Surah al-Fatihah ialah surah yang mengumpulkan intipati al-Quran secara keseluruhannya.

Surah ini menjadi kesimpulan kepada tujuan-tujuan al-Quran diturunkan.

Manakala surah yang lain selepas al-Fatihah pada hakikatnya menghuraikan apa yang terkandung dalam surah ini. Image
Menurut Imam Ibn Qayyim, terdapat tiga tujuan surah al-Fatihah diturunkan:

1) Memperkenalkan kepada makhluk siapakah Tuhan yang layak disembah.

2) Menjelaskan cara-cara pengibadatan dan kehambaan.

3) Menjelaskan interaksi dan penerimaan manusia terhadap cara-cara ini.
Dari sudut mesej, surah ini mengandungi:

1) Penerangan asas-asas dan cabang-cabang agama Islam.

2) Ibadat dan pensyariatan hukum.

3) Keimanan kepada hari Akhirat.

4) Keimanan kepada sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna.

5) Mengkhususkan ibadat hanya kepada-Nya.
6) Permohonan bantuan dan doa.

7) Permohonan agar ditunjukkan ke jalan yang benar.

8) Permohonan agar dikurniakan keteguhan untuk mengikut jalan orang yang soleh dan menjauhi jalan orang yang dimurkai dan sesat.

9) Pengkhabaran kisah-kisah umat terdahulu.
Mesej-mesej ini terdapat dalam 7 ayat surah al-Fatihah.

Ringkas tetapi padat. Maka sebab itu surah ini dinamakan Ummul Quran (induk al-Quran), kerana ia berjaya merangkumi kesemua intipati penting al-Quran.

Surah-surah lain yang selepasnya ibarat huraian kepada surah ini.
Disebabkan permohonan petunjuk adalah sepenting-penting permohonan yang perlu diminta oleh para hamba, maka Allah SWT mengajar kita melalui surah ini cara untuk memohonnya.

Dimulakan dengan pujian pada ayat 1-4:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam."

"Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

"Pemilik Hari Pembalasan. "
Manakala pada ayat 5, kita mengiktiraf hanya buat-Nya segala ibadat dan begitu juga hanya Dia tempat memohon pertolongan:

"Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan."
Selepas memuji Allah SWT barulah kita memohon hajat terbesar diri kita, iaitu ditunjukkan jalan yang lurus (ayat 6).

Diperincikan bahawa jalan itu ialah orang yang telah diberi nikmat, dan diminta agar dijauhkan daripada jalan yang dimurkai dan jalan orang yang sesat (7).
Menurut Imam Ibn Asyur, permohonan petunjuk mengisyaratkan kepada keperluan untuk memiliki ilmu.

Disifatkan ada jalan yang bersifat lurus dan ada jalan yang bersifat sesat mengisyaratkan bahawa ada ilmu yang benar dan ada ilmu yang bercampur aduk dengan kebatilan.
Sesiapa yang menyedari dua hakikat ini, maka dia telah mempersiapkan dirinya untuk mengikuti jalan yang terbaik.

Juga mempersiapkan diri untuk menjauhi jalan-jalan kesesatan yang kadang kala merentangi dan menghalangi jalan-jalan kebenaran.

Makna ini terkandung pada ayat 7.
Kenapa kita perlu sentiasa memohon hidayah?

Menurut Ibn Qayyim, ini kerana tidak ada penghujung bagi hidayah.

Setiap kali kita memperoleh sesuatu hidayah, akan ada hidayah yang lebih besar dan lebih tinggi.

Maka sebab itu kita memohonnya dalam solat sebanyak 17 kali sehari.
Kesimpunnya, keseluruhan 113 surah selepas al-Fatihah adalah untuk menjelaskan hakikat ini:

1) Sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT.

2) Tauhid dari sudut ibadat dan permohonan.

3) Jalan orang yang diberi nikmat, jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.
Wallahu'alam.

Rujukan:

1) Tafsir Ibn 'Asyur.
2) Nazarat fi Suwar al-Quran.
4) al-Muharrar fi al-Tafsir.
5) Fainni Qarib, Sinopsis 30 Juzuk al-Quran, @jejaktarbiah.
@jejaktarbiah Semoga bermanfaat!

Terima kasih kerana membaca.

Ikuti saya @fakhrifadzli untuk membaca perkongsian tentang al-Quran.

RT tweet di bawah ini untuk berkongsi manfaatnya kepada orang lain.
Dapatkan buku saya #FainniQarib: Sinopsis 30 Juzuk al-Quran.

Ditulis untuk mendekatkan pembaca dengan mesej al-Quran.

Alhamdulillah sehingga kini buku ini dicetak sebanyak 12 000 naskhah.

Didatangkan dengan edisi softcover dan hardcover.

Dapatkan: bit.ly/fainniqarib_

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri | Buku Terbaru Februari 2025!

Fakhri | Buku Terbaru Februari 2025! Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

Apr 6
Allah SWT makbulkan doa bukan kerana panjang lafaznya.

Bukan juga kerana indah bahasanya.

Tapi kerana hati orang yang berdoa itu sudah tak bergantung kepada sesiapa.

Selain daripada Allah SWT.

Saatnya ketika segala usaha gagal.

Semua orang sudah tak mampu tolong. Image
Kita angkat tangan dalam keadaan lemah dan paling kosong.

Itulah yang disebutkan sebagai doa orang yang terdesak.

