Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak.

Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari.
Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin.

Tapi Blue Light ni boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata.
Menurut American Academy of Pediatrics,

✅ Tak dibenarkan “Screen Time” untuk bayi bawah 2 tahun kecuali sesi pendek ketika video call dengan keluarga.

✅ Cuma 1 jam “Screen Time” dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak 2-5 tahun
Tapi tak semua mak ayah ikut pun nasihat ni.

Bila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, jadi sakit kepala, mata jadi kering dan boleh jadi rabun jauh.
Sebab tu kita boleh amalkan senaman mata ni.

1) Rule 20-20-20.

Lepas 20 minit anak tengok gajet, suruh dia pandang tempat yang 20 kaki (6.1 meter) jauh selama 20 saat.

Senang je kan?
2) Fokus jauh dan dekat.

Letak ibu jari jauh 20 cm dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat.

Lepas tu pandang tempat yang 20 kaki jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali.
Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Mata ni anugerah yang kita nak jaga sampai ke hari tua.
Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.
 
Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 150,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️

bit.ly/TikTokDrRedzaZ…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

Feb 15
Asalnya, mereka pergi ke majlis perkahwinan saudara. Ramai yang datang. Ibu dan ayahnya sibuk dengan urusan melayan tetamu yang hadir.

Tiba-tiba, anak umur 5 tahun ni datang ke ibunya mengadu pening dan sakit perut.
Tau-tau muka, tangan dan kaki dah pucat. Terus saja dia dibawa ke hospital.

Anak ni sebenarnya ada satu keadaan dipanggil G6PD deficiency.

G6PD ni ialah satu enzim yang menjaga ketahanan dinding sel darah merah dari mudah pecah akibat bahan teroksida.
Kalau kurang enzim G6PD barulah dipanggil G6PD deficiency.

Kalau paras enzim G6PD cukup, dipanggil G6PD normal.

Lepas ditanya itu dan ini, rupa-rupanya anak ni tadi dah termakan kacang parang yang dia dapat dari saudara dia. Saudara dia ni tak tahu dia ada G6PD deficiency.
Read 13 tweets
Dec 29, 2022
Nak masuk tahun 2023, mungkin ada daripada kita yang sedang melihat semula sepanjang tahun yang mencabar ni.

Pencapaian kita atau penyesalan kita, semua tu dah pun menjadi sebahagian dari hidup kita. Ia milik kita.
Saya percaya, semua sisi hidup kita sangat berkait antara satu sama lain.

Maka usahalah untuk jaga semuanya.

1. Jaga perkahwinan kita. Sentiasa perbaiki hubungan dengan isteri.
2. Wajib luangkan masa khas bersama pasangan. Lagi lama berkahwin, usahakan supaya hubungan jadi makin rapat.

3. Setiap tahun, perbaharui komitmen kita pada anak-anak.

4. Peluklah anak setiap hari. Sama-sama bermain dan isilah rumah dengan gelak ketawa.
Read 13 tweets
Dec 28, 2022
Ada 1 orang kawan saya ni mengadu.

Anak dia selalu tidur lewat. Pukul 1 pagi pun dia masih duk berjalan ke ruang tamu. Dah serupa burung hantu tak tidur-tidur.
Dia tanya saya kenapa jadi macam tu.

Rupanya lepas saya tanya itu ini, dia bagitahu anak dia suka guna handphone sampai ke lewat malam. Dia akan tengok semula video dan gambar sendiri yang mak ayah dia pernah ambil.
Saya pun terangkan pada dia usah biarkan anak kita mengadap gajet 1 jam sebelum tidur.

1) Gajet hasilkan cahaya khas dinamakan sebagai Blue Light.

2) Otak anak yang terdedah pada Blue Light akan fikir waktu tu masih siang.
Read 8 tweets
Dec 27, 2022
Saya teringat masa tahun pertama saya bekerja dulu. Seorang jururawat senior pernah berkongsi ilmu dengan saya.

Dia pesan.

1. Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.
2. Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.

3. Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.

- Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
4. Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.

5. Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.
Read 10 tweets
Dec 26, 2022
“Tadi saya periksa di rumah, anak saya demam.”

“Oo, berapa bacaan suhu waktu tu?” tanya saya pada ibu tu.

“37°C, semalam pun sama.”
Anak yang demam, ada 2 jenis bacaan suhu badan.

Demam yang sedikit atau ‘low grade fever’ tu ialah bacaan suhu badan antara 37.5°C hingga 37.9°C.

Demam tinggi atau ‘high grade fever’ pula ialah bacaan suhu badan 38°C dan ke atas. Ia boleh capai hingga lebih dari suhu 41°C.
Senjata utama ibu ayah bila anak demam ialah kita jelum anak dengan air.

Caranya:

1. Guna air suhu bilik sahaja.

2. Basahkan kain atau tuala kecil dengan air tadi dan lap pada badan anak.
Read 9 tweets
Nov 9, 2022
10 perkara ini mak ayah cuba elakkan dari terjadi di rumah:

1. Mengugut anak. Ini tanda skil komunikasi kita dengan anak masih lemah.

2. Tak letak peraturan yang jelas di rumah.
3. Tipu anak. Sebaiknya kita berkongsi maklumat dengan anak mengikut tahap usia anak.

4. Kita biarkan anak langgar peraturan yang kita dah tetapkan. Anak akan fikir peraturan boleh dilanggar sesuka hati.
5. Bercakap dengan nada dan ayat sarkastik.

• Anak bawah usia 5 tahun tak faham konsep abstrak.

• Anak kecil hanya boleh lihat dunia dari pandangan mereka sahaja (one viewpoint).

• Dia belum boleh tengok dunia dari kacamata orang lain.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(