1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.
2. Masukkan maklumat yang diperlukan macam dalam untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah.
3. Jika dah ada nombor cukai, kena dapatkan login access untuk masuk ke sistem declare cukai secara online nanti. Kita akan declare cukai melalui website mytax.hasil.gov.my
4. Dekat website tadi, korang masukkan nombor pengenalan dekat sini.
5. Nanti dia akan keluar notification macam ni kalau korang belum pernah ada access ke sistem MyTax ni. Ada dua kaedah nak mohon access,
a. e-CP55D - Masukkan emel, upload salinan IC berwarna.
b. e-KYC - Selfie, snap gambar IC.
e-CP55D, lepas upload IC, nanti LHDN akan emelkan satu link URL dia panggil pengaktifan nombor pin. Klik link, setup password semua.
e-KYC kaedah ni kena pakai phone, kena download apps MyTax. Lepas selfie, akan keluar paparan untuk setup password.
6. Settle setup password, baru boleh login ke sistem MyTax ni. Tak kisah login dekat website ke ataupun melalui phone. Untuk login kena masukkan nombor kad pengenalan dan password yang korang setupkan tadi.
7. Nak declare cukai, kena ada maklumat gaji. Maklumat gaji ni kena dapat dari majikan. Majikan akan keluarkan borang EA (Pekerja Swasta) / EC (Agensi Kerajaan) untuk bagitau berapa gaji tahunan korang (Merangkumi semua bonus, elaun dan lain-lain).
Majikan kena keluarkan borang EA/EC ni selewatnya 28 Februari 2023 untuk cerita penggajian tahun lepas. Tahun 2022.
8. Nanti 1 Mac 2023, baru boleh mula declare gaji korang dalam sistem MyTax. Loginlah semula ke sistem MyTax tu dan pergi klik Perkhidmatan ezHasil - e-Filing - e-Borang - e-BE Tahun Taksiran 2022
9. Akan keluar paparan baru (Tak boleh tunjuk contoh sebab 1 Mac nanti baru ada borang cukai tahun 2022), dalam paparan baru tu korang isi maklumat yang diperlukan. Bahagian maklumat income, ambik dari borang EA/EC tadi transfer ke dalam borang cukai. Termasuk maklumat PCB.
Sebenarnya saya dalam perancangan untuk ajar isi borang cukai ni dalam Tiktok live nanti. Korang boleh follow Tiktok saya siap-siap. 1 Mac 2023 kita on terus beberapa siri live.
10. Dalam nak isi maklumat dalam borang e-BE tahun taksiran 2022, akan ada bahagian untuk tuntut pelepasan cukai yang korang layak. Ni lah bahagian yang orang dok cakap pasal resit boleh tolak cukai tu. Nak tuntut pelepasan wajib ada resit, dokumen bukti ya.
11. Lepas dah siap semua, pergi dekat rumusan, korang akan dapat paparan bagitau berapa cukai korang kena / tak kena cukai. Kalau korang ada PCB, nanti boleh set off samada kena topup cukai atau dapat refund. Kalau ada bayar zakat pun sama.
12. Tahun depan, repeat je step sama.
Benda senang je. Korang kena cuba declare cukai ni. Kalau dah lalui pengalaman tu baru senang lagi nak faham. Baca thread atau tengok video ni, tak sama pengalaman dengan feel kita buat sendiri.
4. Pekerja baru yang kena penolakan PCB dari gaji. 5. Individu yang ada pendapatan layak kena cukai (Contoh pendapatan sewa). 6. Individu yang ada jual beli hartanah.
Link applikasi google meet telah di ceroboh oleh individu dari luar negara yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah kongsikan video-video lucah di dalam webinar saya, share lagu dan keadaan jadi huru-hara.
Jadi pihak penganjur telah mengambil tindakan pantas dengan send link baru yang ketiga secara private kepada peserta-peserta dan saya turut share link melalui mereka yang whatsapp saya secara terus.
Duit yang masuk dan keluar dari bisnes memang tujuan jana pendapatan bisnes. Masuk dari customer, modal dari pemilik, keluar kepada pembekal, keluar belanja bisnes, keluar beli aset bisnes dan lain-lain yang lebih kurang macam tu.
2. Transaksi personal
Duit dalam bisnes yang biasanya, owner keluar untuk tujuan peribadi. Dia bukan macam hutang pakai dulu dan bayar balik. Dia lebih pada keluar untuk bayaran peribadi, lepastu tak masuk-masuk dah.
Bacaan yg baik pagi ni lepas sahur tadi. Untuk yang bakal ada anak, untuk yg anak baru lahir, boleh ambil langkah awal. Kita hanya akan bertindak serius, selepas pengalaman tu kita tgh hadap. Adalah sebaik-baik pengalaman, belajar dari orang lain.
Kredit : Instagram adlilrajiah
Bagaimana buruk dan baiknya gadjet. Mungkin pengalaman ni tak semua orang tempuh. Setengah parent akan kata, "Aku bagi anak aku gadjet ok je", ye tapi pengalaman tulah bezakan kita. Yang mana kita dah nampak kesan buruk, kita kena maklumkan supaya orang lain dapat iktibar.
Luthfiyyah dah terdedah dengan gadjet, dengan Youtube, dengan TV dari seawal kurang dari 6 bulan. Bangun pagi, dalam kereta, tengah makan, dekat rumah, dekat luar, waktu nangis, waktu tukar pampers, hampir semua situasi, gadget.
Sebab ramai yang masih kurang jelas pasal makan gaji, ada income tetap dalam masa sama buat bisnes, ada SSM, sini saya ringkaskan sikit dari sudut cukainya.
Asalnya kalau makan gaji semata-mata, kena tengok syarat ni. Pendapatan gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, kategori DAH perlu daftar file cukai. Ada kemungkinan gaji tu layak cukai. Kena submit ke LHDN income makan gaji sebelum 30 April setiap tahun melalui Borang BE.
Jika pendapatan gaji TAK lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, tak perlu daftar file cukai. Income ni kalau declare cukai pun takkan kena cukai. Apabila dah layak nanti baru daftar file cukai. Nak daftar, nak declare juga takda halangan.