Korang pernah tertanya tanya tak kenapa sumbang mahram diharamkan dalam agama Islam? Kenapa perkahwinan antara sepupu tak digalakkan?
Benda ni korang boleh tanya ahli keluarga diraja Habsburg dalam kubur dan kenapa diorang mati.
Sebagai pemula, ingin aku tegaskan konteks 'sumbang mahram' di sini ialah 'incest'. Bapak kahwin dengan anak etc.
Kahwin sesama sepupu bukan sumbang mahram, tapi pada masa yang sama, tak digalakkan.
Ok, kita sambung balik.
Sejarah keluarga Habsburg bermula dengan seorang bangsawan bernama Guntram si Kaya sekitar abad ke-10 Masihi. Setelah cucunya Radbot membina istana Habsburg, barulah mereka digelar Habsburg.
Untuk mendominasi politik, mereka kerap kali mengahwinkan anak anak mereka dengan bangsawan lain hinggalah Frederick III dipilih oleh Paus Nicholas V mengangkat baginda sebagai Maharaja empayar Holy Roman pada tahun 1452.
Kes sumbang mahram yang pertama berlaku selepas Philip I, anak maharaja Maximilian dan juga cucu Frederick III mengahwini Joanna daripada Castille, pewaris takhta diraja yang mengawal hampir keseluruhan Sepanyol.
Perkara ini mewujudkan cabang Habsburg di Sepanyol yang kemudiannya mendominasi perihal politik di sana.
Walau bagainmanapun, keluarga Habsburg Sepanyol kemudiannya mula mengahwinkan ahli mereka sesama sendiri untuk elakkan pergelutan kuasa.
Sepupu berkahwin dengan sepupu, dan pakcik dengan anak saudara perempuan mereka. Kalau korang tengok rajah bawah ni korang akan pening.
Sebelum kita masuk lebih mendalam tentang penyakit keluarga Habsburg, aku rasa aku kena cerita dulu tentang penyakit genetik.
Untuk memahami penyakit genetik, perkara asas yang kita perlu tahu ialah setiap manusia mempunyai separuh bahan genetik daripada ibu dan separuh lagi daripada bapa. Bahan genetik tersebut juga merangkumi gen rosak daripada ibu bapa kita yang mampu cetuskan penyakit.
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa kita bukan pembawa penyakit genetik, atau salah seorang sahaja yang ada, kebarangkalian anak mereka nak dapat penyakit tu rendah. Gen rosak ni kita panggil sebagai gen resesif.
Tapi kena faham jugaj, bukan semua gen resesif ni bawa penyakit. Macam rambut perang mata biru tu pun gen resesif juga, tapi bukan penyakit. Dalam konteks untaian ini ialah gen resesif yang bawa penyakit.
Gen resesif hanya dapat diaktifkan kalau si anak dapat gen resesif daripada ibu dan bapa. Kalau salah seorang sahaja yang ada, si anak ni akan jadi pembawa.
Sekiranya kita pembawa, dan kita juga berkahwin dengan pembawa, maka anak kita mempunyai peluang untuk dapat penyakit genetik tu sebanyak 25%. Kalau kita pembawa dan berkahwin dengan orang yang ada gen rosak tu, peluang tu naik jadi 50%.
Sebab itu pasangan yang mahu berkahwin kena lalui ujian darah hemofilia, sebab hemofilia ni termasuk penyakit genetik dan kebarangkalian dia nak dapat pun sama macam aku tulis tadi.
Sekarang, cuba teka macam mana nak dapat gen resesif dengan cara paling mudah selepas berkahwin dengan pesakit genetik? Dengan berkahwin dengan keluarga sendiri. Disebabkan bahan genetik antara keluarga ni lebih kurang sama, maka peluang nak dapat penyakit lagi senang.
Terma untuk benda ni disebut sebagai homozigositi. Kalau untuk sepupu-sepupu, perkahwinan yang pertama ni selamat walaupun masih berisiko, tapi kalau anak mereka ni pun kahwin sepupu jugak, yang ni tak selamat.
Disebabkan keluarga Habsburg ni kerap ada hubungan sumbang mahram, mereka tanpa sedar telah mewujudkan bermacam macam penyakit genetik kepada keturunan mereka. Sebagai contoh ialah hemofilia, ketidaksuburan dan rahang Habsburg.
Disebabkan masalah genetik jugalah tak banyak keturunan Habsburg mampu hidup lebih 10 tahun. Ada yang tergugur, ada yang mati selepas dilahirkan dan ada yang mati semasa tempoh neonatal.
