Pasangan ini menjalani proses persenyawaan in vitro dengan sperma dan telur mereka disenyawakan di dalam makmal sehinggalah menjadi embrio. Jujukan DNA embrio ini disunting menggunakan teknologi CRISPR supaya terlindung daripada penyakit HIV yang dihidap oleh si ayah.
Sasaran Jiankui ialah menyunting gen CCR5 iaitu gen yang digunakan oleh HIV untuk menceroboh sel.
Gen CCR5 disunting supaya tidak berfungsi, membuatkan HIV tidak dapat memasuki sel anak pasangan tersebut. Harapannya apabila lahir kelak, anak itu bebas daripada HIV.
Pada oktober 2018, anak pasangan tersebut lahir – kembar yang dikenali sebagai Lulu dan Nana.
Jiankui menerima banyak hentaman daripada ramai saintis di seluruh dunia kerana eksperimen yang dijalankan didakwa tidak beretika.
Dipendekkan cerita, pada 30 Disember 2019, kerajaan China mendapati Jiankui bersalah kerana memanipulasi dokumen dan tingkah lakunya tidak beretika. Beliau dihukum penjara selama 3 tahun bersama denda sebanyak 430 000 dolar.
Tipikalnya, gen mempunyai lebih daripada satu fungsi. Misalnya, gen yang memberi perlindungan daripada malaria turut memberikan penyakit sel sabit. Atas sebab inilah langkah keselamatan wajib diambil kira sebelum penyuntingan gen dilakukan.
Dibimbangi kelebihan yang diberikan kepada seseorang hasil daripada penyuntingan gen akan memberi mudarat kepadanya. Kadangkala penyuntingan satu gen dapat memberikan lebih banyak kelebihan tanpa ada kemudaratan.
Gen CCR5 pernah dilenyapkan dalam genom tikus & mendapati ia meningkatkan keupayaan kognitifnya seperti kekuatan ingatan dan meningkatkan daya belajar. Melenyapkan gen CCR5 juga dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk sembuh daripada strok dengan lebih cepat.
Penyuntingan gen yang dilakukan terhadap Nana dan Lulu yang asalnya bertujuan untuk meningkatkan perlindungan daripada HIV, mungkin akan meningkatkan keupayaan kognitifnya.
Walau bagaimanapun, saintis tetap berhati-hati dan masih skeptikal dengan eksperimen yang dijalankan oleh Jiankui. Terdapat beberapa kecacatan eksperimen yang telah dikenal pasti. Hasil Jiankui dapat dilihat apabila Nana dan Lulu mula membesar.
Kontroversi yang ditimbulkan oleh Jiankui menjadikan masyarakat awam mula sedar akan teknologi penyuntingan gen. Namun, projek Jiankui bukanlah yang pertama. Penyuntingan gen yang pertama terhadap manusia dilakukan pada tahun 2014 dengan jayanya.
Sekumpulan saintis menyunting gen CCR5 12 pesakit HIV. Hasilnya mendapati kadar virus HIV dalam 11 orang pesakit berkurangan dan seorang pesakit lagi sembuh daripada HIV.
Dijangkakan, di masa hadapan jika penyuntingan telah menjadi lebih selamat dan lebih lazim, kita mungkin bakal menyaksikan amalan mereka-bayi (baby design) yang mana ibu bapa dapat menentukan ciri-ciri fizikal dan sifat bayinya sebelum dilahirkan.
Saya muatkan tulisan ini dalam buku terbaru saya, Genesis II: Sapien & Neo-Manusia.
Boleh baca sinopsis buku tersebut di bebenang di bawah 👇
Sebentar tadi diumumkan saintis berjaya mencerap lohong hitam pusat galaksi kita, Galaksi Bima Sakti (Milky Way) melalui Event Horizon Telescope (EHT).
Lohong hitam ini berjisim 4.3 juta kali ganda lebih tinggi daripada Matahari & terletak di 25,800 tahun cahaya dari Bumi.
Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* dan ia terletak sekitar 25,800 tahun cahaya dari Bumi, bersamaan dengan sekitar 9.5 trilion km dari Bumi. Dengan kata lain, imej yang kita lihat ini merupakan imej 25,800 tahun yang lalu.
Sebelah kiri merupakan lohong hitam yang pertama kali saintis berjaya cerap iaitu pada tahun 2019, dikenali sebagai M87*. Ia terletak di galaksi Messier 87 iaitu berada di 53 juta tahun cahaya. Dengan kata lain, imej M87* merupakan imej 53 juta tahun lalu.
