Fakhri Profile picture
Nov 15 11 tweets 2 min read
Pesan Selfcare Kisah Maryam

Maryam a.s melalui pelbagai kegetiran dalam hidup.

Bermula dengan dikejutkan dengan kedatangan Jibril a.s yang menyerupai lelaki ketika beliau sedang beribadat. Image
Tidak cukup dengan itu, beliau dikhabarkan bahawa akan mengandungkan seorang anak sedangkan dirinya tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.

Apa lagi yang menambahkan luka kepada dirinya lebih daripada ini?
Seorang wanita yang suci, berketurunan mulia dan ahli ibadat kini akan disyaki melakukan perbuatan keji.

Kemuliaan dirinya telah jatuh di mata masyarakat yang menyanjungnya. Hancur.

Sehingga tiba saat Maryam a.s ingin melahirkan Isa a.s.
Beliau membawa dirinya jauh daripada masyarakatnya.

Berjalan dalam keadaan sarat mengandung. Kesakitan.

Akhirnya di bawah sepohon tamar, beliau melahirkan Isa a.s. Bersendirian.

Beliau telah sampai ke kemuncak kesedihan.
Namun pada waktu itu beliau dipesan agar makan dan minum:

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.” (Maryam: 26)

Makan dan minum adalah perkara asas yang tidak perlu terlalu ditekankan.
Manusia akan memenuhi keperluan nalurinya tanpa perlu disuruh.

Namun tatkala menghadapi ujian, antara aspek yang sering terabai adalah selfcare.
Kita terlupa bahawa diri juga perlu dijaga dan haknya perlu ditunaikan.

Seperti Maryam yang dipesan agar ujian yang dilaluinya tidak menjadikannya lupa daripada menjaga dirinya.

Makan. Minum. Tenangkan hati.
Kedukaan tidak seharusnya menjadikan kita kehilangan nikmat hidup yang lain.

Maka buat anda yang sedang diuji dan berada di titik terendah dalam hidup, take care of yourself.
Begitu juga andai ada kalangan sahabat anda yang sedang melalui fasa kesedihan, tanyakan khabar mereka.

Pertanyaan seperti, “Dah makan ke belum?” kelihatan kecil, tapi ini mengisyaratkan bahawa ada orang yang masih cakna dengan mereka.
Dalam dunia yang semakin tenat ini, jangan memandang rendah satu kebaikan walaupun hanya sepatah kata-kata.

Kita tidak tahu, kata-kata baik kita mungkin menjadi kelegaan kepada orang lain.

Fakhri Fadzli
Dapatkan buku saya #FainniQarib: Sinopsis 30 Juzuk al-Quran.

Ditulis untuk mendekatkan pembaca dengan mesej al-Quran.

Alhamdulillah sehingga kini buku ini terjual sebanyak 9000 naskhah.

Didatangkan dengan edisi softcover dan hardcover.

Dapatkan: bit.ly/jtxjiwa

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri

Fakhri Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

Nov 1
Waktu edit buku tadi, saya mengetuk meja beberapa kali.

Sampai @iamsimonmalik tanya kenapa? Tiba-tiba ketuk meja. Saya masih waras. 😂

Sebenarnya saya sedang membayangkan maksud nama surah al-Qari'ah.

Sebab al-Qari'ah berasal daripada kalimah قرعُ iaitu mengetuk.
Hari kiamat yang bakal tiba dinamakan secara literalnya sebagai Hari yang Mengetuk.

Bayangkan jika kita tengah "tenggelam" dalam kerja atau sesuatu urusan, sehinggakan tidak sedar dengan sekeliling.

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu dengan sangat kuat.
Mesti kita akan terkejut.

Silap-silap boleh jadi kelam kabut apabila pintu cuba dipecahkan.

Begitulah gambaran Hari Kiamat yang bakal tiba.
Read 5 tweets
Oct 31
Sama macam saya.

Akhirnya beli mesin kopi sendiri. Kira kos secawan latte dalam RM2.5 (serbuk kopi + susu). Mesin dan alat-alat tu sekali je beli.

2x sehari x 365 hari = RM1825+-.

Jauh beza dengan mengopi kat luar.

