Fakhri Profile picture
Oct 21 15 tweets 3 min read
Keteguhan Dalam Mendepani Ujian Harta

Salah satu ujian yang disebutkan dalam surah al-Kahfi ialah ujian harta.

Ini dapat dilihat pada kisah lelaki yang memiliki dua kebun dengan lelaki beriman yang miskin (ayat 32-44).
Dalam kisah ini kita dapat melihat bagaimana lelaki beriman yang miskin dengan teguhnya menghadapi kesombongan dan kekufuran lelaki yang kaya raya.

Melalui kisah ini juga kita dapat melihat bagaimana harta boleh menjadikan manusia lupa kepada pemberi & pengurnianya iaitu Allah.
Ini adalah antara fitnah akhir zaman yang sedang dan akan terus berlaku, manakala kemuncaknya akan tiba dengan ujian Dajjal yang terbesar.

Bagaimana lelaki yang beriman tersebut menghadapi ujian harta?
Beliau tidak merasakan dirinya hina kerana miskin dan tidak memiliki harta.

Ketika berhadapan dengan lelaki kaya tersebut beliau tidak mengatakan, “Aku ini tidak sehebat engkau.”
Beliau tidak merasakan lelaki yang kaya itu hebat kerana memiliki harta.

Tetapi dia berkata,

إِن تَرَنِ أَنَا۠ أَقَلَّ مِنكَ مَالٗا وَوَلَدٗا

“… Kalau engkau memandangku sangat kurang memiliki harta dan anak, berbanding denganmu.”
Seolah-olahnya beliau berkata,

“Engkau yang memandangku kurang, tetapi sebenarnya di sisi Allah SWT aku tidak kurang meskipun aku tidak memiliki harta.”
Beliau yakin bahawa nilai kemuliaan dirinya bukan pada harta dan kekayaan yang melimpah ruah, tetapi pada akidah dan keimanannya.

Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang mulia dan siapakah yang hina.
Dunia boleh menjulang seseorang sebagai sosok yang mulia, namun belum tentu di sisi Allah SWT dia ialah mulia.

Lelaki yang beriman ini mengajar kita untuk memiliki keteguhan jati diri dan juga memiliki pandangan yang betul terhadap harta.
Bahawa harta yang dikurniakan kepada seseorang bukan petanda bahawa Allah SWT memuliakannya.

Begitu juga harta yang terhalang daripada seseorang bukan petanda bahawa Allah SWT menghinakannya.
Ini kerana Allah SWT mengurniakan harta kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Allah SWT mengurniakan harta kepada Qarun dan mengurniakannya juga kepada Abdul Rahman bin Auf r.a.. Kedua-dua mereka memiliki harta, namun natijah mereka berbeza.
Qarun memiliki harta sebagai istidraj yang menjauhkannya daripada Allah SWT, manakala Abdul Rahman bin Auf r.a. memiliki harta sebagai kurniaan yang mendekatkan dirinya kepada-Nya.

Meletakkan harta sebagai penanda kemuliaan dan kehinaan adalah pandangan yang sangat cetek.
Dalam menghadapi ujian harta pada akhir zaman ini, binalah kepercayaan yang seteguhnya bahawa apa sahaja yang kita miliki adalah ujian kepada kita.
Kekayaan itu adalah ujian adakah kita dapat bersyukur manakala kemiskinan juga adalah ujian untuk memperlihatkan adakah kita dapat bersabar.
Maka kisah Pemilik Dua Kebun yang terdapat dalam surah al-Kahfi ini, kita mengulang bacanya pada setiap minggu untuk membetulkan pandangan kita terhadap harta agar kita tidak terpedaya dengannya.

Wallahua'alam.
Dapatkan buku saya #FainniQarib: Sinopsis 30 Juzuk al-Quran.

Ditulis untuk mendekatkan pembaca dengan mesej al-Quran.

Alhamdulillah sehingga kini buku ini dicetak sebanyak 12 000 naskhah.

Didatangkan dengan edisi softcover dan hardcover.

Dapatkan: bit.ly/fainniqarib_

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri

Fakhri Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

Oct 17
Menarik apabila membaca tentang al-Taswir al-Fanni (seni senimatografi) dalam al-Quran.

Bagaimana al-Quran dengan perkataan-perkataannya mampu menghasilkan visual yang seolahnya dapat dilihat di hadapan mata.

