topik Munakahāt terdapat beberapa penelitian yang perlu diambil perhatian antaranya, pernikahan adalah suatu ikatan yang menghubungkan antara dua pihak secara yakin,
Pada asalnya[perkahwinan] tidak berlaku sebarang perpisahan antara dua pihak tersebut jika tidak berlaku sebarang perkara yang boleh menyebabkan berlakunya talak atau perceraian.
ولم تتعارض قاطبة الفقهاء والأصوليين ذات الصلة بين علمي الأصلين وهما اللغة العربية وأصولها والفقه وأصوله، ويسعى دورها أهميةً كبيرةً في تكوين الملكة الفقهية والأصولية الرصينة،
وتبنى هذه الملكات لتحقيق وتدقيق الفهم مقاصد الكلام الذي يسهم في التمكن من إعطاء الحكم الشرعي للقضية المطروحة إما برده إلى مظانه في مباحث الدلائل اللفظية وبالاستنباط في أدلته أو نصوصه الشرعية مع قواعدهه [الفقه] الكلية وقواعدها [الأصول] الجزئية والأطروحة صحيحة وأنا أوافقكم،
وقال الامام الجويني في كتابه غياث الأمم ص ٢٥٤ ؛ فلا بد من الارتواء من العربية فهي الذريعة إلى مدارك الشريعة، ولن ننفى أساسيتها للمجتهد والمفتى والفقيه والأصولي لأن ما صنف في هذين العلمين غالبا إنما هو من المطالب العربية،
Did you know that one of the most unique contributions of ancient Muslim civilization to all of humanity was creating a specialized wing for mental health treatment in traditional Islamic hospitals? These traditional healing centers- translated as “place of healing”-
were called Dar al-Shifa in Arabic, and Maristan was their shortened name in Farsi. They followed the Islamic principles of holistic healing- treatments for the mind, body, and soul. No stigma, just quality mental health treatments.
Here at Maristan- named after these incredible healing centers- our goal is to bring back authentic traditions and follow evidence-based best practices for mental health treatment in our communities.
Pemimpin & Ulama, saya rasakan dalam gambar ini menggamit dan mengimbau seribu satu makna berkaitan dua golongan tersebut, tidak disangka aturan Allah Ta'ala buat hambaNya YB Azeez Rahim sewaktu keberadaan beliau di Bumi Kinanah,
Mencuit hatinya yang mungkin saat kini gundah gulana dengan tanggapan, tohmahan dan jangkaan orang ramai buat pasukan pengaman beliau untuk bertandang ke rumah seorang tokoh ulama yang berasal daripada Hadramaut, Yaman yang kini bermukim di Mesir mendidik anak-anak nusantara,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ;
صنفان من الناس إذا صلحا صلح الناس وإذا فسدا فسد الناس، العلماء والأمراء وفي رواية الفقهاء والأمراء،
Al-imam Al-as'fahanī memuatkan hadis ini dalam Hilyatul Auliya' dan Alhafidz As-suyuthī dalam Jami' Soghirnya yang bermaksud ;
Tiadalah kehidupan yang sebenar bagi mereka yang gilakan kemasyhuran, jika anda seorang penuntut ilmu fokuskan tujuan utama anda sebagai penuntut ilmu tidak perlu melakukan sebarang lagak bebal kononnya menjadi 'orang tengah' antara kemelut influencer,
Semakin banyak kita bercakap semakin banyak salahnya itulah realitinya, usahlah diri ini banyak aib selaku penuntut ilmu, banyak lompang yang perlu kita tampung, habis tunggang langgang etika berkomunikasi dalam bahasa arab baik bahasa arab pasar Mesir mahupun bahasa arab Fusha',
Bila anda mulai tuturkan semisal 'ُوهو خرجْت' [dan ia individu tersebut aku keluar] apakah yang anda ingin sampaikan disini?, Sebegitu 'أنا مش عارف، لا أعرف ووو' apakah sebetulnya uslub ini digunakan oleh Arab Mesir?,