Qing ialah kerajaan China yang didirikan oleh orang Manchu dari tahun 1644 hingga 1911.
Orang Manchu berasal dari utara China. Selepas kejatuhan kerajaan Ming (yang didirikan oleh orang Han) akibat pemberontakan dalaman, Manchu telah menguasai China dan mendirikan Qing.
Pada pandangan kebanyakan orang China (Han), Qing tidak mempunyai keabsahan untuk memerintah kerana Manchu dianggap sebagai kaum asing. Orang Han juga dizalimi dengan dipaksa untuk cukur rambut, simpan tocang dan tukar gaya pakaian.
Maka muncul pelbagai "secret society" yang anti-Qing seperti Tiandihui atau "Persatuan Langit dan Bumi" yang dikatakan diasaskan oleh Chen Jinnan (陳近南).
Tiandihui juga dikenali sebagai Hung Mun (洪門) dan menjadikan Fan Qing Fu Ming (反清復明) atau "Menggulingkan Qing, Mengembalikan Ming" sebagai perjuangan mereka.
Untuk melarikan diri daripada buruan kerajaan Qing, ramai ahli Hung Mun telah berhijrah ke Asia Tenggara (termasuk Tanah Melayu). Di Tanah Melayu mereka bergerak atas nama "kongsi" (公司) seperti Hai San (海山) Kongsi dan Ghee Hin (義興) Kongsi.
Untuk menjana pendapatan bagi support aktiviti, mereka juga terlibat dalam perniagaan yang haram di mata British, therefore diorang dipanggil "kongsi gelap".
Kongsi-kongsi ni juga fight sesama sendiri untuk rebut tanah dan bisnes, membawa kepada konflik seperti Penang Riot dan Perang Larut di Perak. Kata nak fight Manchu tapi last2 fight sesama sendiri.
Untuk mengelakkan perbalahan kongsi yang berlaku di Penang dan Perak, Kerajaan Johor pada abad ke-19 mengamalkan dasar "Ngee Heng Only", hanya membenarkan Ngee Heng iaitu cawangan Ghee Hin yang dianggotai oleh orang Teochew untuk bergiat di Johor.
Dengan itu perbalahan kongsi tak berlaku di Johor. Ngee Heng di Johor juga tak "segelap" kongsi gelap yang lain sebab sumber pendapatan utama mereka ialah perusahaan lada hitam dan gambir yang memberi sumbangan kepada pembangunan Johor.
Sebab tu nama Ngee Heng ada di merata Johor (Jalan Ngee Heng, Sekolah Ngee Heng), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka. Namun Ngee Heng telah diharamkan selepas 1914 apabila British menguasai Johor.
Ramai ahli Ngee Heng masih tidak lupa perjuangan asal iaitu menggulingkan Qing dan mengembalikan Ming. Tulisan 㳉 di kubur mereka adalah sebagai tanda "tidak bertuankan Qing". Kubur ahli-ahli tertinggi Ngee Heng di JB juga dinamakan sebagai Ming Mu (明墓) atau "Makam Ming".
Qing digulingkan pada tahun 1912 oleh nasionalis Han yang dipimpin oleh Sun Yat-sen. Namun Ming tidak didirikan semula. Sebaliknya China diisytiharkan sebagai republik.
Dengan itu, banyak cabang Hung Mun di luar China telah hilang matlamat perjuangan dan menjadi bisnes underground ala Mafia semata-mata. Antaranya seperti Triad di Hong Kong yang berasal dari cabang Hung Mun bernama Sanhehui (三合會).
Kalau perasan, nama geng dalam cerita Young & Dangerous dipanggil Hung Hing (洪興) , yang sebenarnya diilhamkan oleh Hung Mun. Nama watak Chan Ho-Nam (陳浩南) juga dekat2 dengan Chan Kan-Nam iaitu Chen Jinnan dalam sebutan Kantonis.
