Ada 1 orang kawan saya ni mengadu.

Anak dia selalu tidur lewat. Pukul 1 pagi pun dia masih duk berjalan ke ruang tamu. Dah serupa burung hantu tak tidur-tidur.
Dia tanya saya kenapa jadi macam tu.

Rupanya lepas saya tanya itu ini, dia bagitahu anak dia suka guna handphone sampai ke lewat malam. Dia akan tengok semula video dan gambar sendiri yang mak ayah dia pernah ambil.
Saya pun terangkan pada dia usah biarkan anak kita mengadap gajet 1 jam sebelum tidur.

1) Gajet hasilkan cahaya khas dinamakan sebagai Blue Light.

2) Otak anak yang terdedah pada Blue Light akan fikir waktu tu masih siang.
3) Ia akan buatkan paras hormon melatonin jadi rendah dan anak susah nak tidur awal.

4) Paras hormon melatonin (hormon tidur) jadi tinggi bila bilik tidur digelapkan atau suram.
Yang paling saya takutkan adalah kesan daripada tidur lewat tu sendiri.

Waktu tidur malam yang terganggu tu akan berterusan hingga ke waktu siang.
Anak akan jadi kurang peka, tak dapat beri perhatian dan tak dapat fokus di rumah dan di sekolah. Boleh juga anak jadi hyperaktif, impulsif, pemarah dan sampai jadi malas.

Bantu saya #sebarkan supaya anak-anak kita semua dapat tidur yang cukup dan berkualiti.
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.
 
Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 150,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ bit.ly/TikTokDrRedzaZ…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

Dec 29
Nak masuk tahun 2023, mungkin ada daripada kita yang sedang melihat semula sepanjang tahun yang mencabar ni.

Pencapaian kita atau penyesalan kita, semua tu dah pun menjadi sebahagian dari hidup kita. Ia milik kita.
Saya percaya, semua sisi hidup kita sangat berkait antara satu sama lain.

Maka usahalah untuk jaga semuanya.

1. Jaga perkahwinan kita. Sentiasa perbaiki hubungan dengan isteri.
2. Wajib luangkan masa khas bersama pasangan. Lagi lama berkahwin, usahakan supaya hubungan jadi makin rapat.

3. Setiap tahun, perbaharui komitmen kita pada anak-anak.

4. Peluklah anak setiap hari. Sama-sama bermain dan isilah rumah dengan gelak ketawa.
Read 13 tweets
Dec 27
Saya teringat masa tahun pertama saya bekerja dulu. Seorang jururawat senior pernah berkongsi ilmu dengan saya.

Dia pesan.

1. Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.
2. Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.

3. Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.

- Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
4. Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.

5. Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.
Read 10 tweets
Dec 26
“Tadi saya periksa di rumah, anak saya demam.”

“Oo, berapa bacaan suhu waktu tu?” tanya saya pada ibu tu.

“37°C, semalam pun sama.”
Anak yang demam, ada 2 jenis bacaan suhu badan.

Demam yang sedikit atau ‘low grade fever’ tu ialah bacaan suhu badan antara 37.5°C hingga 37.9°C.

Demam tinggi atau ‘high grade fever’ pula ialah bacaan suhu badan 38°C dan ke atas. Ia boleh capai hingga lebih dari suhu 41°C.
Senjata utama ibu ayah bila anak demam ialah kita jelum anak dengan air.

Caranya:

1. Guna air suhu bilik sahaja.

2. Basahkan kain atau tuala kecil dengan air tadi dan lap pada badan anak.
Read 9 tweets
Nov 9
10 perkara ini mak ayah cuba elakkan dari terjadi di rumah:

1. Mengugut anak. Ini tanda skil komunikasi kita dengan anak masih lemah.

2. Tak letak peraturan yang jelas di rumah.
3. Tipu anak. Sebaiknya kita berkongsi maklumat dengan anak mengikut tahap usia anak.

4. Kita biarkan anak langgar peraturan yang kita dah tetapkan. Anak akan fikir peraturan boleh dilanggar sesuka hati.
5. Bercakap dengan nada dan ayat sarkastik.

• Anak bawah usia 5 tahun tak faham konsep abstrak.

• Anak kecil hanya boleh lihat dunia dari pandangan mereka sahaja (one viewpoint).

• Dia belum boleh tengok dunia dari kacamata orang lain.
Read 11 tweets
Nov 8
Bulan lepas, ada berjumpa dengan sepasang suami isteri.

Mereka bawa anak ke klinik untuk rawatan susulan. Asalnya, anak mereka belum boleh bercakap.

Jadi sejak umur 2 tahun lebih, anak tu dirujuk ke terapi percakapan (speech therapy) dan terapi cara kerja.
Selepas 6 bulan, budak tu dah boleh cakap sepatah-sepatah.

Cukup setahun, dah boleh cakap ayat yang ada 2 perkataan.

Saya pun tanya, lepas ni nak anak boleh buat apa pula. Soalan spontan. Nak tahu apa yang ibu dan ayah ni mahukan.
“Saya nak dengar anak panggil saya ayah,” kata si ayah.

Saya terdiam.

“Saya nak sangat dengar anak saya panggil saya ibu,” kata isterinya.

Dalam diam saya cuba menahan. Sedih gila. Risau kalau saya bercakap, pecah suara saya.

Saya tarik nafas dan lepas.
Read 8 tweets
May 24
Pertama sekali, kita fahamkan dulu anak usia 2 tahun ni masih dalam
fasa ARE, iaitu :

i. Autonomous Decision - mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata kata kita.

(Thread)
ii. Reptile Brain - anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ‘emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang

iii. Egocentric - anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi.
Fasa ini akan berterusan antara usia 2-4 tahun. Selepas tu, fasa ni akan berlalu.

Jadi, kitalah (mak ayah) yang kena berlapang dada bila anak dalam fasa ni.

Sementara tu, saya kongsikan satu-satu apa yang perlu dibuat.
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(