"Macam mana nak eja ABC dalam tulisan Cina?"

Tulisan Cina tak dapat dieja sebab tak wujud huruf/abjad Cina.

Apa yg wujud ialah "karakter". Kalau nak tulis "kuda", kena tulis 馬. Nak tulis "gunung", kena tulis 山.

Karakter2 ni sebenarnya berasal drpd lukisan.

#1Hari1TriviaKTC
Tulisan Cina yang paling awal ialah Jiaguwen (甲骨文) pada zaman Shang yang wujud antara tahun 1600 hingga 1046 Sebelum Masihi, iaitu 3622 hingga 3068 tahun yang lalu.
Tulisan ini ditulis atas cengkerang (jia) kura-kura dan tulang (gu) haiwan, sebab tu dipanggil Jiaguwen yakni "tulisan cengkerang dan tulang". Orang putih panggil "oracle bone script" sebab cengkerang dan tulang ni dipakai oleh orang China purba untuk tujuan tilikan.
Jiaguwen ini kemudian jadi makin ringkas, dan diselaraskan menjadi Zhuanshu (篆書) pada zaman Qin (221-204 SM). Kemudian pada zaman Han Timur (25-220), muncul Kaishu (楷書) yang dipakai sampai hari ini.
Tulisan Cina dalam bentuk asal adalah bersifat piktogram atau 象形(xiangxing). Piktogram ni macam gambar (picture - pictogram). Orang yang menulis tu lukis apa yang dia nampak. Nak tulis "kuda", lukis kuda. Nak tulis "ikan", lukis ikan. Nak tulis "matahari", lukis matahari.
Tapi piktogram tak dapat gambarkan konsep yang lebih rumit, maka karakter bersifat "ideogram" atau 指事 (zhishi) yang melambangkan idea (idea - ideogram) abstrak juga diperkenalkan.
Contoh ideogram ni macam nak tulis satu, buat satu line. Nak tulis dua, maka buat dua line. "Satu" dan "dua"ni bukan benda yang wujud tapi konsep/idea. "Atas" dan "bawah" juga adalah konsep/idea.
Ideogram juga dapat dihasilkan dengan menggabungkan piktogram. "Tangan atas mata" tu merujuk kepada aksi melihat. "Orang yang bersandar pada pokok" merujuk kepada aksi rehat. "Dua tangan yang saling berpegangan" merujuk kepada kawan. Lain macam kawan pegang tangan.
Ideogram bagi lelaki bermaksud "orang yang bajak sawah" sebab bajak sawah tu kerja lelaki dulu. Manakala ideogram bagi perempuan bermaksud orang yang duduk dengan gaya ayu & sopan. "Rumah yang ada perempuan" memberi gambaran suasana sejahtera.

Tapi ni dulu lah.
Selain piktogram & ideogram, terdapat karakter bersifat "phono-semantic compound" atau 形聲 (xingsheng). Karakter jenis ini ada 2 bahagian, satu melambangkan rupa (xing) atau sifat, satu lagi melambangkan bunyi (sheng).

