Kisah betapa bahayanya fitnah & berita palsu, mungkin tak ramai yang pernah dengar pasal sos cili Aminah Hassan ni..
Dulu mmg ia sgt popular, tapi jenama ni 'jatuh' bila ada khabar angin selepas pengasasnya meninggal dunia..
Thread 👇
Hebatnya jenama ni sebab ia bukan je popular di Malaysia tetapi berjaya tembus pasaran United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara di Asia Barat, Arab Saudi, Kuwait dan Dubai..
Difahamkan, bisnes ini bermula sejak 1966 dan diusahakan sendiri oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan.
ia bermula secara kecil-kecilan di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.
GAMBAR HIASAN
Hingga akhirnya perniagaan perniagaan berkembang, kilang pengeluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang.
Sekarang, ia diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan.
Didakwa punca kejatuhan drastik produk tersebut adalah bila muncul khabar angin bahawa syarikatnya dimiliki bangsa lain & syarikat telah dijual slps pengasasnya meninggal dunia.
Justeru pengguna beralih ke jenama lain dan terpaksa ditutup operasi kerana alami kemerosotan jualan.
Justeru dikatakan pihak syarikat Aminah Hassan menjelaskan perkara sebenar & menafikan khabar angin yang telah tersebar.
Mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya seketika.
Tapi kini, sos cili jenama Aminah Hassan telah mula dijual semula di beberapa lokasi tertentu sahaja..
Terkadang kita tak sedar, cepat sangat percaya, atau sebarkan benda yang tak pasti,
tapi pernah fikir tak impaknya kepada mereka yg terkesan?
Like & Follow twitter @MySamudera . Kami suka kongsi info terkini ‘Luar kotak’ dari sisi berbeza mengenai isu semasa dalam & luar negara.
Terkini: Pemangku Raja Pahang Perkenan DUN Pahang Dibubarkan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi umumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini.
Menurut Menteri Besar Pahang, ia untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Azlan Man turut mengumumkan DUN Perlis dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan Raja Perlis utk membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU15.
Pilihan Raya sinonim dengan Manifesto kan?
.
Ini Kami Kongsikan 4 Manifesto paling ‘Tak Masuk Akal’ yang pernah dijanjikan Ahli Politik Dunia demi tawan hati pengundi..
.
Thread 👇🏻
[1] Demi Raih Undi, Janji Bawa Rakyat Lawat Jerusalem, Israel.
Parti Bharatiya Janata (BJP) pernah menjanjikan penduduk di daerah Nagaland, India.
Majoriti penduduk di sana beragama Kristian.
Apa yang parti ini janjikan ketika itu adalah akan membawa penduduk melawat Jerusalem, Israel sebagai habuan mengundi BJP semula sebagai kerajaan.
Dikatakan ahli politik akan mencabut nama 50 org penduduk yg layak untuk melawat Jerusalem secara percuma.
Perbentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 2.30 Ini.
.
Apa harapan anda dalam BELANJAWAN 2023 kali ini?
Rakyat Malaysia menanti adakah bajet ini bakal membawa perubahan kepada aspek pemulihan negara pasca pandemik
dan mampukah ia mentransformasi ekonomi jangka panjang ke tahap lebih baik?