Pukul 6 pagi dah boleh mengopi dengan tenang.
Dengan bajet RM500+- dah boleh ada set espresso yang lengkap.

Sini saya kongsikan.

Paling penting kena ada mesin espresso.

Banyak jenama kat shopee.

Saya pilih jenama ini. Mana-mana pun okay. Asalkan 15 bar ke atas.

shope.ee/1q1eSf6eCP

RM327.80
Kedua kena ada coffee scale.

Sebab nak timbang serbuk kopi, susu. Ni siap dengan timer.

Nanti kalau nak cuba pour over pun boleh guna.

RM23.10

shope.ee/1AlxfbR918
Read 17 tweets
Oct 26
Gembiranya andai ditanya apakah yang kita faham selepas membaca sesebuah buku, kita dapat ceritakan apa yang kita fahami.

Sebab buku ditulis supaya dapat difahami maksudnya.

Itulah tujuan daripada "membaca".
Andai dengan kalam manusia kita cuba memahami dengan sebaiknya, maka dengan kalam Allah SWT sepatutnya kita perlu lebih berusaha.

Inilah pendorong utama untuk saya menulis buku FainniQarib: Sinopsis 30 Juzuk al-Quran. Image
Untuk sesiapa yang ingin 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧.

Buku ini ialah sebuah manual untuk setiap yang sedang mencari.

Mencari bimbingan dan panduan al-Quran.
Read 6 tweets
Oct 26
Baru-baru ni baca satu artikel James Clear, penulis buku Atomic Habit.

Beliau timbulkan persoalan, kenapa kita buat keputusan yang teruk dalam hidup?

Adakah sebab tak tahu? Atau kurang will power?

Dua dua bukan. Jawapannya tak dijangka.
Sebenarnya manusia buat keputusan yang teruk disebabkan decision fatigue.

Kelesuan dalam membuat keputusan.

Rupanya, kemampuan kita untuk buat keputusan sama seperti otot.

Semakin banyak digunakan, ia akan semakin lesu.
Ini berdasarkan tinjuan di mahkamah di USA.

Tentang keputusan parol (pembebasan awal) yang dibuat oleh hakim-hakim.

Berdasarkan data, banduan yang dibicarakan pada waktu awal pagi akan lebih mudah untuk dapatkan parol.

Tapi semakin hampir tengahari, akan semakin susah.
Read 14 tweets
Oct 23
Baca thread ni rasa boleh kaitkan dengan apa yang nak disampaikan.

Rupanya daripada So Good They Can’t Ignore You.

Cal Newport memang dah argue yang follow your passion ialah nasihat yang tak tepat.

Sebab kebanyakan orang tak ada pre-existing passion pun untuk diikuti.
Jadi nasihat follow your passion adalah seperti lingkaran.

Menyebabkan kita berpusing di tempat yang sama.

“Do not follow your passion” kata Cal Newport.

Jadi apa yang kita boleh buat?
Sebelum itu kata Cal Newport, tak ada kajian yang menunjukkan pre-existing passion dapat berikan kesan kepada job satisfication.

Maksudnya jika kita ada passion dan jadikan itu sebagai career, ia tak menjamin kita akan dapat job satisfication.

Tidak ada data yang buktikan.
Read 15 tweets
Oct 23
Nabi Yusuf mengajar kita untuk memiliki self consciousness dan melihat kebaikan pada setiap ujian.

Dipenjara atas fitnah dan kesalahan yang tidak dilakukan, tidak menjadikan baginda hilang kawalan diri dan nilai hidup.
Nabi Yusuf yang Allah SWT sifatkan sebagai muhsin (orang yang baik) di luar penjara, juga kekal menjadi muhsin ketika di penjara.

Ketika di penjara, baginda memanfaatkan peluang untuk berdakwah kepada dua orang lelaki yang bersama dengannya dan menakwilkan mimpi mereka.
Sedangkan baginda sendiri difitnah dan dipenjara secara zalim, tetapi itu tidak menjadikan baginda hilang pertimbangan dan tenggelam dalam kesedihan sendiri.

Nabi Yusuf yang membawa kebaikan tetap meneruskan misi tersebut walau diri baginda sendiri disakiti.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(