Ayam, itik ni semua ada 鳥 sebab dlm kategori burung.
Sistem tulisan Cina ini dipakai untuk masa 2,000 tahun dan tak pernah ubah sejak zaman Han. Ini merupakan sebab utama tamadun dan budaya Cina dapat bertahan dan diwarisi dari generasi ke generasi tanpa putus.
Kebanyakan orang Cina hari ini tak ada masalah langsung untuk baca buku zaman Han. Tapi hanya insan terpilih je mampu baca BM zaman Srivijaya sebab tulisan dah tak sama.
Tapi kekurangan terbesar tulisan Cina ini ialah memakan masa untuk menulis. Kalau satu "stroke" (garisan karakter) tu ambil masa 0.5 saat untuk ditulis, nak tulis perkataan "murung" tu pun kena ambil masa 15 saat. Macam mana tak murung jadinya.
Jadi, tulisan ringkas atau 简体字 (jiantizi) diperkenalkan pada 1930an oleh Republik China (ROC) bagi memudahkan penulisan Bahasa Cina. Tapi ROC tak sempat nak kuatkuasa dah kena berperang dengan Jepun.
Hanya selepas ROC digantikan oleh kerajaan komunis Republik Rakyat China (PRC) pada 1949, baru Jiantizi dikuatkuasakan di seluruh China. Manakala Taiwan yang masih ditadbir oleh ROC dan Hong Kong di bawah penjajahan British tak pakai Jiantizi & kekal pakai tulisan tradisional.
Sekolah di Malaysia dan Singapura ajar tulisan ringkas. Tapi ramai masih dapat baca dan tulis tulisan tradisional sebab pengaruh budaya Taiwan dan Hong Kong. Ada juga yang kekal pakai tulisan tradisional atas alasan tulisan ringkas tak indah dan "merosakkan" tulisan.
Tulisan Cina juga pernah dipakai di Korea dan Vietnam, dipanggil sebagai Hanja dan Chữ Hán. Manakala Jepun masih kekalkan tulisan Cina (dipanggil Kanji) sebab sifat Bahasa Jepun tu lagi senang pakai Kanji berbanding Hiragana/Katakana.
"Hanja", "Chữ Hán", "Kanji" ni semua merujuk kpd Hanzi (漢字) iaitu nama rasmi bagi tulisan Cina yg bermaksud "tulisan orang Han". Kaum bukan Han di China seperti Mongol, Manchu & Tibet juga ada tulisan masing-masing.

Nak tau more, beli & baca KTC:

bit.ly/KTCAyman

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

May 18
Untuk tempoh hampir 1200 tahun, Korea melihat diri sebagai "China Kecil" (소중화/小中華/Sojunghwa).

Raja Korea di zaman Silla, Goryeo & Joseon menerima gelaran mereka dari China.

Mahkota maharaja China ada 12 rantai mutiara, raja Korea punya hanya ada 9.

#1Hari1TriviaKTC
Sebelum zaman Silla, Semenanjung Korea terdiri daripada 3 negara utama iaitu Goguryeo, Baekje dan Silla (ada lagi satu negara bernama Gaya tapi tak penting sangat).

Ahli sejarah panggil zaman ni sebagai Samguk Sidae (삼국시대/三國時代) atau Zaman Tiga Kerajaan.
Tiga kerajaan ni saling berperang antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka juga menerima pengaruh budaya China seperti agama, tulisan dan pakaian. (Orang Silla nampak jambu sikit sebab budaya Hwarang).
Read 21 tweets
May 17
Di Johor Bahru ada banyak kubur lama dengan tulisan 㳉.

Perkataan ni tak wujud dalam Bahasa Cina tapi dihasilkan dgn buang karakter 主 ("tuan") drpd 清 (Qing).

Ramai orang Cina JB pada abad ke-19 adalah ahli Ngee Heng, cabang Tiandihui (天地會) yg anti-Qing.

#1Hari1TriviaKTC Image
Qing ialah kerajaan China yang didirikan oleh orang Manchu dari tahun 1644 hingga 1911.

Orang Manchu berasal dari utara China. Selepas kejatuhan kerajaan Ming (yang didirikan oleh orang Han) akibat pemberontakan dalaman, Manchu telah menguasai China dan mendirikan Qing. Image
Pada pandangan kebanyakan orang China (Han), Qing tidak mempunyai keabsahan untuk memerintah kerana Manchu dianggap sebagai kaum asing. Orang Han juga dizalimi dengan dipaksa untuk cukur rambut, simpan tocang dan tukar gaya pakaian. Image
Read 15 tweets
Feb 13
Ukraine ni ada 2 bahagian: satu Ukraine orang Ukraine, satu Ukraine orang Rusia belah timur.

Dulu Rusia & Ukraine berada dalam entiti politik yang sama (Kesatuan Soviet), so benda ni tak jadi isu.

