Kaifeng adalah bandar di wilayah Henan di China tengah. Di sini ada satu kejiranan sekitar 500 hingga 1,000 orang yang mendakwa diri sebagai keturunan orang Yahudi.
Rupa mereka ni tak nampak beza dengan orang China Han biasa. Nama pun nama gaya Han. Macam 5 wanita tadi nama mereka adalah Li Yuan, Yue Ting, Gao Yichen, Li Jing dan Li Chengjin. Tak nampak mana keYahudiannya.
Tapi ada rekod sejarah yang menunjukkan mereka ni sebenarnya orang Yahudi. Asal-usul Yahudi Kaifeng ni tak dapat dikenal pasti. Kemungkinan besar mereka adalah Yahudi Mizrahi (Yahudi Timur Tengah) yang pergi ke China ikut jalan yang dipakai oleh pedagang Parsi.
Apa yang pasti, mereka tiba di Kaifeng iaitu ibu kota China ketika zaman Song Utara (960-1127). Seperti Muslim Hui pada zaman Ming, Yahudi ini juga dibenarkan menetap di China, cuma perlu ikut adat dan gaya hidup orang China (Han).
Ramai Yahudi ni memilih Zhao (趙) sebagai nama keluarga mereka iaitu nama keluarga maharaja Song. Li (李) juga popular bagi menggantikan nama suku Levi. Selain itu ada Ai (艾), Zhang (張), Shi (石), Jin (金), Gao (高) dan banyak lagi.
Tapi jangan terus ingat semua orang Cina yang pakai nama2 keluarga adalah Yahudi. Nama2 ni dah lama wujud dalam masyarakat China. Plus, bilangan Yahudi Kaifeng ni di kemuncak pun hanya sekitar 5,000 orang sahaja.
Berbeza dengan Buddhis, Muslim dan Kristian, Yahudi ni tak minat untuk menyebarkan agama mereka, dan duduk dalam kelompok mereka saja. Orang Han ketika itu pun tak tau sangat mereka ni beragama apa.
Ramai anggap mereka ni sebagai Hui sebab sinagog (tempat beribadah Yahudi) mereka tak ada berhala dan berkiblatkan barat. Ramai orang Han panggil sinagog mereka sebagai "qingzhensi" (清真寺), yang juga merupakan panggilan bagi masjid.
Ada yang panggil mereka sebagai "Lan Mao Huihui" (藍帽回回) yang bermaksud "Hui bertopi biru", merujuk kepada kippah Yahudi yang kebanyakannya berwarna biru.
Ada yang panggil mereka sebagai penganut Tiaojinjiao (挑筋教) atau "Agama Cabut Urat" sebab orang Han perasan mereka ni akan cabut urat kaki lembu/kambing semasa penyembelihan.
Itu amalan kosher Yahudi bernama "nikkur". Urat tu dipanggil "gid hanasheh" (no. 32 dlm gambar).
Tak kira dipanggil apa, yang pasti Yahudi di Kaifeng ni menikmati hidup yang aman sejahtera, yang tak dapat mereka rasa di Eropah, di mana mereka berdepan dengan diskriminasi dan penindasan.
Bukan saja Yahudi di Kaifeng boleh mendirikan sinagog, mereka juga boleh mengambil bahagian dlm peperiksaan dan jadi pegawai kerajaan.
Identiti sesebuah kaum akan jadi kuat apabila mereka rasa terancam.Yahudi Eropah yang didiskriminasi akhirnya jadi esktremis, menubuhkan gerakan Zionisme. Manakala di China, Yahudi terlalu selesa sampai akhirnya mereka melupakan jati diri sbg Yahudi.
Apabila mubabligh Kristian tiba di China pada abad ke-19, mereka menemui Yahudi Kaifeng ni dan perasan ramai mereka dah tak reti baca Talmud, tak tau sembahyang cara Yahudi.
Rabbi terakhir Kaifeng meninggal dunia pada 1850an. Sinagog mereka pun dah hancur, tanahnya dijual.
Jadi ramai orang Barat menubuhkan NGO untuk bantu Yahudi ni kembali ke jati diri mereka, seperti David Abraham Brown (kanan sekali) dari US dlm gambar yang bertarikh tahun 1924 ni.
Tapi tak sempat mereka nak menYahudikan semula Yahudi Kaifeng ni, China dah bergolak. Mula2 Kuomintang (KMT) berperang dengan "warlords", pastu Jepun serang China, pastu KMT berperang dengan komunis. Last2 China jadi negara komunis bernama PRC pada 1949.
Kerajaan PRC tak iktiraf Yahudi Kaifeng sebagai etnik tersendiri dan hanya mendaftarkan mereka sebagai Han. Selepas PRC membuka pintunya pada tahun 1978, baru orang2 Barat kembali ke China untuk bantu Yahudi ni.
