Hari Kemerdekaan ❌
Hari KEBANGSAAN ✅

(uliran ⬇️)

#Merdeka #Malaysia #DemiNegara #HariKebangsaan Image
Istilah "Hari Kemerdekaan" atau "Hari Merdeka" dipetik daripada Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan (b. Inggeris: "Merdeka Day"), yang merujuk kepada 31 Ogos 1957, iaitu hari Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ditubuhkan, menandakan berakhirnya campur tangan British di Malaya. Perkara 160(2) Perlembagaan...
Sebelum tarikh tersebut, kawasan yang bakal menjadi negara Malaya itu terdiri daripada 10 kuasa berasingan. 9 daripadanya merupakan Raja-raja Melayu yang berdaulat, dan kuasa kesepuluh ialah British (Negeri-negeri Selat) yang menguasai Melaka dan Pulau Pinang. Image
Walaupun terdapat campur tangan daripada pihak British di dalam urusan pentadbiran negeri-negeri beraja ketika itu, British tidak pernah sesekali menjajah atau menakluk mana-mana daripada negeri tersebut. Status mereka hanyalah sebagai negara luar yang berurusan secara diplomatik Image
Status negeri-negeri Melayu sebagai negeri yang berdaulat dan tidak dijajah British jelas diakui oleh mahkamah Britain sendiri.

Rujukan di bawah: kes mahkamah Britain, DUFF DEVELOPMENT COMPANY LIMITED v. GOVERNMENT OF KELANTAN AND ANOTHER (1924) Image
Parlimen Britain dengan lebih jelas menggariskan pada tahun 1957 itu tersendiri bahawa negeri-negeri Melayu tersebut tidak pernah pada bila-bila masa menjadi tanah jajahan British.

Rujukan di bawah: Hansard House of Commons United Kingdom, 12 Julai 1957 Image
Ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan istilah keramat "MERDEKA" pada 31 Ogos 1957, Baginda bukanlah merujuk kepada negara Malaya itu merdeka daripada jajahan British. Malaya baru sahaja ditubuh sebagai sebuah negeri berdaulat, dan tidak dijajah oleh sesiapa. Image
Di dalam Pengisytiharan Kemerdekaan yang menyebut perjanjian antara Queen Elizabeth dan Raja-raja Melayu, jelas termaktub bahawa hanya Melaka dan Pulau Pinang sahaja yang dimerdekakan oleh British.

Negeri-negeri lain hanya terlibat dalam pembentukan sebuah negara baharu (Malaya) Image
Hal ini telah diperjelaskan oleh sejarawan, Prof Emeritus Khoo Kay Kim, yang dengan tegasnya mengatakan British hanya MENOLONG menjalankan pentadbiran negeri-negeri Melayu. British tak pernah menjajah ataupun memerintah. Mereka hanya pekerja yang dibayar dengan hasil tanah Malaya
Kita HAMPIR dijajah ketika Malayan Union hendak ditubuh sebagai cara licik oleh British untuk menjajah Malaya. Namun, pejuang-pejuang kita berjaya menghalang impian tersebut daripada direalisasikan, dan kemudian British mengalah malah menyerah jajahan mereka kepada kita. Image
MENGAPA HARI MERDEKA?

Istilah Hari Merdeka tercetus daripada Pengisytiharan Kemedekaan, yang, bukan sahaja merujuk kepada kemerdekaan Melaka & Pulau Pinang daripada jajahan, tetapi juga negeri lain daripada >campur tangan<

Namun, kedaulatan negeri₂ tersebut tak pernah digugat. Image
BIASA ORANG GUNA HARI MERDEKA?

Hari Merdeka memang sering digunakan bagi tarikh ini sejak dulu. Namun oleh kerana beberapa sebab, nama rasmi bagi sambutan ini telah diubah kepada "Hari Kebangsaan" bagi mengelakkan orang ramai daripada terus percaya akan mitos bahawa kita dijajah Image
Tambahan pula, istilah Hari Merdeka kurang sesuai dalam konteks ke-Malaysiaan kerana wilayah Sabah dan Sarawak tidak merdeka daripada British pada tarikh 31 Ogos, & sebaliknya pada 16 September iaitu Hari Malaysia. Maka, penggunaan Hari Merdeka adalah kurang relevan bagi mereka. Image
MENGAPA KITA NEGARA KOMANWEL?

Malaysia sebahagian daripada negara-negara Komanwel atas beberapa sebab. Selain status empat negeri sebagai negeri bekas jajahan British, Negeri-negeri Melayu Bersekutu turut pernah menjadi sebahagian daripada naungan British, namun kekal berdaulat. Image
Kita seharusnya bangga kerana bertuah tidak dijajah. Tidak perlulah kita mencela sejarah sendiri dengan membesar-besarkan kuasa luar seolah-olah mereka pernah menjajah kita, walhal mereka sendiri mengakui tidak pernah menjajah tanah ini.

Selamat Hari Kebangsaan! 🇲🇾

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Ali Karim

Ahmad Ali Karim Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(