Selepas Soviet bubar pada 1991, baru ia jadi isu keselamatan Rusia & Ukraine.
Bila Soviet bubar, Ukraine jadi negara berdaulat yang boleh pilih siapa dia nak berkawan & buat pakatan. Dan Rusia tak mau jiran dia ni berkawan dengan NATO sebab itu akan mengancam keselamatannya secara langsung.

Rusia nak Ukraine kekal neutral atau pro-Rusia (macam Belarus).
Selalunya kerajaan pro-Rusia hasil daripada Ukraine timur. Macam Yanukovych (berasal dari Donetsk) yang memenangi pemilihan presiden tahun 2010. So sepanjang zaman Yanukovych jadi presiden, Ukraine-Rusia jadi buddy gitu. Tak ada ketegangan.
Read 11 tweets
Nov 4, 2021
Perasan tak, kat dinding belakang tempat presiden US bagi ucapan di dewan House of Representatives, ada dua corak hiasan besar.

Corak ni namanya "fasces". Ia merupakan lambang yang berasal dari Tamadun Rom.

Apa kaitan US dengan Rom?
Fasces adalah alat kebesaran penguasa pada zaman Republik Rom (509-27 Sebelum Masihi). Pengawal pengiring (lictor) kepada penguasa akan membawa fasces ke mana saja penguasa pergi.

Lagi tinggi jawatan, lagi banyak fasces. Praetor ada 6. Consul ada 12. Diktator ada 24.
Dari fasces inilah datangnya istilah "fasisme". Diktator Itali semasa 1920-1930an, Benito Mussolini menjadikan fasces sebagai lambang gerakan dia, maka dia dan pengikutnya digelar sebagai "fasis".
Read 20 tweets
Oct 4, 2021
Chaebol merujuk kepada syarikat conglomerate yang dikuasai oleh keluarga di Korea Selatan.

Ada 2 ciri di sini: conglomerate (syarikat yang terlibat dalam banyak bidang) dan dikawal keluarga.

Samsung, Hyundai, LG, SK, Babel Group are chaebols. Kakao, SM Entertainment bukan. Image
Perkataan chaebol (재벌, ejaan baku jaebeol) berasal daripada perkataan Jepun zaibatsu (財閥). 財 bermaksud duit/kekayaan, 閥 bermaksud keluarga besar.

Jepun dah ada chaebol/zaibatsu sendiri sebelum WW2: Mitsubishi (keluarga Iwasaki), Mitsui, Sumitomo, Yasuda. Image
Sampai hari ini zaibatsu masih ada pengaruh dalam ekonomi Jepun, menerusi bank (Mitsubishi-UFJ, Sumitomo Mitsui, Mizhuo) dan syarikat perdagangan (sogoshosha) yang ditubuhkan bawah Group masing2. Cuma pengaruhnya tak sebesar zaman sebelum WW2 akibat kebangkitan syarikat2 baharu. Image
Read 5 tweets
Oct 2, 2021
Sebab ketidaksetaraan pendapatan (income inequality) semakin naik di Korea.

Dalam kata-kata yang klise sikit: "kaya makin kaya, miskin makin miskin".

Even lagu BTS pun ada sebut pasal "sampo" "opo" - generasi baharu yang tak mampu berkahwin, beranak, bekerja dan beli rumah. ImageImage
Kadar kemiskinan Korea adalah antara paling tinggi di kalangan negara maju, terutamanya di kalangan warga emas. Tak ada social safety net.

Sebab tu dalam cerita Korea selalu tunjuk orang tua-tua mati kesejukan tepi jalan. Benda tu memang berlaku. Image
Korea ni tak macam Malaysia dan Singapura, boleh guna GLC untuk buat "pengagihan semula pendapatan". Kat sana semua swasta yang kawal. Swasta lagi berkuasa berbanding kerajaan. Kerajaan tak boleh nak kacau, tetapkan syarat pekerjaan, pendapatan, harga rumah yang munasabah.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(