"Tentera Terracotta – Pengawal Abadi Makam Qin Shi Huang."

Ini ialah salah satu calon 7 Keajaiban dunia. Tentera-tentera tanah liat yang memuatkan ratusan tentera di sebuah makam yang dipercayai menempatkan Maharaja Pertama China.
Maharaja Shi Huang di selain menyatukan seluruh China, baginda bertanggungjawab mengeluarkan standard mata wang, ukuran dan berat. Baginda juga bertanggungjawab membina versi pertama Tembok Besar China.
Antara peristiwa yang dianggap penting semasa era Shi Huang ialah peristiwa pembakaran buku dan pembunuhan filsuf-filsuf China (213-212 BC). Dalam peristiwa itu, 460 atau 700 orang cendekiawan mati dibunuh kerana ditanam hidup-hidup.
IKLAN: Kalau anda berminat dengan artikel peradaban China, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, KITAB TAMADUN CINA tulisan @AymanRashdanW yang sedang hangat best-selling di Shopee kami: - bit.ly/KitabTamadunCi…
Dan seperti digambarkan secara fiksyen dalam The Mummy: Tomb of the Emperor (2008), baginda juga amat obses dengan kehidupan bersifat abadi dan ini didorong oleh motivasi terlepas dari menjadi sasaran tiga cubaan pembunuhan.
Bukan seorang dua dihantar untuk mengkaji cecair yang memanjangkan hayat dan ada juga dihantar menyeberangi Laut Timur untuk mencari rahsia keabadian. Tetapi semua usaha itu berakhir dengan kegagalan dan Shi Huang memilih membina sebuah kompleks makam yang besar untuk dirinya.
Untuk menjayakan usaha ini, sebuah daerah baru dibuka dan 30,000 keluarga dipaksa berpindah ke wilayah kita kenali sebagai Shaanxi. Mereka diberi satu tugas: laksanakan pembinaan makam diraja terbesar yang pernah disaksikan dalam sejarah China
Kompleks makam baginda sebenarnya merupakan sebuah kompleks makam beberapa tingkat dengan keluasan 38 hingga 60 kilometer persegi. Buat masa ini, makam Shi Huang belum lagi diekskavasi tetapi dengan kehadiran tentera terracottanya, ia menjadikan sebagai makam terhebat di dunia.
Makam baginda yang sebenar merupakan sebuah piramid tiga tingkat dengan ketinggian 60 meter dan dikelilingi oleh dua tembok berganda.
Menurut legenda, Shi Huang turut menyimpan khazanah yang hebat dalam makamnya tetapi turut menyelitkan pelbagai jenis perangkap bagi sesiapa yang cuba menghampirinya.
Sima Qian mencatatkan dalam karya Shijinya, “Lebih 700,000 banduan dipaksa bekerja di situ. Mereka menggali tiga kolam, mengisinya dengan cecair perak dan memastikan makam terpelihara. Rumah-rumah, pegawai-pegawai, barangan berharga dan ganjil dipindah masuk ke dalamnya.
... Shi Huang turut mengarahkan golongan artisan menghasilkan busur silang yang boleh diaktifkan menerusi mekanisme tertentu di mana sesiapa yang melaluinya akan dipanah terus...
...Mereka turut menggunakan merkuri untuk menghasilkan sungai-sungai dan laut yang beredar secara mekanikal. Pada bahagian siling ialah objek-objek cakerawala manakala objek di lantai pula merujuk kepada mercu tanda tempatan.”
Lantai kompleks dengan model geografi dan alam semesta yang dicat simbolik dengan statusnya sebagai anak syurga dan wakil dewa-dewi di bumi. Menerusi catatannya, Qian mendapati gundik-gundik Shi Huang turut ditanam bersama maharaja berkenaan.
Bagi tentera terracotta pula, mereka seharusnya diletakkan dalam empat lubang tetapi hanya satu lubang saja yang diisi dengan tentera terracotta yang berukuran dua meter tinggi.
Ini berlaku berikutan makam berkenaan tidak dapat disiapkan selepas 40 tahun kemangkatan Shi Huang ditambah dengan gelombang ketidakstabilan politik yang melanda China antara 210 hingga 206 BC.
Berdasarkan rekod ekskavasi, mereka menemui 8,000 figura terracotta (7,000 tentera dan 800 kuda) dengan kebanyakannya dihasilkan secara besar-besaran dari tanah liat.
Walaupun dihasilkan secara besar-besaran, setiap tentera terracotta unik dari segi penampilan termasuk bentuk tubuh badan, bulu muka dan gaya ikatan rambut. Mereka dihasilkan mengikut pangkat masing-masing dari tentera infantri biasa hingga birokrat.
Selain diberi lapisan cat lakuer, tentera ini turut dicat dengan warna-warna cerah seperti merah, hijau dan kuning. Tentera-tentera terracotta ini turut dilengkapkan dengan senjata sebenar seperti pedang, anak panah, lembing dan tombak yang diperbuat daripada gangsa
Tetapi kebanyakan senjata berkenaan hilang sama ada dicuri atau digunakan dalam pemberontakan petani yang berlaku antara 210 hingga 206 BC.
Musuh-musuh Shi Huang juga turut mengambil kesempatan dengan menyerang makam berkenaan termasuk membakar dan merosakkan tentera terracotta serta merompak mana-mana khazanah yang boleh diambil.
Atas sebab itulah, sesetengah patung terracotta yang ditemui pakar arkeologi dalam keadaan tidak sempurna akibat kerosakan api, asap dan ditimbus tanah.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

Jun 30
"Apabila Mongol Memeluk Islam."