Ini yang tidak dapat digambarkan dengan terjemahan semata-mata.
Contohnya firman Allah SWT tentang keadaan Nabi Zakariyya a.s:

وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْباً
Terjemahan biasa:

"... telah putih melepaklah uban di kepalaku"

Namun ada keindahan ayat ini yang tidak terungkap dalam terjemahan biasa.
Kalimah اشْتَعَلَ dari sudut bahasa Arab bemaksud menyala atau terbakar. Catch fire. Flare up.

Terjemahan literalnya:

" ... dan telah ‘terbakar’ rambut di kepalaku menjadi uban."

Baik. Visualkan dalam minda:

1) Rambut berwarna hitam.
2) Ada percikan api menyala di kepala.
Read 7 tweets
Oct 16
Masih tercari-cari video Maula ini sampaikan ceramah.

Sebab dia datang dari Morocco, negara yang ada tradisi ilmu yang hebat dari sudut hafalan dan kefahaman.

Antara yang datang ke Malaysia baru-baru ini ialah Sheikh Said al-Kamali.

Ke Maula ni memang datang tayang diri je?
Kalau ada video dia mensyarahkan kitab atau sekurang-kurangnya berikan ceramah dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Melayu mohon kongsikan.

Kalau tak ada, maksudnya tak ada bezalah dia dengan orang arab di Bukit Bintang tu.

Beza pakaian je.
Ini baru betul ulama.

Sheikh Dr Said al-Kamali. Syarahkan lailahaillallah je 15 minit dari sudut bahasa Arab. Dengan khilaf ahli nahu lagi.

Mana ada kitab depan beliau.

Semua dari ingatan.

Macam nilah sewaktu di Malaysia baru-baru ini.
Read 14 tweets
Oct 12
Sheikh Said al-Kamali di penghujung majlis baru-baru ini membaca sebuah doa.

Dalam rakaman kuliah yang lain, beliau menggalakkan untuk membaca doa yang mengandungi makna yang sangat agung ini.

Doa ini dibaca oleh Nabi Muhammad SAW selepas tasyahud akhir dan sebelum salam.
Doa tersebut:

اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْب، وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ

Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan ilmu-Mu yang tersembunyi dan kekuasaan-Mu terhadap makhluk
أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي

Hidupkanlah aku selama Engkau mengetahui kehidupan ini baik buatku dan matikanlah aku jika Engkau mengetahui kematian lebih baik buatku.
Read 10 tweets
Oct 11
Sampai dah.

Novel @inibukujiwa yang dinanti-nantikan!
Puisi. Lalu Alam Mengirim Kaca.
Untuk pembeli #patah, kami di @jejaktarbiah dah mula proses membungkus.
Read 4 tweets
Oct 10
Berkongsi nasihat Sheikh Dr Said al-Kamali yang saya rasa sangat terkesan hari ini.

Salah seorang hadirin meminta kepada beliau untuk menceritakan pengalaman mempelajari Mazhab Maliki dan ilmu Hadis serta guru-guru beliau supaya dapat dijadikan qudwah oleh para hadirin. Image
Sheikh Dr Said al-Kamali menjawab:

إذا كنت لا بد مقتديا، فاقتد بمن قد مات. فإن الحي لا تؤمن عليه الفتنة

“Jika engkau perlu untuk mencari contoh, contohilah mereka yang telah mati. Sesungguhnya orang yang masih hidup tidak terjamin selamat daripada fitnahً.”
Kemudian pesan Sheikh:

“Bacalah Siyar A’lam al-Nubala’*. Pada kitab ini terdapat qudwah yang mencukupkanmu. Kitab ini mudah didapati, maka dapatkanlah.”
Read 10 tweets
Sep 20
Betul. Nabi kita, Muhammad SAW dikebumikan hampir tiga hari setelah kewafatan.

Kata Ummul Mukminin Aisha r.a:

تُوُفِّيَ النَّبِيُّ -صلى اللَّه عليه وسلم- يَوْمَ الِاثْنَيْنِ، وَدفْنَ لَيْلَةَ الْأَرْبِعَاءِ

"Nabi SAW wafat pada hari isnin dan dikebumikan pada malam hari Rabu."
- Hadis riwayat Ahmad nombor 24790.

Dalam riwayat yang lain, beliau berkata:

مَا عَلِمْنَا بِدَفْنِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى اللَّه عليه وسلم- حَتَّى سَمِعْنَا صَوْتَ الْمَسَاحِي مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ لَيْلَةَ الْأَرْبِعَاءِ
"Tidak kami ketahui pengebumian Rasulullah SAW sehingga kami mendengar bunyi cangkul-cangkul pada malam hari Rabu."

- Hadis riwayat Ahmad nombor 24333.
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(