Tulisan Cina yang paling awal ialah Jiaguwen (甲骨文) pada zaman Shang yang wujud antara tahun 1600 hingga 1046 Sebelum Masihi, iaitu 3622 hingga 3068 tahun yang lalu.
Tulisan ini ditulis atas cengkerang (jia) kura-kura dan tulang (gu) haiwan, sebab tu dipanggil Jiaguwen yakni "tulisan cengkerang dan tulang". Orang putih panggil "oracle bone script" sebab cengkerang dan tulang ni dipakai oleh orang China purba untuk tujuan tilikan.
Sebelum zaman Silla, Semenanjung Korea terdiri daripada 3 negara utama iaitu Goguryeo, Baekje dan Silla (ada lagi satu negara bernama Gaya tapi tak penting sangat).
Ahli sejarah panggil zaman ni sebagai Samguk Sidae (삼국시대/三國時代) atau Zaman Tiga Kerajaan.
Tiga kerajaan ni saling berperang antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka juga menerima pengaruh budaya China seperti agama, tulisan dan pakaian. (Orang Silla nampak jambu sikit sebab budaya Hwarang).
Bila Soviet bubar, Ukraine jadi negara berdaulat yang boleh pilih siapa dia nak berkawan & buat pakatan. Dan Rusia tak mau jiran dia ni berkawan dengan NATO sebab itu akan mengancam keselamatannya secara langsung.
Rusia nak Ukraine kekal neutral atau pro-Rusia (macam Belarus).
Selalunya kerajaan pro-Rusia hasil daripada Ukraine timur. Macam Yanukovych (berasal dari Donetsk) yang memenangi pemilihan presiden tahun 2010. So sepanjang zaman Yanukovych jadi presiden, Ukraine-Rusia jadi buddy gitu. Tak ada ketegangan.
Perasan tak, kat dinding belakang tempat presiden US bagi ucapan di dewan House of Representatives, ada dua corak hiasan besar.
Corak ni namanya "fasces". Ia merupakan lambang yang berasal dari Tamadun Rom.
Apa kaitan US dengan Rom?
Fasces adalah alat kebesaran penguasa pada zaman Republik Rom (509-27 Sebelum Masihi). Pengawal pengiring (lictor) kepada penguasa akan membawa fasces ke mana saja penguasa pergi.
Lagi tinggi jawatan, lagi banyak fasces. Praetor ada 6. Consul ada 12. Diktator ada 24.
Dari fasces inilah datangnya istilah "fasisme". Diktator Itali semasa 1920-1930an, Benito Mussolini menjadikan fasces sebagai lambang gerakan dia, maka dia dan pengikutnya digelar sebagai "fasis".
Perkataan chaebol (재벌, ejaan baku jaebeol) berasal daripada perkataan Jepun zaibatsu (財閥). 財 bermaksud duit/kekayaan, 閥 bermaksud keluarga besar.
Jepun dah ada chaebol/zaibatsu sendiri sebelum WW2: Mitsubishi (keluarga Iwasaki), Mitsui, Sumitomo, Yasuda.
Sampai hari ini zaibatsu masih ada pengaruh dalam ekonomi Jepun, menerusi bank (Mitsubishi-UFJ, Sumitomo Mitsui, Mizhuo) dan syarikat perdagangan (sogoshosha) yang ditubuhkan bawah Group masing2. Cuma pengaruhnya tak sebesar zaman sebelum WW2 akibat kebangkitan syarikat2 baharu.
Kadar kemiskinan Korea adalah antara paling tinggi di kalangan negara maju, terutamanya di kalangan warga emas. Tak ada social safety net.
Sebab tu dalam cerita Korea selalu tunjuk orang tua-tua mati kesejukan tepi jalan. Benda tu memang berlaku.
Korea ni tak macam Malaysia dan Singapura, boleh guna GLC untuk buat "pengagihan semula pendapatan". Kat sana semua swasta yang kawal. Swasta lagi berkuasa berbanding kerajaan. Kerajaan tak boleh nak kacau, tetapkan syarat pekerjaan, pendapatan, harga rumah yang munasabah.