Menurut kajian penyelidik daripada Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, kadar koefisi sumbang mahram daripada Philip 1 hinggalah Charles II (pemerintah terakhir Habsburg untuk empayar Sepanyol) telah meningkat daripada 0.025 kepada 0.254.
Ya lah, macam mana tak naik kalau Charles II tu sendiri anak Philip IV yang berkahwin dengan anak saudaranya, Mariana daripada Austria. Datuk Charles II tu pun sama macam - Philip II berkahwin dengan anak saudaranya, Anna daripada Austria.
Kadar koefisi 0.254 tu sudah taraf perkahwinan si ayah dengan anak perempuannya.
Untuk melihat contoh paling teruk penyakit genetik yang muncul sebab sumbang mahram, tengok sahajalah Charles II. Produk sumbang mahram selama 200 tahun.
Menurut catatan sejarah, baginda ni hanya mampu bercakap pada umur 4 tahun, belajar berjalan pada umur 8 tahun, pendek, mempunyai masalah penghadaman. Oh ya, baginda kerap kali kencing berdarah.
Diplomat Perancis mencatatkan Charles II sebagai seorang yang hodoh dan nampak seperti tengah sakit. Disebabkan rahang Habsburg Charles II yang terlalu ketara, baginda mempunyai masalah untuk bercakap
-dan lidahnya yang besar menyebabkannya susah untuk memakan dan air liurnya kerap meleleh.
Baginda juga tak mempunyai anak, barangkali dek ketidaksuburan dan mangkat pada umur 39 tahun.
Ini secara tak langsung menyebabkan empayar Sepanyol tak mempunyai pewaris takhta dan mewujudkan perang takhta.
Rasanya ahli keluarga diraja Habsburg yang bernasib baik ni Marie Antoinette je. Tak ada langsung gejala terkena penyakit genetik. Rupa pun lawa.
Tapi ya la, mak pak dia tak kahwin sumbang mahram walaupun keluarga Habsburg jadi dia selamat. Cumanya, baginda punya malang ni dekat benda lain, bukan kesihatan genetik.
Baginda kahwin dengan Raja Perancis Louis XVI masa zaman terakhir Ancien Régime. Ya, zaman nak dekat Revolusi Perancis.
Memang makan guillotine la jawabnya.
Sebab dia out of touch dengan rakyat. Harga roti naik, dia suruh rakyat makan kek. Haa, memang kena pancung dengan rakyat la jawabnya. Tu baru harga roti. Cuba kalau harga telur ke, minyak masak naik ke #eh
Berbalik kepada keluarga Habsburg, jadi apa yang kita boleh belajar daripada mereka?
Kononnya untuk kekalkan penguasaan, mereka berkahwin sesama sendiri. Barangkali mereka tak pernah menyangka inilah punca kejatuhan mereka.
Jadi, belajarlah daripada keluarga Habsburg tentang kenapa sumbang mahram tak dibenarkan.
Dengan kolam genetik yang sangat kecil, maka makin banyaklah penyakit genetik lain muncul.
Disebabkan itulah, aku sebagai ahli biologi lebih menggalakkan kalian berkahwin dengan orang sangat jauh hubungan genetiknya dengan anda. Macam kahwin dengan mat saleh ke, Jepun ke, begitu.
Fuhh punchline.
RUJUKAN:
Aku ada cerita pasal genetik dan juga misteri pewarisan genetik darah dalam buku BIOLOGIA dan sekiranya korang nak baca dengan lebih mendalam, boleh lah korang beli pada:
Keluarga Habsburg ni mungkin keluarga bangsawan paling berpengaruh dekat Eropah kot sebab banyak monarki Eropah ada darah diorang, dan waktu diorang mendominasi politik Eropah, perang perang taraf World War 0 semua jadi masa diorang.
Tu yang bila diorang takde jadi power vacuum teruk. Perang gila gila macam War of Spanish Succession sebab bila Charles II mati, takhta gi waris kat Louis XIV. Masalahnya, Louis ni raja Perancis jadi bila jadi gitu, dia akan jadi maharaja Perancis dan Sepanyol.
2 Great Power masa tu. Ibarat US gabung UK. China gabung India. Gila hape memang semua negara lain terancam tu yang perang tu. Rasanya @AymanRashdanW akan cerita pasal diorang ni dalam buku dia ADIKUASA
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sebagai pemula, ni bukan rajutan anti antibiotik ya. Relaks, farmasis huhuh. Jangan maki aku 😂.