Di kalangan generasi muda Yahudi Kaifeng ni ada juga yang teringin nak berhijrah ke Israel selepas tahu asal-usul mereka.
Tapi ikut "Law of Return" rejim Israel, seseorang diiktiraf sbg Yahudi berdasarkan nasab ibu. Kalau ibu Yahudi baru dipanggil Yahudi.
Yahudi Kaifeng pula ikut nasab bapa macam orang Han, jadi mereka tak layak jadi Yahudi bawah Israel. Kalau tak diiktiraf sebagai Yahudi, mereka berhijrah ke Israel pun jadi second class citizen je.
Tapi mereka boleh "masuk Yahudi" dengan memeluk agama Yahudi. Itu yang dibuat oleh 5 wanita ini. Mereka berhijrah ke Israel pada 2016 dgn bantuan NGO Israel. Tapi mereka perlu ikuti kursus agama Orthodox Judaism dan lulus ujian sebelum diiktiraf sebagai warga Yahudi Israel.
Yahudi sebagai salah satu kaum yang paling susah diasimilasikan pun akhirnya diasimilasikan di China. Itu menunjukkan betapa kuatnya identiti tamadun Cina.
Nenek moyang orang Hui merupakan orang Asia Tengah yang memasuki China semasa zaman pemerintahan Mongol di China (1234-1368). Kebanyakan mereka menetap di kawasan barat laut (seperti Gansu dan Ningxia) dan selatan (Yunnan). Di kawasan utara seperti Beijing juga ramai.
Zheng He iaitu pelayar terkenal pada zaman Ming adalah orang Hui dari keturunan orang Asia Tengah. Leluhurnya Sayyid Ajall Shams al-Din Omar berasal dari Bukhara dan dilantik sebagai gabenor Yunnan oleh kerajaan Mongol.
Sosok sebenar Hang Li Po masih menjadi misteri sebab namanya tak disebut dalam rekod sejarah China ketika itu iaitu Ming Shilu (明實錄) dan Ming Shi (明史).
Sedangkan nama-nama Sultan Melaka dicatat termasuk Sultan Mansur Shah (suami Hang Li Po).
Menurut rekod sejarah China ni, Kerajaan Ming (1368-1644) ada hubungan yang sangat baik dengan Melaka atau Manlajia (滿剌加). Maharaja Yongle mengurniakan sepasang "jubah naga bersulam emas" (金繡龍衣) kpd Parameswara & mengurniakan darjat "raja" (王) kepadanya. Level Korea ni.
Ming Shi juga mencatat bahawa Sultan Mahmud Shah hantar utusan ke China untuk minta bantuan semasa Portugis menyerang Melaka. Tapi lambat sampai. Bila sampai je dah nampak Portugis menyamar jadi orang Melaka duduk kat istana Ming. Maharaja Ming lepas tahu terus halau Portugis.
Tulisan Cina yang paling awal ialah Jiaguwen (甲骨文) pada zaman Shang yang wujud antara tahun 1600 hingga 1046 Sebelum Masihi, iaitu 3622 hingga 3068 tahun yang lalu.
Tulisan ini ditulis atas cengkerang (jia) kura-kura dan tulang (gu) haiwan, sebab tu dipanggil Jiaguwen yakni "tulisan cengkerang dan tulang". Orang putih panggil "oracle bone script" sebab cengkerang dan tulang ni dipakai oleh orang China purba untuk tujuan tilikan.
Sebelum zaman Silla, Semenanjung Korea terdiri daripada 3 negara utama iaitu Goguryeo, Baekje dan Silla (ada lagi satu negara bernama Gaya tapi tak penting sangat).
Ahli sejarah panggil zaman ni sebagai Samguk Sidae (삼국시대/三國時代) atau Zaman Tiga Kerajaan.
Tiga kerajaan ni saling berperang antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka juga menerima pengaruh budaya China seperti agama, tulisan dan pakaian. (Orang Silla nampak jambu sikit sebab budaya Hwarang).
Qing ialah kerajaan China yang didirikan oleh orang Manchu dari tahun 1644 hingga 1911.
Orang Manchu berasal dari utara China. Selepas kejatuhan kerajaan Ming (yang didirikan oleh orang Han) akibat pemberontakan dalaman, Manchu telah menguasai China dan mendirikan Qing.
Pada pandangan kebanyakan orang China (Han), Qing tidak mempunyai keabsahan untuk memerintah kerana Manchu dianggap sebagai kaum asing. Orang Han juga dizalimi dengan dipaksa untuk cukur rambut, simpan tocang dan tukar gaya pakaian.