Genesis II mengisahkan sejarah besar manusia. Saya bahagikan sejarah besar manusia kepada lima bahagian - kemunculan manusia, Revolusi Kognitif, Revolusi Pertanian, Revolusi Industri sampailah ke Transhumanism.
Fasa pertama berlaku sejak 300,000 tahun lalu. Fasa pertama adalah fasa munculnya manusia (Homo Sapien) & merupakan fasa manusia paling primitif. Fasa ke-2 berlaku sekitar 70,000 tahun lalu iaitu tercetusnya Revolusi Kongitif, merupakan fasa keupayaan kognitif manusia berevolusi.
Manusia mula mahir berfikir secara abstrak, mahir berteori tentang alam di sekelilingnya, imaginasinya semakin luas, dapat menceritakan sesuatu yang tidak pernah mereka lihat dan dengari, pandai bermain musik, melakar seni dan mewariskan pengetahuan.
Pada 66 juta tahun lalu, dinosaur pupus dihentam oleh asteroid. Lebih 75% spesis pupus. Pada masa itu, asteroid ini hanya menghentam satu tempat sahaja, iaitu di perairan Semenanjung Yucatan.
Bagaimana hentaman satu asteroid boleh musnahkan hidupan Bumi?
1. Asteroid yang menghentam Bumi 66 juta tahun dahulu mempunyai diameter sepanjang 10 km. Saiznya lebih besar daripada gunung Everest. 10 km dari permukaan Bumi dapat cecah ruang udara pesawat.
2. Ketika masuk ke atmosfera Bumi, asteroid ini bergerak selaju sekitar 30,000 m/s iaitu sekitar 87 kali ganda lebih laju daripada bunyi.
Beberapa hari lepas, pemindahan organ haiwan dari organ khinzir kepada manusia berjaya dilakukan di Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama manusia berjaya menggunakan buah pinggang khinzir bagi menggantikan organnnya yang tidak berfungsi lagi.
Projek menggunakan organ haiwan dikenali pemindahan-xeno (xenotransplant) telah bermula sejak 70-an lagi. Pada ketika itu, saintis pernah menggunakan organ primat (chimpanzi, bonobo, dll) untuk menggantikan organ pesakit yang telah rosak.
Primat adalah calon terbaik pada waktu itu kerana anatomi & fungsi organnya menyamai manusia. Projek ini menemui kegagalan & dihentikan kerana terdapat banyak komplikasi & penolakan oleh tubuh pesakit. Organ primat memberikan risiko bawaan virus yang berbahaya kepada manusia.
Sejak Mo Salah bermain dengan Liverpool, percanggahan antara norma masyarakat British dan Islam semakin berkurangan — menandakan persepsi terhadap Islam dalam kalangan warga Liverpool semakin baik.
1. Pertama sekali sebab media selalu gambarkan Salah dengan nada yang positif. Pendedahan positif Mo Salah yang berterusan oleh media menjadikan peminat Liverpool FC memandang Islam hal yang positif. Media memainkan peranan sangat penting.
2. Disebabkan identiti Islam yang kuat pada Mo Salah (Salah menunjukkan dirinya seorang muslim kerana kelihatan sering bersujud dan berdoa) menjadikan tahap Islamofobia semakin menurun. Amnya, kalau Salah tidak tunjuk bawah dirinya Muslim, persepsi terhadap Islam tidak berubah.
Bila tiada pandemik, setiap saintis seluruh dunia akan buat penyelidikan berbeza, ada dana memasing. Bila ada pandemik, ramai saintis fokus untuk hasilkan vaksin, jadi kolam pengetahuan meningkat, dana pun fokus ke situ (dana jadi besar), kadar kecepatan kajian pun meningkat.
Sumber dana bukannya daripada seekor dua jutawan. Setiap institusi penyelidikan mempunyai penyumbangnya. Ada dari kerajaan, ada dari industri dan sebagainya yang masing-masing tidak berkongsi agenda yang sama. Bukannya Bill Gates seorang bagi dana seluruh kajian vaksin.
Ketika tiada pandemik, setiap pendana mempunyai visi dan aspirasi masing-masing nak buat penyelidikan apa. Apabila musim pandemik, ramai pendana fokus untuk kajian vaksin. Dari sinilah dananya jadi besar, pengetahuan bertambah pesat, penyelidikan jadi cepat.