2. Kena ada bukti dokumen transaksi yg berlaku utk penolakan tadi. Resit, bil, invois or apa-apa dokumen yang berkaitan.
3. Buat pelarasan pendapatan, utk keluarkan mana-mana transaksi yang tak dibenarkan penolakan cukai. Boleh buat kiraan pakai excel. Janji ada asas nak rujuk.
4. Transfer pengiraan tadi dalam borang declare pendapatan untuk dicukaikan iaitu borang B secara online. Combine semua income.
5. Bila ada asas kira-kira awal tadi, akan memudahkan untuk isi borang B. Borang B ada perbezaan dengan BE yang orang guna declare income makan gaji.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kenapa LHDN bersungguh suruh korang yg buat bisnes ni, yg tak penah declare tahun kebelakang ni, untuk declare cukai tahun lama dalam Program Pengakuan Sukarela?
Paling utama sebab korang kena tahu penalti LHDN offer 0%. Declare cukai tahun lama lewat takda penalti.
#TwtCukaiMY
Giler-giler punya offer. Tanpa program ni, penalti korang untuk lewat hantar borang cukai, lewat bayar cukai boleh bermula dari 10%, 15% dan ada kenaikan peratusan cukai tu kalau lagi lagi lewat.
Peluang ni dia tak datang tiap-tiap. Jadi jangan rilex sangat. Masa suntuk.
Untuk yg tak tahu, Program Pengakuan Sukarela ni LHDN dah buka dari 6 Jun 2023 yg lepas lagi. Ada tempoh dia. LHDN anjurkan program sampai last 31 Mei 2024 saja. Akan datang, akan ada ke program macam ni lagi? Tak tahu. Sebab first dulu tahun 2018, kedua 2023. Tengok gap jauh.
Org makan gaji - Majikan akn hantar borang E ke LHDN - Pekerja akn terima borang EA/EC daripada majikan - Jika gaji ada penolakan PCB boleh pilih tak hantar borang cukai, PCB jadi cukai muktamad - Jika nak declare juga boleh - Kemungkinan topup cukai or refund cukai.
#TwtCukaiMY
Org terima komisen - Syarikat pembayar akan laporkan penerima komisen ke LHDN - Org terima komisen kena laporkan income melalui borang cukai - Gagal declare, LHDN akan anggarkan berdasarkan maklumat dari syarikat - Anggaran cukai biasanya tinggi dari cukai sebenar.
Org terima income luar negara, stay di Malaysia - Buat kiraan income tolak kos - Laporkan pendapatan melalui borang cukai - Bayar cukai jika ada - Kemudian hari jika ada pembelian aset, dalam semakan LHDN akan tunjuk kita ada kemampuan beli aset sebab declare sumber income.
Program Pengakuan Sukarela 2.0 sebelum ni tangguh, LHDN dah umumkan DITERUSKAN bermula 6 Jun 2023 - 31 Mei 2024 (sebelum ni 1 Jun 2023 - 31 Mei 2024).
Untuk yang tak pernah declare, terkurang lapor pendapatan, ni peluang yang tak patut korang sia-siakan.
Kenapa?
#TwtCukaiMY
LHDN akan terima semua pelaporan korang dengan suci hati. Bagi pendapatan tahun lama-lama yang tak penah declare dan baru nak declare dalam program ni, LHDN takkan audit atau siasat lagi.
Untuk yang tak penah submit borang, korang masih perlu melalui proses biasa. Contoh untuk income bisnes (Enterprise),
1. Kena buat akaun untung rugi (Penyata Kewangan) 2. Pelarasan pendapatan 3. Asas pengiraan cukai 4. Isi borang cukai melalui MyTax