Ni cuma nak bagi pencerahan pasal mikrobiom. Kita semua maklum pasal konsep ekosistem. Ada pokok, ada haiwan, ada benda tak hidup macam matahari dan tanah.
Semua ni, baik benda hidup dan benda tak hidup mainkan peranan sesama sendiri. Kita ambil contoh, hutan. Dekat hutan ada pokok yang jadi makanan haiwan herbivor. Haiwan herbivor dimakan haiwan karnivor. Semua hidupan ni akan mati dan dimakan oleh detritivor (pembangkai gitu).
Ok, untaian kali ni mungkin agak bangang bunyinya, tapi korang pernah terfikir tak kenapa kerandut zakar lelaki (scrotum) berada di luar badan?
Dia macam soalan bodo tapi mesti korang tertanya tanya jugak kan?
Ya, ada penjelasan sains di sini.
Untaian sains organ dan...seks?
Jangan tanya kenapa soalan ni boleh muncul tiba tiba dalam kepala otak aku. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa. Ia…tiba tiba muncul. Tapi, itulah…benda ni misteri juga bagi aku.
Ok sebelum apa apa, aku nak letak disclaimer. Aku sedang berbincang tentang ilmu biologi, jadi jangan fikir pelik pelik pasal apa yang aku nak bincang. Anggaplah ni pendidikan untuk dua belah jantina.
Waktu korang tengok gambar ni mungkin korang akan terfikir, ni gambar dalam mulut ke? Tapi kenapa ada bulu bulu dekat situ?
Ni bukan mulut ya. Ni dalam ovari manusia. Jadi, kenapa boleh ada gigi dan bulu rambut dalam ovari ni?
Untaian sains sel stem!
Gigi dan bulu rambut tu boleh muncul situ sebab ovari tu terkena tumor. Jadi apa kaitan tumor dengan gigi dan bulu rambut ni?
Untuk jawab benda tu, kita kena cerita pasal topik lain.
Korang pernah terfikir tak dari mana datang kita punya sel dan tisu badan. Dari mana sel kulit kita berasal? Dari mana sel darah kita dicipta? Mesti ada pencipta dan pengilangnya kan? Jawapan untuk hal ini ialah sel stem.
Bisa ular adalah antara toksin paling merbahaya di dunia. Setiap tahun dianggarkan lebih 3 juta orang dipatuk ular dan 80 ribu orang mati dipatuk ular.
Tapi korang tau tak kita secara teknikalnya boleh makan kepala ular sekali dengan bisa dia dan kita masih selamat?
Ada sesetengah bahan racun dan bisa daripada haiwan adalah bahan toksin jenis protein. Kebanyakan toksin yang sangat merbahaya adalah jenis protein disebabkan sifatnya yang sangat spesifik dan tepat. Gambar di bawah ni contoh rupa model protein bisa ular.
Misalnya, setitik bisa ular kapak mengandungi enzim (bahan protein) yang menyebabkan darah menjadi bergumpal, seterusnya menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya kematian.
Katakanlah korang lalu lalang di kawasan tasik. Contohnya tasik di kawasan rumah aku yakni Taman Tasik Cempaka di Bangi (a.k.a Taman Tasik Maksiat). Korang perasan tak bau air tasik ni agak berbau tak macam di sungai dan laut?
Benda ni buat aku teringat masa semasa tahun ketiga aku di universiti, aku telah terlibat dengan program SASET di mana kami perlu menanam anak pokok hutan dek kebakaran di hutan sekitar Tasik Bera. Seterusnya, kami bergerak ke Tasik Bera untuk kajian lapangan kami.
Air di situ, sekalipun air paip mahupun tandas awam, pasti berbau seperti tasik. Memang bau tasik kaw kaw.
Jadi, kenapa air tasik berbau busuk? Inilah apa yang membuatkan aku terfikir sepanjang kajian lapangan itu dibuat.
Pengguna Twitter hanya merangkumi 30% daripada total rakyat Malaysia, dalam 2 juta lebih. Sedangkan FB pula merangkumi 70% rakyat Malaysia, dalam 20 juta lebih. Kebanyakan pengguna Twitter adalah golongan urban dan orang muda. FB pula urban dan luar bandar, golongan tua dan muda.
Jadi sebab tu walau bangang macam mana pun pengguna FB, sentimen mereka boleh diterjemahkan kepada pandangan majoriti rakyat Malaysia, sedangkan Twitter tidak. Pandangan pengguna yang kebanyakannya urban dan muda ni terlalu kecil untuk mewakili pandangan total rakyat kita.