"Bro, penting ke nak tahu pelaburan tu patuh syariah atau tidak?"
"Haa bagi umat Islam benda ni sangat penting sebenarnya"
"Apa yang penting sangat tu?"
Sebagaimana ayat di bawah :
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” surah Al-Baqarah (172)
Jelas daripada ayat di atas kita mestilah memilih sesuatu yang halal dalam kehidupan kita.
Tiada sebab untuk kita memilih yang tidak halal walaupun yang tidak halal itu memberi pulangan yang lebih lumayan.
Memilih perkara yang halal bukan sahaja pada makanan dan sumber pendapatan tetapi juga dalam aspek pelaburan.
Pilihlah pelaburan yang terbukti mengikut syariah bagi mengelakkan perkara yang tidak dibenarkan seperti riba', gharar dan maisir.
Jika sudah mempunyai pelaburan yang tidak syariah apa yang harus dilakukan?
Beralihlah kepada pelaburan yang syariah.
Firman Allah swt :
"Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?”
Surah al-Baqarah (61)
Pastikan sesebuah entiti pelaburan itu mempunyai badan penasihat syariahnya sendiri.