"Bang boleh ajar isi e-filing tak? Saya tak tahu. Memang zero bab ni. First time ni."
Banyak terima DM gini. Saya cubalah ye untuk memudahkan korang dengan ajar, ambik information dari EA form transfer ke e-filing (borang declare income bercukai).
Next korang kena ada borang EA untuk declare income dalam e-filing ni. Borang EA tu borang cerita gaji tahunan korang. Untuk detail lanjut pasal borang EA, bacalah sini.
Paparan ni, korang isi maklumat asas, cuma bila pilih status kahwin, kotak kedua tu ada beberapa taksiran. Kalau suami dan isteri ada income, tak kisah layak kena cukai or tak, digalakkan pilih berasingan.
Income dikecualikan cukai tak sama maksud income tak layak kena cukai.
Next paparan, akan keluar macam ni. Maklumat asas korang isi je macam biasa. Cuma bahagian kotak merah ni, boleh ambik dari borang EA majikan paling latest. Kalau takda nombor, kosongkan sajalah.
Ini penjelasan untuk bahagian Cukai di tanggung oleh majikan.
Bahagian ni takyah fikir banyak. Tak berkaitan pilih Tidak sajalah. Pendekkan cerita. Cuma kalau berkaitan, contoh macam ada jual aset hartanah tahun tu jadi boleh pilih Ya.
Utk kaedah bayaran balik cukai boleh masukkan detail bank korang untuk memudahkan LHDN buat refund nanti.
Untuk bahagian ni senang je. Transfer je amaun total dari EA form ke kolum sini. Bilangan penggajian tu total tempat korang bekerja dalam tempoh tahun 2022. Ambil kira majikan lama dengan baru. Setiap majikan kena keluarkan EA form.
Paparan seterusnya pasal Pelepasan cukai. Ni yg orang dok sibuk pasal resit, pasal amaun yg nak kena masukkan pada bahagian pelepasan cukai. Untuk cerita refund (jika layak) apa semua tu.
Untuk pelepasan Individu ni automatik semua dapat. Takyah standby apa-apa resit.
Untuk kolum ni pelepasan boleh tolak sampai RM5,000 sebenarnya. Termasuk beli komputer, laptop jugak.
Untuk benda lain apa boleh tolak, korang klik dekat kotak hijau tulis info tu. Ada detail juga huraian.
Suami yang tiada income atau,
Isteri yang tiada income atau,
Bayaran alimoni kepada bekas isteri (atas arahan mahkamah).
Kalau suami or isteri masing-masing ada income walaupun tak layak kena cukai, janganlah isi pelepasan ni.
Ini pelepasan anak. Suami or isteri boleh je nak tuntut pelepasan anak sepenuhnya 100% atas nama suami, atau sepenuhnya 100% atas nama isteri atau nak bahagi 50%-50% pun boleh. Takda masalah.
Untuk pelepasan bahagian insurans/takaful ni hati-hati. Paling penting rujuk penyata tahunan.
Bahagian tuntutan tu ada beza antara pekerja government yang status pencen dengan bukan pencen.
Pencen pelepasan insurans hayat limit RM7K, tak pencen RM3K je.
Kalau ada checkin mana-mana hotel ke try buat semakan sini. Yang berdaftar dengan Motac ada pelepasan cukai. Tempahan melalui Agoda pun boleh semak jugak nama hotel. Selain tu homestay ke Airbnb ke kalau berdaftar dengan Motac boleh juga.
Semua jenis Zakat yang individu bayar boleh isi bahagian ni. Pastikan simpan resit bayaran zakat, dapatkan penyata tahunan. Simpan.
Bayaran zakat ni kena buat tahun 2022, baru boleh tolak 2022. Bayaran yang buat 2023, walaupun dekat resit tulis haul 2022, tak boleh tolak 2022.
Nanti lepas siap masukkan semua amaun yg berkaitan, korang akan dapat rumusan pengiraan masing-masing. Kadar cukai yang turun Belanjawan 2023 baru ni takda kena mengena. Sebab korang nak declare ni cerita 2022.
Bawah tu akan bagitau kalau lebihan ada refund or kena topup cukai.
Sebelum submit pastikan korang dah isi semua tanpa tercicir apa-apa. Dah semak berulang kali, barulah tandatangan dan hantar. Kalau waktu proses tandatangan ni keluar ralat, korang rujuk terus nombor tertera dan hubungilah LHDN untuk mereka bantu selesaikan isu teknikal.
Lepas dah semak berulang kali, dah submit, masih jugak buat silap, ada benda yang terlepas nak masukkan, ada yang terkurang lapor, boleh buat pembetulan.
Kalau korang rasa huraian saya ni tak cukup. Korang nak yang lebih detail lagi, boleh baca Nota Penerangan BE 2022. Disetiap kolum ruang ada penjelasan setiap satu-satu perkara. Nota Penerangan ni memang akan dikeluarkan setiap tahun untuk bantu korang.
1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.
2. Masukkan maklumat yang diperlukan macam dalam untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah.
4. Pekerja baru yang kena penolakan PCB dari gaji. 5. Individu yang ada pendapatan layak kena cukai (Contoh pendapatan sewa). 6. Individu yang ada jual beli hartanah.
Borang EA/EC ni majikan kena keluarkan tak kisahlah pekerja tu gaji kena cukai ke, tak kena cukai ke. Borang ni cerita summary gaji yang diterima sepanjang tempoh tahun lepas.
Pentingnya borang EA/EC ni sebab waktu pekerja nak declare pendapatan dekat dalam sistem cukai/borang cukai nanti, semua maklumat penting dalam borang EA/EC ni pekerja perlu masukkan dekat sistem/borang selewatnya 30 April nanti.
Link applikasi google meet telah di ceroboh oleh individu dari luar negara yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah kongsikan video-video lucah di dalam webinar saya, share lagu dan keadaan jadi huru-hara.
Jadi pihak penganjur telah mengambil tindakan pantas dengan send link baru yang ketiga secara private kepada peserta-peserta dan saya turut share link melalui mereka yang whatsapp saya secara terus.
Duit yang masuk dan keluar dari bisnes memang tujuan jana pendapatan bisnes. Masuk dari customer, modal dari pemilik, keluar kepada pembekal, keluar belanja bisnes, keluar beli aset bisnes dan lain-lain yang lebih kurang macam tu.
2. Transaksi personal
Duit dalam bisnes yang biasanya, owner keluar untuk tujuan peribadi. Dia bukan macam hutang pakai dulu dan bayar balik. Dia lebih pada keluar untuk bayaran peribadi, lepastu tak masuk-masuk dah.