Ini ialah bangsa yang merosakkan Baghdad, menakluknya sehingga menamatkan terus zaman Keemasan Tamadun Islam dibawah Abbasiyyah. Tetapi bagaimana bangsa ini kemudian menjadi pengganut Islam yang taat? Ikuti kisah hidayah ini. Image
IKLAN: Tapi sebelum itu, kalau anda berminat dengan thread yang bercakap pasal sejarah Mongol, kami nak cadangkan pembelian buku kami, KITAB TAMADUN MONGOL yang boleh didapatkan di Shopee kami: ibit.ly/OEpo ImageImageImage
Empayar Mongol, yang diasaskan dari gabungan suku-suku Turkic-Mongol oleh Genghis Khan adalah salah satu empayar terbesar yang pernah wujud dalam sejarah.  Di bawah pemerintahan Genghis Khan dan anaknya Ogedei Khan, empayar ini menyaksikan perkembangan besar-besaran. Image
Read 27 tweets
Jun 28
"Senjata Api Mat Kilau Dan Tok Gajah."

Apa yang pasti peristiwa penentangan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu terhadap penjajah, bukan hanya dilakukan dengan bersenjatakan keris, tombak, parang, pedang dan sumpit sahaja tetapi mereka sangat banyak menggunakan senjata api. Image
Saya masih ingat lagi masa saya sekolah dulu di TV1 ada slot tayangan drama atau mungkin dokumentari pahlawan nasional seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Tokku Paloh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain. Saya sempat tengok episode Mat Kilau dan Dato Bahaman.
Tapi alangkah peliknya saya waktu tu dan rasa doif sangat dengan orang kita zaman dahulu sebab apa yang dipaparkan dalam rancangan tu ialah Dato Bahaman dan orang-orangnya serta Mat Kilau dan Tok Gajah lawan British macam stail Shaka Zulu , teriak-teriak 'serang!...serang!' Image
Read 18 tweets
Mar 2
"Betul Ke Bahasa Melayu Takde Jati Diri Dan Bahasa Ciplak?"

Tindakan PM, DS Ismail Sabri Yaakob yang telah bertutur Bahasa Melayu dengan pemimpin asing yang lain telah membawa kepada serangan Bangsar Bubble ke atas prestij dan jati diri Bahasa Melayu.

Oleh: Helmi Effendy
Jadi, jom kita bedah... seberapa banyak Bahasa Inggeris yang diagungkan oleh Bangsa Bubble ini, memiliki nilai "jati diri" yang diperkatakan. Sebelum kita nak bahaskan mengenai sebuah bahasa, kiranya saya tulis dulu mengenai bahasa dan kita belajar sedikit fakta mengenainya.
Kita belajar dulu kenapa Bahasa Melayu memiliki banyak pinjaman perkataan. Sebuah bahasa sebenarnya akan berevolusi sesuai mengikut peredaran zaman.
Read 32 tweets
Feb 16
BETUL KE BAHASA MELAYU JOHOR-RIAU ADALAH PEROSAK BAHASA KEBANGSAAN?

Entah kenapa, gegak gempita di Twitter bahawa sebutan seperti “saye, die, mane” adalah bentuk pencabulan bahasa, bentuk pengabaian penjagaan Bahasa Melayu sebagai kebangsaan. Image
Kemudian, pengguna Twitter ini pun mengatakan bahawa orang Borneo, yakni rakyat Sabah dan Sarawak adalah lebih menjaga Bahasa Kebangsaan berbanding orang Semenanjung. Benarkah dakwaan ini?
Pertama, kita perlu memperhalusi dakwaan bahawa “saye, die, mane” ini sebagai dialek mana. Apakah ia adalah dialek ciptaan yang memang untuk merosakkan bahasa?
Read 20 tweets
Feb 13
Ketika ini lebih 100,000 tentera Russia sudah tiba di sempadan Russia-Ukraine.

Kapal-kapal perang Russia juga mula tiba di Crimea melalui Selat Bosphorus dan latihan ketenteraaan sedang dilakukan di Belarus bersama askar Russia.

Oleh: Fathul Farisan Image
Di pihak NATO pula, bersama US dan UK, beribu-ribu askar sudah dihantar ke negara sempadan sekutu NATO seperti Poland dan Romania.

Bantuan senjata canggih juga sedang dibekalkan kepada Ukraine oleh US bagi persediaan menghadapi serangan Russia.
Perisikan US mengatakan perang sudah tidak dapat dielakkan, malah semua rakyat US sudah pun diarahkan leluar dari Ukraine.

Russia pula dalam keadaan terdesak kerana permintaan mereka agar NATO tidak masuk campur di Ukraine seolah tidak dilayan. Image
Read 14 tweets
Feb 12
Antara novel kami yang akan datang bawah label Mahakarya, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, sebuah karya Survival Thriller.

Cerita tentang bagaimana penumpang pesawat ini terpaksa berganding bahu untuk survive disebuah pulau yang pelik.

Ini thread tentang novel akan datang kami. Image
Cerita ini menampilkan pelbagai watak dari pelbagai latar belakang seperti doktor, bekas scammer, bekas tentera etc yang menimbulkan pelbagai konflik menarik dalam usaha mereka nak survive.

Ini ialah contoh gambaran watak-watak utama. ImageImageImageImage
Cerita ni bermain dengan soal etika dan moral, apakah ia lebih berat atau apakah satu dosa besar apabila manusia mula jadi pentingkan diri nak selamat? ImageImageImageImage
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(