Dan Allah sendiri tanya:

“Siapa lagi yang memperkenankan doa orang yang terdesak menderita, apabila dia berdoa kepada-Nya?"(Surah al-Naml: 62)
Allah SWT tak terus beri jawapan.

Dia biar kita fikir.

Siapa lagi yang kita ada, tatkala segalanya hilang?

al-Imam al-Qurtubi ketika huraikan ayat ini, beliau kata, doa dalam keadaan terdesak akan melahirkan keikhlasan.
Read 8 tweets
Mar 19
“Kalau Allah sayang, kenapa Dia uji?”

Soalan ini bukan @muzzashark sahaja yang tanya.

Ramai yang fikir perkara yang sama.

Cuma tak semua berani luahkan.

Tapi sebelum kita bincang tentang ujian, kita kena tanya satu soalan yang penting:

Apa tujuan hidup kita sebenarnya?
Kalau tujuan hidup adalah untuk senang, kaya, bahagia, tanpa sebarang masalah, maka ujian memang tak masuk akal.

Sebab pastinya bagi kita, kasih sayang mestilah bermakna kesenangan.
Tapi kalau kita percaya hidup di dunia ini adalah ujian dan Akhirat itu kehidupan sebenar, maka ujian bukan tanda Allah benci.

Tapi bukti kecaknaan dan perhatian Allah kepada diri kita.

Itu adalah tanda yang sebenarnya Allah peduli tentang diri kita.
Read 15 tweets
Mar 1
Sejak semalam saya cuba nak faham.

Kenapa Hakim Mahkamah Persekutuan ketepikan hukuman mati terhadap 6 bekas pelajar UPNM ini dan kekalkan penjara 18 tahun?

Sampailah saya terbaca ulasan peguam Hanif Hasan di fb, baru saya faham.

Saya akan cuba terang dengan cara yang mudah.
Apa yang berlaku?

Zulfarhan dibuli dan didera dengan seterika.

Luka melecur sangat teruk dan ada 90 kesan lecur teruk tahap 1 hingga tiga, meliputi 80% badannya.

Perbuatan ini kejam? Ya kejam.

Cuma adakah perbuatan ini LAZIMNYA menyebabkan kematian?
Di sinilah Mahkamah Persekutuan buat pertimbangan berdasarkan saksi pakar, Dr Salmah Arshad.

Beliau ialah ahli patologi yang jalankan bedah siasat ke atas jenazah mangsa.

Pada mulanya, beliau setuju yang kecederaan itu lazimnya boleh menyebabkan kematian.
Read 15 tweets
Feb 3
Sepanjang tulis buku tentang doa para Anbiya', saya rasa doa Nabi Ayyub ialah antara doa yang paling mindblowing.

Sebab doa baginda bukan permintaan secara direct pun, namun Allah tetap makbulkan.

Inilah rahsia di sebalik doa Nabi Ayyub. 🧵
Baginda gambarkan keadaan dirinya dengan satu kalimah sahaja iaitu الضر yang bermaksud kemudaratan:

أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلضُّرُّ

"Sesungguhnya aku ini ditimpa kemudaratan ..." (21: 83).

Menurut al-Raghib al-Asfahani, ada tiga aspek kemudaratan dalam kalimah al-Dhur ini.
Pertama, kemudaratan pada diri disebabkan kekurangan ilmu, kelebihan dan kemuliaan.

Kedua, kemudaratan pada badan seperti kehilangan anggota badan atau tidak lengkap anggota badan.

Ketiga, kemudaratan pada luar diri seperti kekurangan harta dan pangkat.
Read 11 tweets
Mar 26, 2024
Emosi kita akan sentiasa cuba untuk dimanipulasi untuk secebis interaksi di media sosial.

Ketika bani Israil lakukan provokasi terhadap Nabi Musa, baginda berdoa,

أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Aku berlindung daripada menjadi dalam kalangan orang jahil."
Antara maksud lain kalimah jahil menurut Imam Ibn Faris ialah ketidakmampuan mengawal emosi.

Nabi Musa berlindung daripada menjadi orang yang tidak mampu kawal emosi.

Bani Israil juga sedar yang Nabi Musa ada sifat garang dan tegas.

Mereka sengaja mencabar emosi baginda.
Namun baginda juga sedar yang jika baginda terbawa-bawa dengan provokasi kaumnya, baginda akan hilang kesabaran.

Maka baginda berlindung kepada Allah SWT yang hilang kawalan terhadap diri sendiri.
Read 5 tweets
Nov 7, 2023
Pagi tadi saya dengar ulasan Haji Zainal Rashid, bekas wartawan yang pernah masuk ke Gaza.

Saya setuju dengan pendapat beliau tentang larangan untuk mereka yang menunaikan umrah agar tidak menunjukkan apa-apa yang berkaitan Palestin.

Sekurangnya ada 2 point of view.
Point of view 1.

Mekah dan Madinah ialah dua tempat yang menjadi tumpuan Umat Islam dari seluruh dunia.

Jika ada sebahagian umat Islam mengangkat bendera Palestin, ini akan membuka ruang untuk umat Islam yang lain menonjolkan apa sahaja perjuangan mereka.
Mereka yang menyokong Hezbollah, akan menunjukkan bendera Hezbollah.

Orang Uyghur akan mengangkat bendera Turkistan Timur.

Orang Rohingya akan mengangkat bendera mereka.

Orang Hamas/Fatah akan mengangkat bendera organisasi mereka.

Tidak mustahil demonstrasi akan dilakukan.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(