Soalan yang bagus. Benar, untuk sesetengah keadaan, ubat perlu dimakan sepanjang hayat.
Tapi pertama sekali, kita kena faham apa definisi ubat.
Ubat adalah apa apa bahan yang bila dimasukkan ke dalam badan, ia boleh MERAWAT, MENGAWAL, atau MENCEGAH penyakit.
Jadi fungsi ubat ni bukan semata mata menyembuhkan penyakit. Kerap kali fungsi yang lebih penting adalah mengawal penyakit supaya badan kekal sihat.
Kebiasaannya, ubat mengawal ini adalah untuk penyakit penyakit tidak berjangkit. Contohnya kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dll.
Ubatan bagi penyakit ini perlu dimakan sepanjang hayat. Jika diambil konsisten mengikut dos, komplikasi buruk kesihatan dapat dicegah.
Ada juga ubat yang boleh merawat penyakit. Contohnya antibiotik untuk membunuh jangkitan kuman.
Atau ubatan untuk melegakan sakit akibat inflamasi. Ia dapat menghilangkan kesakitan dengan mengurangkan inflamasi.
Namun begitu, ubatan seperti ini kadangkala adalah bersifat melegakan simptom. Rawatan lain, sama ada bentuk ubat atau bukan, diperlukan untuk menyembuhkan punca masalah.
Sejenis lagi ubat adalah untuk mencegah penyakit. Yang paling popular sudah pasti vaksin. Kita ambil sebelum virus menjangkiti kita.
Selain itu, satu contoh lagi kombinasi ubat untuk menghalang HIV. Ia dipanggil Pre Exposure Prophylaxis atau ringkasnya PrEP.
Kombinasi ini diambil oleh golongan yang tidak menghidap HIV tetapi mengamalkan gaya hidup berisiko, atau mempunyai pasangan yang dijangkiti HIV.
Namun begitu ubat ini juga perlu diambil setiap hari secara berpanjangan selagi mana risiko jangkitan masih ada.
Secara ringkas, begitulah cerita ubat untuk mengawal, merawat dan juga mengelakkan penyakit.
Apa pun ubat yang anda dapat, ia hanya berkesan pada dos dan aturan yang betul.
Jadi, jangan abaikan kepatuhan terhadap pengambilan ubat!
Tahu tak sekarang Malaysia sedang gubal akta untuk menghalang penjualan produk tembakau dan vape kepada mereka yang lahir pada tahun 2005 dan berikutnya?
Akta ini mendapat tentangan industri vape. Sebab apa?
Jelas target jualan mereka adalah generasi muda.
Lihat saja cara mereka promosi vape. Dengan gimik gimik yang menarik minat remaja. Jual melalui sesi live.
Tujuan mereka bukan untuk ‘harm reduction’. Mereka ingin membentuk penagih baharu.
Sebab itu mereka beria-ia ingin menghalang akta ini.
Lagi merisaukan apabila mereka seolah olah dapat sokongan dari pihak-pihak tertentu terutamanya ahli politik.
Adakah ahli politik ini dijamin bebas dari pengaruh industri tembakau dan vape?
Adakah masa depan generasi kurang penting berbanding masa depan parti mereka?
AEFI wujud. Tidak dinafikan dan saya tidak memandang ringan terhadap perkara ini.
Namun begitu, kerisauan terhadap AEFI boleh jadi melampau sehingga tidak rasional.
Ini sesuatu yang perlu diperbetulkan dengan fakta.
Ini adalah laporan statistik berkaitan pelaporan AEFI sehingga Disember 2021.
Dari laporan ini, kadar pelaporan bagi kes AEFI serius dan kematian untuk setiap 1000 dos untuk dos penggalak adalah secara konsisten sama atau lebih rendah dari dos primer (dos 1&2)
Harus diingatkan pelaporan tidak bermaksud “causal relationship” telah dibuktikan.
Walaupun hanya berdasarkan pelaporan, secara statistik, AEFI penggalak adalah rendah berbanding dos primer.
Jadi kenapa tular di media seolah-olah dos penggalak ini berbahaya?